Pendakwaan sudah dibuat dan sebarang flip flop sekadar mencerminkan sesuatu tindakan Pejabat Peguam Negara yang tidak stabil, macam orang mabuk todi dua kole...malam cakap lain siang cakap lain...
Biar mahkamah menentukannya kecuali Idris cuba mendahului kerana perasan berpengaruh di dalam semua tempat dan kepada semua perkara atas kapasiti kedudukannya sekarang.
Apa kaitan Azmi dengan Idris? Atau ada pihak ketiga yang minta Idris berbunyi, kerana suaranya ada nilai sebagai Tuan Penasihat kepada PM..Yang lebih menarik..kenapa dia gelojoh dan berani bersuara dalam isu ini pada masa dan ketika, majoriti Ketua Bahagian UMNO sedang mendesak Najib kekalkan Akta Hasutan dan kembalikan ISA...
Adakah Najib sudah hilang kawalan keatas Penasihat dan Menteri kabinetnya (?)
Adakah ini suara hati Najib (?) yang gemar menggunakan panglimanya untuk menjawab mempertahankannya...(?)
Atau Idris Jala menasihati secara langsung Peguam Negara dan secara tidak langsung PM secara terbuka (untuk merendahkan martabat mereka (?)) dan secara kurang ajar kerana tidak lagi menghormati bossnya sedangkan dia boleh menggunakan saluran yang lebih sesuai...
Setakat ini Pejabat PM belum mengesahkan samada pandangan Idris itu berautoriti atau sekadar pandangan peribadi !!
# Idris Jala dibawa masuk semasa era Paklah dan diperingkat awal Paklah tidak sedari dia bukan Islam lalu tersasul memberi salam.
Idris jala tidak berparti dan bukan orang politik.. (?)
Idris Jala lebih dikenali sebagai pakar jual bangunan untuk menutup kerugian...










.jpg)



.png)





.png)



