Saturday, October 19, 2013

PEDIH SUNGGUH AYAT ITU

Mukhriz kalah bergaya - kalah bermaruah - zamkata
Hisham menang parah - zamkata
Transformasi taik kucing - din turtle
Hisham menang sorak - kampung tergadai
Semua Bahagian UMNO Pahang ikut telunjuk - fakta
Bahagian UMNO Johor sedondon - fakta
umno menang, melayu kalah - sakmongkol
Najib menjayakan pilihannya dengan membunuh transformasinya sendiri - pedih sungguh ayat tu.

JIKA NAK BACA AYAT PUJI PUJIAN YANG LEMAK MANIS BERMADU - MUNGKIN DI BLOG LAIN.
Kalau ada pun, mungkin yang ini:
Beres, transformasi UMNO dan proses peremajaan parti - Helen Ang

Tetapi itulah Melayu dalam UMNO yang dipimpin oleh Najib sekarang - Janji Najib untuk menjadikan rasuah hanya satu sejarah masa lampau yg dilafazkan di sanfransisco berlaku sebaliknya, di depan matanya, di tangannya, di dalam partinya sendiri, di negaranya sendiri - dan ini baru satu permulaan.

Jangan buat tuduhan, mesti ada bukti kata si ku nan setiausaha gong - itu kalau kena batang hidung UMNO.
Tetapi tuduhan yang semborono sama lah juga pemimpin umno bebas lemparkan kepada pembangkang. Mana dia bukti anwar dalang pencerobohan sulu di lahad datu? Mana dia bukti pembangkang dapat dana luar? - haprak juga si ku nan ni.

Persepsi politik wang yang bebas dan terbuka dalam pemilihan umno bukan satu yg boleh disembunyikan - itu fakta.

Tugas membuktikan adalah tugas SPRM dan Jawatankuasa Pemilihan jika mereka telus dan amanah - boleh diyakini ke?
Tidak ada aduan - mungkin itu alasan skima terbaik mereka.

Yang tidak kurang penting sekarang ni ialah persaolan bagaimana 3 Naib Presiden yang dipilih semula, yang disokong oleh Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Presiden dan Timbalan Presiden + Setiausaha Gong ( 7 Pemimpin Tertinggi UMNO yang paling berpengaruh dan berkuasa ) masih gagal menyekat kemaraan seekor nyamuk yang tidak direstui seperti mukhriz yg sekadar berbekalkan bayang bapanya masih mampu meraih undi popular melebihi hisham seorang menteri kanan yang dilengkapi segala kemudahan dan laluan untuk bertanding.

Adalah merbahaya mukhriz dibiarkan terus popular, popular kerana perjuangan Islamnya, popular kerana ketebalan melayunya, popular kerana keremajaannya, popular kerana bersih, popular kerana berani ubah, popular walaupun kalah, popular yang bermaruah.


Ramalan Tun Mahathir Tepat

Walaupun pengaruh Mahathir samada di dalam atau diluar umno sudah mulai hilang cengkamannya tetapi ketepatannya dalam sesuatu perkara, politik dan ekonomi nyata tidak jauh meleset.

Pandangan Tun tentang peluang Mukhriz dalam persaingan jawatan Naib Presiden ternyata tepat, peluang 50% atau kurang kini menjadi kenyataan atas faktor utama tidak direstui Presiden - bukan satu faktor dongeng lagi terutama semua bahagian di Pahang hanya memilih 3 nama yb direstui mohd najib bin abd razak, dan disokong oleh muhyiddin di Pagoh.

Selain faktor tidak restu, faktor politik wang sudah menjadi budaya dan secara terbuka.

Kalau dalam DAP, nilai Melayu hanya 50 sen menjadi bahan sindiran dan ketawa, tidaklah pula diketahui sejauhmana Perwakilan Melayu UMNO telah meletakkan harga diri mereka.

Yang menang hari ini akan menjadi barisan hadapan di PRU14 untuk mengukur tinggi rendah perjuangan sebenar. Yang kalah akan jadi pemerhati.

Sehari dua lagi, Presiden yg sama, yg bersikap pilih kasih akan menyeru kpd perpaduan dan penyatuan semula atas dasar pertandingan kekeluargaan dan keutamaan parti - alangkah hipokriknya ucapan itu - menjijikkan.

Berbalik kepada ketepatan pandangan Mahathir,  selepas ini, suka atau tidak, UMNO harus mengambilkira pandangannya terhadap nasib UMNO di PRU.

Tun sudah tidak perlu menjadi benteng UMNO, bagi anti-Tun, mereka sarankan Tun jaga cucu, aku rasa itu tepat sekali - itu lebih baik dari menjaga pengkhianat bangsa, ugama dan negara.

PAGOH (Muhyiddin) dan PAHANG (Najib) Kekal Sokong Hisham

Zahid memecut mendahului.
Shafie dalam keadaan selamat.
Isa dan Ali terkial-kial...

Tidak rasmi:
Berhati-hatilah dengan keputusan di blog dan internet. PRU13 yang lalu adalah contoh bagaimana keputusan yang dipaparkan oleh blog dan internet selain dari pengumuman rasmi tersasar jauh dari realiti.
tunggu keputusan rasmi - jangan syok sendiri !!!



Pagoh
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham





 Padang Rengas

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafei






Teluk Kemang

1- Isa
2- Zahid
3- Mukhriz







DIBERITAKAN HAMPIR SEMUA BAHAGIAN DI PAHANG NEGERI KELAHIRAN NAJIB IKUT TELUNJUK...
Atau Bahagian-Bahagian ini sudah mati pucuk atau tidak punya 'taste' politik semasa - masih dalam syok sendiri !!

Dalam DAP walaupun parti menang besar di PRU13, perwakilan CEC masih mahu perubahan dengan meletakan Lim Guan Eng di tempat kelima dan Lim Kit Siang di tempat kedua???

Dalam UMNO - ketika parti goyah dan tidak sekuat dulu bukan sahaja mereka tidak berani mengubah Presiden dan Timbalan, mereka juga tidak berani mengubah Naib Presiden - inilah yang mungkin dimaksudkan transformasi !!!

Salah percaturan - UMNO akan jadi parti cap ayam sabung - menang sorak kampung tergadai.


 Raub

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham




 Bukit Bendera

1- Zahid
2- Ali
3- Hisham

 Maran

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham

 Bentong

1- Shafei
2- Zahid
3- Hisham



 Ketereh

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz

 

Kubang Kerian

1- Zahid
2- Shafie
3- Mukhriz




Rehat dulu 5.41pm

Friday, October 18, 2013

calon mana yg bagi duit lebih.


s

saturday, October 19, 2013

Dirty Tactics To Sabotage Mukriz & Embarrass Muhyiddin

I received the following sms. This is a denial that has just been issued by UMNO Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yasin :

Saya menafikan kenyataan yang dibuat di dalam satu akaun FB mengenai dakwaan adanya keputusan jawatankuasa disiplin UMNO ke atas Dato Mukhriz. Saya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut dan akaun FB itu bukan milik saya. Saya telah meminta SKMM menyiasat akaun FB tersebut.  - Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Well, some people are still very afraid of change in UMNO. 
 http://www.rockybru.com.my/2013/10/for-news-portals-sorry-is-not-hardest.html

kemaskini 19okt 3:20am
sejak ptg tadi sampailah lewat pagi ini, diluar sana ia bagaikan satu pesta, satu raya, kelompok privasi, saling kunjung mengunjungi, sebok dengan hp masing2, pergerakan pendek yg tidak henti2 - sebenarnya tidak pasti apa yg berlaku dlm pertemuan-pertemuan itu atau sebenarnya kita pura-pura tidak tahu - terserahlah.

secara mengejut, entah tiba-tiba, tanpa tahu puncanya seorang kawan cadangkan slogan umno ditukarkan dari melayu itu umno dan umno itu melayu kepada yang lebih sesuai: umno itu duit dan duit itu umno.

Tentunya saya tidak setuju!!!

....................................................

Ciri2 memilih:
Calon mana yg bagi duit lebih
Calon mana pilihan boss
Calon mana yg disukai musuh
Calon mana yg serasi
Calon mana yg 'yes man'
Calon mana anak omak
Calon mana yg memperguna Istana
Calon Bangsawan

Sukarnya membuat pilihan kerana ciri2 di ata$ tak ada pun pada mana2 calon naib presiden umno.

sesuatu yg kena difahami dng jelas ialah arahan mengekalkan 3 naib presiden yg lalu adalah dimaksudkan 'tidak boleh tidak'.

andainya yg menang kelak bukan calon spt yg dimaksudkan maka Jawatankuasa Pertandingan akan menyediakan kertas pertuduhan yg mampu menggugurkan kemenangan calon tersebut dan diganti dengan calon yg dimaksudkan - contoh ini sudah pasti tidak akan berlaku dalam UMNO yg suci.

3 calon luar itu harus berhati-hati dng perangkap yg terbuka luas utk mereka. Untuk selamat lebih baik kalah atau menarik diri - ini juga tidak berlaku dalam UMNO

CALON PILIHAN BLOG INI:
isa samad-ali rustam-shafie

CALON DIJANGKA MENANG:
zahed - kj - hishamuddin

MUKHRIZ??
kan omak dah cakap - muda lagi, awal sangat...





# sesuatu yg kurang enak spt yg tercatat dlm beberapa blog ialah keterlibatan taikun bukan melayu yg mencurah duit membantu calon tertentu dan diharap penjenayah, ahlong, pengedar dadah juga tidak mengambil kesempatan yg sama - diharap ini semua berita palsu dan jangan digunakan oleh mana-mana calon terdesak - ini adalah pertandingan dalam keluarga.

Thursday, October 17, 2013

perlukah umno mempunyai seorang lagi mahathir

kemaskini 10.00pm

kedapatan calon naib presiden mula bermain kata-kata kpd 'berkhidmat untuk majoriti', berkhidmat kpd bangsa malaysia dan seumpama, dalam pertandingan di umno ini pun, yg sepatutnya mengutamakan Islam dan Melayu masih lagi nak jaga hati kaum cinabeng dan indiakap. takut sangat nak vokal. sedangkan diluar sana Islam dan Melayu sdg dihina dan dipijak oleh mereka tanpa rasa gentar.


........
di satu pihak menyatakan dengan jelas - semua ok asalkan jangan hisham.
di satu pihak pula menyatakan secara bahasa badan - semua ok asalkan jangan mukhriz.

penolakan hisham atas faktor prestasi buruknya.

penolakan mukhriz atas faktor ketegasan dan keberaniannya mampu menggugat kelancaran pentadbiran parti jika tidak selari dengan pejuangan Islam dan Melayu. Mukhriz dilihat mewarisi semulajadi karisma Mahathir dlm menyatakan kebenaran walau pahit.

kelebihan mukriz yang kurang ada  pada mahathir ialah kemampuannya untuk mendekati PAS dengan lebih bijak, lembut dan disenangi.

sama dengan Mahathir, Mukhriz juga kekal musuh no. 1 dan digeruni DAP.

bukankah lebih baik buat umno untuk kekal berpengaruh, dominan dan kuat dengan mempunyai sorang pemimpin yang cool, vokal, dewasa dan matang seperti mukhriz untuk berganding dengan anak omak, terejal dan liberal seperti kj?

luahan hati perwakilan johor - hisham?

sesuatu yg menarik telah aku dapat sepanjang perantauan ke seluruh bahagian umno johor menemui perwakilan ialah rata-rata mereka tidak akan mematuhi keputusan perhubungan umno negeri johor, tidak akan mematuhi saranan khaled nordin selaku menteri besar johor, tidak akan mematuhi pandangan segelintir ketua bahagian, tidak akan bersentimen kenegerian semata-mata untuk memilih dan mengundi hisham sebagai naib presiden.

malah mana-mana ketua bahagian yg terlalu menekan dan mendesak supaya hisham diundi akan menerima nasib malang jika ketua bahagian itu sendiri terlibat dalam petandingan ketua bahagian di bahagiannya atau bertanding di peringkat majlis tertinggi.

yang menarik juga, selain pilihan mereka ke atas mukhriz, shafie apdal juga mendapat tempat untuk dipilih berdasarkan sumbangan umno sabah kpd umno semenanjung dlm pru13.

paling menarik - di bahagian hisham sendiri - nyata bukan 100% kepadanya kerana faktor dalaman. antaranya dikatakan hisham walaupun kerap pulang ke bahagian tetapi lebih sebok 'meeting dengan pihak lain' dari berjumpa dengan ajk dan ahli umno. hanya hisham yg dapat menjawabnya?

Wednesday, October 16, 2013

kj sekadar pemimpin celah ketiak mak..

mukhriz terlalu awal dan masih muda untuk bertanding naib presiden- ulasan rahmah abd hamid

sampai ke tahap seteruk itu mereka kempen untuk menghalang mukhriz menang...macamlah kalau mukhriz kalah mereka akan dapat dan bolot semua. macam lah kj pasti jadi PM termuda.

kalau desperate sangat nak hisham menang, kempenlah walaupun sampai ke kubur....tak siapa yg nak larang.

kalau kj berhati besar, nak jadi pemimpin besar - dia patut berjiwa besar, membantu mukhriz menang untuk kekal umno menang di setiap pru akan datang.

kj jangan berpura-pura tidak tahu kebolehan dan kemampuan pengaruh mukhriz di dalam dan di luar umno. mukhriz telah buktikan dengan umno menang di kedah dengan kerjasama semua pihak termasuk pemimpin umno kedah yg pada awalnya agak 'berbelah-bagi' menyokongnya.

jika kj hulurkan sokongan kpd mukhriz, dia akan muncul sebagai pemimpin umno yg paling cemerlang dan digeruni.

tapi kalau nak jadi pemimpin sekadar celah ketiak mak - inilah hasilnya.

Auwwwwwww....


# elok rahmah jelaskan bagaimana kj boleh kaya raya dengan sekelip mata tanpa perlu pengalaman dan gaji besar.

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...