Friday, May 4, 2012

Najib buok lawok di Kelante....

Boleh percaya ke ? Musang tidak berbulu ayam lagi...
Siapa punya idea ni Rais Yatim ? Ahmad Maslan ?
Kombinasi Ku Li- Tok Pa-Awang Adek mampu tumbangkan Pas Kelantan

UMNO Kedah walaupun geng Mukhriz dan satu lagi geng tidak berapa sebulu tetapi untuk menumbangkan PAS mereka boleh bersatu hati,siapa jadi MB itu belakang kira nanti.
Di Kelantan. sikap 'tanpa aku' lebih baik Kelantan kekal di tangan PAS masih ujud di kalangan beberapa otai dan Ketua Bahagian menyulitkan sedikit untuk Kelantan ditawan. Masing2 tahu alangkah 'bertuah dan beruntungnya' kalau jadi MB kerana Kelantan masih belum membangun sepenuhnya.

Walaupun fanatik nik azaz masih menebal tetapi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh nik aziz kebelakangan ini termasuk isu baru mengupah pengganas bersih sedikits sebanyak memberi kesedaran kepada sebeilangan mereka.


GUA MUSANG 4 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Pas dapat ditumbangkan dengan kombinasi pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini seperti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Perdana Menteri berkata, BN juga akan membentangkan manifesto khas Kelantan bagi membawa perubahan kepada negeri ini selepas lebih 20 tahun diperintah oleh Pas.

"Melalui perhimpunan hari ini jelas, saya yang gabungan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr. Awang Adek Husin dalam barisan untuk merobohkan Pas Kelantan," katanya.

Beliau Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini hari ini. - UTUSAN



nik ajih kesal anwar cepat stim...

Kalau dah terdesak sangat, bagai minta nyawa - selicik dan sehebat anwar pun dah mengaku sanggup jadi pak turut dap, takkan ulamak terompah nik ajih tak boleh buat pemgakuan yang sama..tak perlu berselindung..

Kalau hidup pun dah benci UMNO, tentu kalau dah mati, takkan nak sama kawasan sekuburan...Kalau nak dikuburkan di jerat cina pun, pasti penyokong boleh tunaikan, ke syurga dengan roket, cepat sampai.

nik ajih faham ke maksud tersirat anwar: Kiblat DAP ialah PAP, kiblat singapura adalah israel.. nik ajih pun nak ikut jugak? Kalau nik ajih tak terfikir itu mainan politik anwar - itu politik bengong namanya..kena kencing dengan anwar hidup2.

Thursday, May 3, 2012

Sarjan Mejar keluar arahan baru...General tak kata apa pun...

Pening sungguh dengan arahan terbaru Sarjan Mejar lebih2 lagi menjelang PRU13...keputusan bukan dari kabinet, bukan dari BN...General takkan tak sokong pula...
Isteri wakil rakyat tidaklah perlu secara rasmi atau formal kerana sebelum ini bersandarkan keperluan dan keadaan mereka turut terlibat tetapi campurtangan dan pendedahan berlebihan hanya membawa lebih keburukan lebih2 lagi kalau mereka mahu dilayan Kelas 1 macam Sarjan Mejar sendiri !!!!

Rakyat nak jumpa wakil rakyat dan bukan isteri mereka yang berbaju lip lap atau gelang emas penuh tangan dan berlian yang berkilauan. Juga bukan pertunjukkan fesyen...

Puak UMNO - pandai2lah hampa jawab.

Published On: Thu, May 3rd, 2012 Nasional

By Sharifah Adelia Isteri Wakil Rakyat Perlu Rajin Turun Padang Ikut Suami Jumpa Rakyat – Rosmah Mansor

Share This

Tags KUANTAN, 3 Mei (Bernama) — Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya turut mengikut suami melawat kawasan bagi bertemu dan memupuk hubungan yang erat dengan rakyat.

Beliau berkata isteri wakil-wakil rakyat perlu bijak memainkan peranan dalam melipatgandakan usaha memenangi hati rakyat untuk kembali menyokong BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

“Pupuklah hubungan yang baik di antara isteri pemimpin dan masyarakat dengan memperhebatkan program-program turun padan dan semarakkan gelombang biru bersama masyarakat.

“Dalam menghadapi PRU-13 ini saya ingin melihat isteri wakil-wakil rakyat juga memperluaskan peranannya dengan menyalurkan maklumat mengenai usaha dan pencapaian kerajaan dalam pelbagai lapangan demi untuk meringankan beban rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi,” katanya.

Rosmah berucap pada majlis perasmian Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional 2012 di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, di sini, pada Khamis.



– BERNAMA



Wednesday, May 2, 2012

Sorok sampai ke lubang jamban...

Kepada pendemo yang gila babi mengamuk di BERSHIIT yang sanggup jadi anjing pemimpin pembangkang yang sekarang sedang diburu oleh polis eloklah tampilkan diri dengan megah dan bangga. Tunjukkan 'kemaluan' sebenar untuk menghadapi kenyataan, tak perlu menyorok sampai ke lubang jamban untuk dikutip polis.

Tak perlulah bimbang kalau dah suka jadi anjing pembangkang, pasti tuan mereka dah sediakan barisan lawyer yang handal2, lawyer2 yang tak hormati undang2, barisan lawyer yang putar alam, manipulasi dan tafsir undang2 ikut suka mak bapak mereka.

Bar council pun dah mengalahkan parti politik, lebih mendahului dan lantang, malah lebih mahkamah dari hakim, mereka dah jatuhkan hukum 'polis bersalah' sebelum dibicarakan. Bar council sepatutnya bila bercakap hal berkaitan undang2 biarlah nampak pro, jangan buka mulut macam longkang busuk.  Bar Council sedia jadi pelindung pengganas dan penjenayah?! Tugas sebenar apa?

Apapula pandangan Persatuan Peguam2 Islam? - Tak perlulah menyebelahi mana2 pihak, memadai satu pandangan yang matang dan adil.

Cuma aku bersimpati kepada anggota polis yang terpaksa melakukan sedikit kekerasan kepada pendemo haram jadah tu...mereka pasti dikenakan tataertib dan sebagainya. Rezeki mereka dirampuk oleh pembangkang.

Ada sesiapa tahu 'statement' Karpal Pengerusi DAP? Kot2 lebih bernas dari timbalannya..



Seperkata lagi tentang bershiit 3.0. memang ada lakonan2 yang hebat kepada majoriti pendemo terutama yang tidak berdekatan dengan Dataran Merdeka. Mereka dilakonkan oleh pemimpin bahawa demo itu memang bersih dan aman, mereka di suruh bersurai untuk menggambarkan 'keamanan' tetapi dalam masa yang sama, berdekatan Dataran Merdeka, pendemo upahan dan tegar buat provoke ikut skrip terancang pembangkang.

Hasilnya, pendemo yang jauh dari Dataran Merdeka, mereka yang disuaraikan dengan aman terpinga pinga apabila mendapat tahu telah berlaku keganasan, sudah tentu sangkaan mereka, polis yang mulakan.

Hebat betul perancangan pembangkang.

Tolong gelak...mat sabu buat lawak

Kalau selepas membaca, ada yang tak gelak..aku rasa kau orang ada masalah sarius !!!!

Rabu, 2 Mei 2012Bersih 3.0: Pemimpin Umno tuding jari sesama sendiri


KUALA LUMPUR,Himpunan Bersih 3.0 mengakibatkan Umno semakin pening dan kini sibuk dengan pesta menuding jari antara satu sama lain, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu."Yang paling pening ialah (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein)," katanya.
Menurut Mohamad, sebelum himpunan Bersih 3.0 itu, menteri tersebut menuduh beliau dan Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamudin Rais mengajak mereka yang berhimpun supaya masuk ke dalam Dataran Merdeka.
"Sedangkan yang sebenarnya kami ditugaskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Bersih supaya berpesan kepada orang ramai terutama anak-anak muda yang berhimpun di sekitar kawasan itu supaya jangan memasuki Dataran Merdeka," katanya.

Selepas himpunan Bersih pula, kata Mohamad, Hishammuddin mendakwa pula bahawa tindakan polis merampas kamera wartawan adalah sebahagian dari garis panduan operasi polis (SOP).
"Selepas itu, Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) beritahu bahawa bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 itu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis SOP.
"Satu negara nampak menteri itu pening teruk. Saya nasihatkan dia pergi berehat ke Bahamas," katanya.
Beliau berkata, maklumat yang diterimanya menunjukkan Hishammuddin menjadi sasaran kemarahan kedua-dua pihak.
"Penyokong PR (Pakatan Rakyat) marah kepadanya sebab berdendam sangat terhadap kekejaman polis terhadap mereka."Puak Umno pula marah menteri itu kerana mereka kata dia gagal hadapi Bersih 3.0 yang meranapkan lagi imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.
Menurut Mohamad, beliau diberitahu oleh mereka yang rapat dengan sumber dalaman Umno bahawa para pemimpin parti itu kini saling menuding jari kepada satu sama lain.
Bersih 3.0 menyebabkan imej Umno makin jatuh merudum, katanya, sebab itulah mereka salah menyalah sesama sendiri.
"Sejauh mana saya tak dapat pastikan tetapi saya juga diberitahu oleh orang-orang yang rapat dengan seorang bekas menteri kanan bahawa (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sekarang marah sungguh kepada Najib.
"Sumber itu yang rapat dengan bekas menteri yang masih lagi di dalam Umno itu mendakwa Dr Mahathir menyifatkan Najib lembik."Orang kalau dah marah kepada satu sama lain, kita tak perlu hasut dah," katanya
Menurut Mohamad, semua itu berlaku kerana mereka menyedari bahawa jumlah pengundi Melayu yang menolak Umno secara umumnya tidak berganjak.
"Di kalangan pengundi Cina pula, memang diketahui umum mereka menolak BN (Barisan Nasional) terutama Umno.
"Selepas Bersih 3.0, walaupun bergurau, saya dengar mereka kata dari 10 pengundi Cina, 9.5 tak akan undi," katanya.

Beliau yakin, Bersih 3.0 seperti lorong tanah perkuburan kepada Umno dan BN

Tuesday, May 1, 2012

Poknik sindir Anwar: berterusteranglah...

Tabik spring kepada nik aziz atas keikhlasan dan pengakuannya menghalalkan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan dan berhubung pembayaran upah kepada penyokongnya ke BERSIH 3.0. Keberaniannya membuat pengakuan seiras dengan keberanian Chua Soi Lek berhubung skandalnya.

Poknik juga boleh nasihatkan anwar, shamsidar, azmin dan wan azizah supaya mengikut langkah sepertinya, berani walaupun songsang-..berterusteranglah

Dari segi jenayah, chua mungkin tidak melakukan apa2 kesalahan tetapi dari segi moral pun mungkin itu budaya mereka.

Tapi bagaimana pula nik aziz, apakah tidak ada kesalahan jenayah? Menyeru kepada penggulingan kerajaan demokrasi secara demonstrasi secara tidak langsung menghina SPB Agong dan Perlembagaan Negara serta Parlimen? Tidak kah nik aziz sama sahaja dengan maunah????

Saya yakin ia boleh dikaitkan ?!

Tetapi untuk menyeru kerajaan sekarang yang lembek dan PDRM yang tidak pernah selesai2 dalam siasatan apatah lagi nak menyeru kepada Peguam Negara – rasanya buang masa sahaja berharap kepada ketiga-tiga puak ini sebab perkara2 serius sebelum ini pun mereka tidak mampu tangani dan bertindak!

Satui lagi agensi ala wayang kulit - SPRM belum pun membuat apa2 keputusan terhadap siasatan rasuah nik aziz walaupun dah bertahun ‘siasat’ – lembab sangat agaknya pegawai2 tu menyiasat, kalau tak ada kes, istiharkanlah sahaja. Kini kes ‘air kelantan’ pula disiasat – janganlah harap apa2 sangat.

Berbalik kepada nik aziz yang nyata berilmu tetapi macam songsang pula amalannya. Terdesak sangat ke PAS sehingga tidak mampu berpatah balik apabila terus membuat dan melakukan kesilapan sehinggakan hari ini pandangan umum terhadap nik aziz sudah hilang rasa hormat dan segan akan taraf ulamanya, malah sebut sahaja nama nik aziz – sudah ramai yang mampu ‘memakinya’??!!!

Kalaulah DAP tahu betapa lemahnya Islam puak PAS ini, dah lama dah DAP bersekongkol. Pemimpin DAP sudah mampu ketawa, lega dengan tahap ketidakstabilan Islam PAS yang berubah-ubah ikut angin – bagi mereka PAS bukan penghalang terbesar lagi, dijentik pun sanggup berlutut kalaupun tak bersujud. Orang macam Mat Sabu bagi DAP cukup mudah digulakan, mati semut kerana gula?!

Berbalik kepada pok nik yang menghalalkan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan malah membuat pembayaran sebenarnya satu petanda dan isyarat bahawa di Kelantan juga demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan negeri melalui demonstrasi adalah dibenarkan dan halal? Ayuh UMNO dan gabungan2nya. Tunggu apa lagi!





Apa nasihat Hisham pada editor?

Nasihat kepada editor: Jangan sensasikan isu hingga menimbulkan huru hara kepada negara, memadai sekadar memberitakan kebenaran tanpa tokok tambah.


Ketika anwar dan pembangkang diasak dan tidak terjawab, barua ni pula cuba buat isu lain:

Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) meminta Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada editor media pada 27 April berhubung Bersih 3.0.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan keganasan pihak polis terhadap wartawan.

“Kami telah mendedahkan bukti bahawa arahan untuk mengganggu, menghalang dan menahan wartawan yang melaporkan tentang perhimpunan Bersih 3.0 datang dari peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, pada 27 April, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama untuk datang bertemu beliau.

“Kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis,” kata Surendran lagi.

Beliau berkata, pihak polis dengan jelas telah mengikut telunjuk Kementerian Dalam Negeri apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari.

Tambahnya, tiada sebarang kenyataan dibuat sehingga kini oleh PM, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tentang keganasan tersebut.

Katanya lagi, jawapan Hishammuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan.

“Ini juga serangan yang serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar.

“Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan,” ujarnya.

Surendran berkata, dalih Najib dengan meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan.

“Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein untuk mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu,” tegasnya yang juga seorang peguam.

Beliau seterusnya meminta Najib dan Hishammuddin menerangkan dan menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa polis terhadap media dan orang ramai pada 28 April.

Dipetik dari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9996-bersih-30-apa-arahan-hisham-kepada-media-27-apr

6ANGKA