Wednesday, September 21, 2011

Kita semua nak masuk UMNO... !!

Kalau sudah seawal itu dan dalam jemaah yang kecil pun KITA sudah ada masalah, elok bubar dan masuk UMNO.

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan “tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan” Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.
Tindakan memecat tiga anggota CWC — setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher — dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu e-mel kepada Bernama hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

ADA KE YANG BERMINAT: DAFTAR PERCUMA UNTUK BERKOMUNIKASI DAN INFO LANJUT

  klik daftar percuma : kemudian hubungi kami 60192503369 wassap shj Nikmati akses kepada emas sebenar pada kos hampir syarikat, melalui sis...