Tuesday, September 20, 2011

Kesian Mat Sabu...sebab dia Melayu

BUTTERWORTH 21 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu. - Utusan
 Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran lebih seribu laporan polis dibuat berhubung ucapan kontroversinya berkaitan peristiwa Bukit Kepong. 

Apakah 'pandangannya' yang lebih merupakan pandangan peribadinya tanpa hasutan untuk mana2 pihak bangun memberontak atau menentang kerajaan wajar dihadapkan ke mahkamah sedangkan pihak2 lain yang nyata menghina negara dan bangsa secara terang2an dibiarkan terlepas.

Apakah memberi pandangan dan pendapat kini sudah menjadi satu kesalahan dan jenayah?


Apakah membuat laporan polis yang palsu bukan satu jenayah berat yang tidak perlu diambil tindakan mahkamah segera?

Apakah tindakan memfitnah PM terlibat dengan satu pembunuhan bukan satu jenayah berat yang perlu di ambil tindakan mahkamah segera?

Apakah menghina bendera Malaysia dan negara dalam bentuk nyanyian bukan satu kesalahan berat?

Apakah memberi pandangan untuk menukar corak bendera Malaysia sekadar perlu minta maaf dan  di anggap selesai.

" Tahniah diucapkan diatas kecekapan polis dalam menangani kes Mat Sabu, tetapi jangan ingat rakyat tidak boleh menilai apabila banyak kes lain yang semacam dibiarkan berlarutan terutamanya dari pemimpin BN dan umno.
Seperkara lagi, janganlah kerana laporan yang salah dan fitnah oleh akhbar "pecacai" umno seseorang didakwa dengan berbagai tuduhan, yang buat fitnah dibiarkan lepas." - Tinta hijau dari kaki bukit

"KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pakatan Rakyat menyifatkan langkah pihak berkuasa mahu mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai tindakan bercanggah dengan pembaharuan politik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu. Sehubungan itu mereka menggesa pentadbiran Najib menggugurkan tindakan perundangan yang akan dibawa ke atas Mohamad esok"

InsyaAllah Mat Sabu akan didapati tidak bersalah kelak di sisi undang2....tetapi dan lebih penting Mat Sabu wajar meminta maaf di atas pandangan peribadinya itu, Memohon maaf sudah tentu tidak merendahkan kredibilinya.

Tetapi lakonan mat sabu dan penyokongnya, kutip derma untuik bayar duit jaminannya cukup 'jijik' dan murah sangat.




No comments:

Post a Comment

6ANGKA