Tuesday, May 1, 2012

Poknik sindir Anwar: berterusteranglah...

Tabik spring kepada nik aziz atas keikhlasan dan pengakuannya menghalalkan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan dan berhubung pembayaran upah kepada penyokongnya ke BERSIH 3.0. Keberaniannya membuat pengakuan seiras dengan keberanian Chua Soi Lek berhubung skandalnya.

Poknik juga boleh nasihatkan anwar, shamsidar, azmin dan wan azizah supaya mengikut langkah sepertinya, berani walaupun songsang-..berterusteranglah

Dari segi jenayah, chua mungkin tidak melakukan apa2 kesalahan tetapi dari segi moral pun mungkin itu budaya mereka.

Tapi bagaimana pula nik aziz, apakah tidak ada kesalahan jenayah? Menyeru kepada penggulingan kerajaan demokrasi secara demonstrasi secara tidak langsung menghina SPB Agong dan Perlembagaan Negara serta Parlimen? Tidak kah nik aziz sama sahaja dengan maunah????

Saya yakin ia boleh dikaitkan ?!

Tetapi untuk menyeru kerajaan sekarang yang lembek dan PDRM yang tidak pernah selesai2 dalam siasatan apatah lagi nak menyeru kepada Peguam Negara – rasanya buang masa sahaja berharap kepada ketiga-tiga puak ini sebab perkara2 serius sebelum ini pun mereka tidak mampu tangani dan bertindak!

Satui lagi agensi ala wayang kulit - SPRM belum pun membuat apa2 keputusan terhadap siasatan rasuah nik aziz walaupun dah bertahun ‘siasat’ – lembab sangat agaknya pegawai2 tu menyiasat, kalau tak ada kes, istiharkanlah sahaja. Kini kes ‘air kelantan’ pula disiasat – janganlah harap apa2 sangat.

Berbalik kepada nik aziz yang nyata berilmu tetapi macam songsang pula amalannya. Terdesak sangat ke PAS sehingga tidak mampu berpatah balik apabila terus membuat dan melakukan kesilapan sehinggakan hari ini pandangan umum terhadap nik aziz sudah hilang rasa hormat dan segan akan taraf ulamanya, malah sebut sahaja nama nik aziz – sudah ramai yang mampu ‘memakinya’??!!!

Kalaulah DAP tahu betapa lemahnya Islam puak PAS ini, dah lama dah DAP bersekongkol. Pemimpin DAP sudah mampu ketawa, lega dengan tahap ketidakstabilan Islam PAS yang berubah-ubah ikut angin – bagi mereka PAS bukan penghalang terbesar lagi, dijentik pun sanggup berlutut kalaupun tak bersujud. Orang macam Mat Sabu bagi DAP cukup mudah digulakan, mati semut kerana gula?!

Berbalik kepada pok nik yang menghalalkan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan malah membuat pembayaran sebenarnya satu petanda dan isyarat bahawa di Kelantan juga demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan negeri melalui demonstrasi adalah dibenarkan dan halal? Ayuh UMNO dan gabungan2nya. Tunggu apa lagi!





No comments:

Post a Comment

6ANGKA