Walaupun pengaruh Mahathir samada di dalam atau diluar umno sudah mulai hilang cengkamannya tetapi ketepatannya dalam sesuatu perkara, politik dan ekonomi nyata tidak jauh meleset.
Pandangan Tun tentang peluang Mukhriz dalam persaingan jawatan Naib Presiden ternyata tepat, peluang 50% atau kurang kini menjadi kenyataan atas faktor utama tidak direstui Presiden - bukan satu faktor dongeng lagi terutama semua bahagian di Pahang hanya memilih 3 nama yb direstui mohd najib bin abd razak, dan disokong oleh muhyiddin di Pagoh.
Selain faktor tidak restu, faktor politik wang sudah menjadi budaya dan secara terbuka.
Kalau dalam DAP, nilai Melayu hanya 50 sen menjadi bahan sindiran dan ketawa, tidaklah pula diketahui sejauhmana Perwakilan Melayu UMNO telah meletakkan harga diri mereka.
Yang menang hari ini akan menjadi barisan hadapan di PRU14 untuk mengukur tinggi rendah perjuangan sebenar. Yang kalah akan jadi pemerhati.
Sehari dua lagi, Presiden yg sama, yg bersikap pilih kasih akan menyeru kpd perpaduan dan penyatuan semula atas dasar pertandingan kekeluargaan dan keutamaan parti - alangkah hipokriknya ucapan itu - menjijikkan.
Berbalik kepada ketepatan pandangan Mahathir, selepas ini, suka atau tidak, UMNO harus mengambilkira pandangannya terhadap nasib UMNO di PRU.
Tun sudah tidak perlu menjadi benteng UMNO, bagi anti-Tun, mereka sarankan Tun jaga cucu, aku rasa itu tepat sekali - itu lebih baik dari menjaga pengkhianat bangsa, ugama dan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUBUNGI KAMI
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi, Anda Perlukan Khidmat Nasihat Perniagaan? Perlukan Peluang Perniagaan? Perlukan Duit Tambahan? Saya Sedia ...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
sedih..umno dirosakkan oleh org2 yg gagal membawa amanah..
ReplyDeleteTabur duit bebanyakla najib oiii..confirm walaupun aku ahli umno aku akan tentukan umno akan kalah pru 14 nanti supaya dgn cara ini saja najib dan konco2nya akan diajar. Lps dia takda kuasa nnti semua kes2 lama dia n konco2nya akan dibongkarkan satu persatu..siap kau najib. .ko main kotor buruk padahnya.
ReplyDeletePada keselurohan pemilihan UMNO kali ini sungoh meragukan , bayangkan Khairy dan Sharizat menyapu bersih semua undi ,macam tak masok akal tiada tentangan langsong . Inikah transfomasi yang dikatakan olih Najib ?.
ReplyDeleteSebenarnya tiada perubahan belaku dalam UMNO ,hanya tahun sahaja yang berubah.
Sebelum pengundian bagi calon pusat di Bahagian, perwakilan telah dirayu dan diminta untuk mengundi calon2 tertentu. Kalau tidak ada arahan dari tangan2 ghaib masakan keluar arahan seperti itu.
ReplyDeleteUmno..........dulu kini dan selama nya (Ermmmm memang sama je dari dulu sampai sekarang). Tunggu aje lah PRU14 tengok langit tinggi rendah.
ReplyDeleteUmno..........dulu kini dan selama nya (Ermmmm memang sama je dari dulu sampai sekarang). Tunggu aje lah PRU14 tengok langit tinggi rendah.
ReplyDeleteSedih...kecewa...UMNO terus dikuasai melayu liberal... tiada y mampu menelami denyut nadi melayu y ternyata masih melata di tanah sendiri... untung nasib terus ditangan mereka y xpernah kenal jerit perih melayu...
ReplyDeleteXperlu lg kita berbelah bagi utk menekan butang RESET parti UMNO utk kembalikan kpd melayu
Serahkan umno kpd najib untuk dia lakarkan sejarahnya sendiri.
ReplyDeleteDi harap PAS mengambil kesempatan utk berdiri dengan sendiri tanpa PKR dan DAP. PAS nampaknya benteng melayu Islam terakhir....memandangkan UMNO terlalu tebal najis penyelewengannya untuk dibersihkan.
ReplyDeleteNajib lebih berwibawa sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU14 - mungkin pada masa itulah dia akan ada banyak masa dan sebok utk bercakp soal Islam Dan Melayu.
DeleteJika PAS tidak lagi dengan PR, sah saya akan memilih PAS dalam PRU 14 nanti, insyaAllah. Perlu sebuah parti yang memperjuangkan dan memperkasakan ugama, bangsa negara. UMNO tidak akan berubah, masih mengamalkan politik 'patronage' - budi dibalas dengan undi.
ReplyDeleteSaya amat setuju dan tersentuh dengan perenggan ke 6. Sama dengan artikel husin lempoyang.
ReplyDeletedulu masa kerja dgn bank, akibat dasar liberasasi ramai bangsa asing dari bank2 antarabangsa masuk bank2 tempatan dgn pangkat dan jawatan tinggi dgn mudah. Sekarang di glc, pun sama juga. Pada pemimpin mana kita nak mengharap??????
Kita dah melukut di tepi gantang di tanahair kita sendiri.
Pemilihan pucuk pimpinan sudah melibatkan ratusan ribu pemilih. Dengan jumlah yang seramai ni pun masih dikatakan tidak adil. Saya berharap pihak PAS dan DAP juga patut mencontohi UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan. Negara sekecil Malaysia boleh menjadi dalan 20 negara tertinggi perdagangan dunia.
ReplyDelete