Thursday, September 22, 2011

Mahathir terselak kain poknik..

Sudah tentu Tok Garu marah dengan DAP pasal hal lain sehinggalah mendapat peluang untuk membelasah DAP dalam isu hudud sebagai galang ganti dan peluang keemasan terbaik.

“Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah,” kata beliau. “Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata ‘bye-bye’ tak apa.
“Sekarang dia (DAP) masuk balik ... itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar),” kata beliau selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Tentulah Tok Garu mengamuk sebab DAP demand kerusi lebih dan mahu meletakkan calon Melayu DAP untuk menggantikan calon Melayu PAS di beberapa kawasan terutama di Perak dalam persediaan menawan Perak dan MB nya kelak Melayu DAP dan bukan lagi Nizar.

Tindakan Tok Garu untuk meneruskan hudud bertujuan sebagai ugutan kepada DAP untuk lebih bertolak ansur terhadap pembahagian kerusi dan jika DAP tidak memujuk tetapi sebelaiknya untuk mendesak, jawapan Tok Garu ' dia punya pasallah '

Begitulah juga anu-war yang tergesa-gesa dan secara tiba-tiba bersetuju hudud dilaksanakan di Kelantan semata mata keperluan untuknya memastikan ehsan pemimpin PAS untuk terus menyokongnya terutama dalam memberi 'support' di kalangan ahli PAS kalau demosntrasi jalanan diperlukan lagi.

Saksi luar negara yang dianggap pakar rupanya badot sarkas  makin menghilangkan keyakinan ahli2 PAS terhadap Anu-war dan bergantung kepada 'yes' or 'no' dari Tok Garu sahaja untuk mereka menyisihkan diri dari PKR dan Pakatan Pembangkang.


PAS sudah melihat 'kerugian' jika terus bersama Pakatan Pembangkang sedangkan kalau kembali ke jalan asal, bersendirian, akan lebih menguntungkan dan mudah berkempen untuk mereka tidak terbeban dengan masalah DAP dan Anu-war yang kini liabiliti kepada Pakatan. 

Tok Garu juga terkilan dengan Mat Sabu yang lebih berkiblatkan Anu-war dan DAP dari partinya sendiri.


Ketika mereka saling menyelak kain sesama sendiri, akhirnya mereka terlondeh dan untuk menutup kemaluan, UMNO dipersalahkan...

Anwar sawan dengan kelaku Rosmah...

"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.

Tindakan Najib sekadar membuatkan Anwar terguris, menangis tidak berlagu, hampa bukan main lagi... kaki putar alam kalau kena putar sikit saja pun mampu meraung habis.. 

Dahlah kaciwa kerana terbeli saksi luar negara yang disangka pakar rupanya maharaja lawak, badot sarkas masuk mahkamah.

Elok sangat Najib main aci cilut dengan Anwar.. Bukankan tangguh, delay, pusing, belit, rayu, rayu lagi, elak sini, elak sana, mainan Anwar juga...takkan orang lain tak boleh gunapakai rekayasa yang sama pulak kot..

Jom kita sama-sama berhiba dengan Anwar...

Koh Tsu Koon ke Somalia...selesai masalah !?

Bukan setakat rakyat biasa, bukan stakat blogger, beberapa pemimpin pun dah bersuara supaya Koh dimansuhkan segera jika mahu PP mempunyai harapan untuk ditawan semula oleh BN. Bekas pemimpin seperti Sanusi Junid yang tidak mempunyai apa2 kepentingan pun sudah memberi pandangan.


Apa lagi yang Najib dok belek? suara rakyat nak letak tempat ketiga ke kesepuluh... nak menang ke nak kalah, nak tatang sorang tu ke atau nak tantang rakyat? majoriti? 


UMNO PP dah nyatakan secara jelas atau belum atau masih ada sindrom nak jaga hati, sindrom kecut?


Najib boleh hantar Koh jadi duta ke Somalia, itupun dah kira bagus.

Wednesday, September 21, 2011

Dulu Wa MCA, sekarang wa Li Ai P...

UMNO ada 78 kerusi Parliemen dan majoriti  mudah diperlukan ialah 112 kerusi di parlimen seperti sekarang, bererti penguasan UMNO melalui BN bergantung kepada kemenangan calon dari parti lain seperti MCA, MIC termasuk Sabah dan Sarawak sangat diperlukan.                               


Bagaimana pun perkembangan mutakhir di Sarawak termasuk Sabah menunjukkan penguasaan BN di Malaysia Timor sudah cukup tergugat untuk menang mudah dan menampung keperluan majoriti di parlimen seperti yang diharapkan oleh BN untuk memerintah.

Sedangkan dalam kedudukan sekarang, Pembangkang hanya memerlukan sokongan 10% pengundi Melayu dan 100% pengundi bukan Melayu untuk mereka memerintah dan ini bukan sesuatu yang mustahil kerana rata2 pengundi kaum cina 100% akan memberi undi kepada DAP dan kaum India kekal menjadi kaum lalang.


Dengan pendirian PAS sebagai faktor penentu, nyata UMNO dan BN bakal kehilangan kuasa di Putrajaya dan PRU13 merupakan perjuangan terakhir menentukan sejauhmana UMNO dapat bertahan untuk menjadi teras BN untuk memerintah. Sekali hilang kuasa ini, ia sudah di anggap mustahil untuk kembali berkuasa  seperti di PP dan Sdelangor, dasar pecah dan perintah DAP sangat ketara. 

Kawasan majoriti Melayu akan di ambil atas dasar pembangunan dan dengan ini penguasaan Melayu di sesuatu tempat dapat di pecahkan. Ini sedang giat berlaku di Bayan Lepas Pulau Pinang. DAP mencontohi PAP Singapork yang melenyapkan majoriti Melayu di sesuatu kawasan seperti di Bukit Timah.


" Dulu wa MCA, sekalang wa Li A P, cina sekarang mau perintah sendiri, miniaga cina kontrol, lumah besar taman cina punya, luit bank manyiak cina punya, kubun sama tanah cina punya, Melayu ala apa? " - begitulah keyakinan dan iltizam mereka ! Melayu ada apa???

Kalau si biawak Manoharan itu mahu mengubah bendera Malaysia nyatalah di kepala mereka, pembangkang diketuai DAPsedaang merancang sesuatu yang merubah segala-galanya yang berkait dengan Melayu jika 'once' mereka berjaya menguasai Putrajaya. Suatu keadaan yang sangat sangat sangat sangat merbahaya.


Dilema Melayu Malaysia kini sudah ditahap gaban. Memenuhi kehendak kaum lain untuk menarik dan mengekalkan sokongan mereka kepada BN akan memberi tafsiran dan persepsi salah kepada UMNO yang dilihat sebagai mengabaikan Melayu dan Islam.

Jika Najib memberi fokus lebih kepada kaum lain dan Muhyiddin menumpukan kepada isu Melayu maka akan keluarlah pula persepisi Najib dan Muhyiddin tidak sehaluan dan perebutan kuasa sedang berlaku sedangkan kedua duanya sedang mengimbangi sokongan. 


%%^^ Gerakan kesedaran seperti di atas kini telah disebar secara meluas seluruh Johor melalui perjumpaan jamuan Aidil Fitri di cawangan2 UMNO dalam memperkasakan minda menjelang PRU13 bila2 masa dan dijangka awal 2012.

Kita semua nak masuk UMNO... !!

Kalau sudah seawal itu dan dalam jemaah yang kecil pun KITA sudah ada masalah, elok bubar dan masuk UMNO.

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan “tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan” Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.
Tindakan memecat tiga anggota CWC — setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher — dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu e-mel kepada Bernama hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti,” katanya. - Bernama

Tuesday, September 20, 2011

Siapa Pemimpin yang Mabuk (masyuukkk.. ) di sisi Najib...









 
Inilah gara gara penunjuk arah yang mabuk seumpama Najib kena berhati hati dengan pemimpin2 di sekelilingnya... salah maklumat, salah nasihat - Melayu dan Islam hancur.

MOSCOW 20 Sept. – Kelalaian seorang krew penunjuk arah yang berada dalam keadaan mabuk menjadi punca nahas pesawat pada Jun lalu yang mengorbankan 47 penumpang, kata kumpulan penyiasat hari ini.
Berdasarkan laporan yang diperoleh, pesawat Tu-134 terhempas kerana krew tersebut gagal memberikan isyarat agar tidak melakukan pendaratan walaupun juruterbang tidak dapat melihat dengan jelas lampu serta petanda lain ketika pesawat mendarat.
Tu-134 melanggar pokok sebelum terhempas ketika cuba mendarat dalam keadaan kabus tebal di lapangan terbang di utara bandar Petrozavodsk. – AFP

" Desakan daripada PERKASA dan Parti KITA Kedah agar konco-konco Tun Don seperti Nor Yaakob, anaknya, Kamaluddin, Kalimullah, Zarinah, suami Zarinah, Azizan Abdul Rahman mengisytiharkan harta masing-masing, hanyalah merupakan desakan-desakan awal sebelum ini yang tidak diberikan perhatian.

Zarinah Anwar dan Kalimullah sebelum ini telah diminta untuk memberikan penjelasan berhubung pembabitan mereka dalam skandal ECM-Libr " - dari blog parpukari.


Kesian Mat Sabu...sebab dia Melayu

BUTTERWORTH 21 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu. - Utusan
 Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran lebih seribu laporan polis dibuat berhubung ucapan kontroversinya berkaitan peristiwa Bukit Kepong. 

Apakah 'pandangannya' yang lebih merupakan pandangan peribadinya tanpa hasutan untuk mana2 pihak bangun memberontak atau menentang kerajaan wajar dihadapkan ke mahkamah sedangkan pihak2 lain yang nyata menghina negara dan bangsa secara terang2an dibiarkan terlepas.

Apakah memberi pandangan dan pendapat kini sudah menjadi satu kesalahan dan jenayah?


Apakah membuat laporan polis yang palsu bukan satu jenayah berat yang tidak perlu diambil tindakan mahkamah segera?

Apakah tindakan memfitnah PM terlibat dengan satu pembunuhan bukan satu jenayah berat yang perlu di ambil tindakan mahkamah segera?

Apakah menghina bendera Malaysia dan negara dalam bentuk nyanyian bukan satu kesalahan berat?

Apakah memberi pandangan untuk menukar corak bendera Malaysia sekadar perlu minta maaf dan  di anggap selesai.

" Tahniah diucapkan diatas kecekapan polis dalam menangani kes Mat Sabu, tetapi jangan ingat rakyat tidak boleh menilai apabila banyak kes lain yang semacam dibiarkan berlarutan terutamanya dari pemimpin BN dan umno.
Seperkara lagi, janganlah kerana laporan yang salah dan fitnah oleh akhbar "pecacai" umno seseorang didakwa dengan berbagai tuduhan, yang buat fitnah dibiarkan lepas." - Tinta hijau dari kaki bukit

"KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pakatan Rakyat menyifatkan langkah pihak berkuasa mahu mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai tindakan bercanggah dengan pembaharuan politik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu. Sehubungan itu mereka menggesa pentadbiran Najib menggugurkan tindakan perundangan yang akan dibawa ke atas Mohamad esok"

InsyaAllah Mat Sabu akan didapati tidak bersalah kelak di sisi undang2....tetapi dan lebih penting Mat Sabu wajar meminta maaf di atas pandangan peribadinya itu, Memohon maaf sudah tentu tidak merendahkan kredibilinya.

Tetapi lakonan mat sabu dan penyokongnya, kutip derma untuik bayar duit jaminannya cukup 'jijik' dan murah sangat.




Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...