Friday, September 12, 2014

Khalid terus kekal MB..

Terkini: 13/9/14 - Hadi berpendirian sokong Khalid terus kekal MB..
MUNGKIN HADI BACA BLOG INI DAN CURI IDEA AKU ???   HA HA HA .....



POSTING ASAL:

Sehingga kini perbezaan pendapat, perebutan pemilihan calon dan perselisihan muafakat dalam krisis MB Selangor antara DAP, PAS dan PKR bukan sahaja tidak reda malah sudah menular menular merebak macam kayap ular.

Adalah lebih baik, Khalid Ibrahim dikekalkan sehingga ke satu tempoh yang mampu bertahan sebelum DUN dibubarkan jika itu pilihan terakhir.

Jika MB adalah dari PAS ia hanya mendatangkan pertelingkahan politik yang lebih luas antara parti dalam Pakatan yang menjejaskan pentadbiran negeri berjalan lancar dan jika MB dari PKR ianya kurang baik jika selalu dikawal parti dalam keputusan dan dasar.

Khalid yang kini berpartikan " rakyat selangor " mampu kawal keadaan kerana bebas melantik exco tanpa "tunjuk dan tunduk" dari arahan kroni parti kerana sudah berpengalaman, lebih kenal dan tahu yang mana satu berok yang mana satu sarkas, yang mana satu intan yang mana satu kaca, yang mana satu jantan yang mana satu betina.

Perjanjian Air Selangor Sdn Bhd dengan Kerajaan Pusat adalah satu petanda yang cukup meyakinkan kebajikan rakyat selangor didahulukan.

1 comment:

6ANGKA