Tumbukan atau jab kiri yang Mahathir lepaskan hanya sipi ke muka Najib, masih ada belas kasihan (saya tidak minta najib letak jawatan)..dan jab kanan yang singgah juga tak sampai 10 kilo (kalau saya PM sekarang, saya letak jawatan)...lagipun Mahathir dah 80an.....Najib masih boleh berdiri, masih boleh menari2..pening2 lalat belum sampai tahap mabuk ketum..lambat laun agaknya Mahathir hayun juga jab tepat 50 kilo...masa menentukan.
Tetapi kata orang..Jangan dok ingat buah Mahathir sahaja..Najib pun mampu pukul curi, pukul balas, pukulan mat kilau...
Tetapi yang lebih berbisa ialah peluru penabur yang nakhaie lepaskan..tak sempat dan tak mampu elak..biasanya peluru penabur ni gunanya untuk memburu ayam hutan..yang kena bukan sekor..bapak ayam, mak ayam, bini ayam, sepupu ayam, penasihat ayam, kroni ayam, menantu kepada mantan bapa ayam, anak ayam, ayam-ayam dan atok ayam pun kena sekali...
Tak perlu pandang siapa yang cakap, tak perlu persoal who is this nakhaie..tapi nilaikan apa yang dia cakap..kalau tak 99% pun tepat..mungkin 120% betul, tepat..melekat, tembus kalau tak pakai baju kalis peluru.
Kalau ada tiga, empat orang lagi macam Nakhaie.. (??????)
Ini apa yang Nakhaie tulis di FB nya:
"Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa.
"Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa.
"Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Mengapa saya harus keluar Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.
"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi,".
"Kalau dulu, Umno berjuang, pemimpinnya berjaya apabila dia berjaya memenu
hi cita-cita Umno. Sebab itulah ahli di bawah terasa mereka juga menang apabila pemimpin berjaya," kata Nakhaie.
Beliau memberikan contoh perjuangan untuk mendapat kemerdekaan negara.
"Bukan saja pemimpin yang rasa berjaya, tetapi orang bawah juga terasa mereka berjaya apabila kemerdekaan dicapai. Pemimpin berkorban, orang bawah juga berkorban.
"Sekarang perjuangan ini sudah tiada. Saya hendak berjuang. Kalau sudah tidak ada perjuangan buat apa saya duduk di situ (dalam Umno)," katanya.
Nakhaie mencabar mana-mana pemimpin Umno untuk menerangkan dengan penuh keyakinan perjuangan yang mereka katakan untuk agama, bangsa dan negara itu.
Katanya, tidak ada lagi pemimpin Umno yang yakin sepenuhnya dengan perjuangan mereka sekarang termasuk presiden atau naib presiden Umno.
"Boleh atau tidak mereka jelaskan perjuangan Umno untuk agama, bangsa dan negara itu dengan penuh yakin.
"Slogan itu masih digunakan tetapi bagaimana mereka menghuraikannya dan meyakinkan orang mereka berjuang untuk agama, dengan roh dan kekuatan jasad mereka.
"Bagaimana hendak perjuang bangsa dengan roh dan jasad mereka. Begitu juga untuk negara, mungkin ada sikit tetapi itu pun dipersoalkan," katanya.
Katanya, ini kerana negara sekarang berada dalam keadaan pincang dengan hubungan etnik yang makin kacau dan pelbagai masalah lagi.
Nakhaie berkata, Islam datang bukan untuk umat Islam saja tetapi membawa keadilan kepada semua.
“Bukan setakat itu, Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan kepada manusia saja tetapi tumbuh-tumbuhan, pokok dan juga alam sekitar,” katanya.
Katanya, Islam yang dibawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di awal kemerdekaan negara lebih jelas berbanding dengan yang berlaku sekarang.
"Tunku bercita-cita untuk satukan rakyat dengan Islam bukan atas paksaan tetapi dakwah tanpa paksaan. Hasrat beliau supaya majoriti rakyat Islam.
"Beliau mendapat sokongan Cina dan India. Lihatlah berapa ramai yang masuk Islam. Kita tidak sampai ke tahap itu," katanya.
Atas dasar itulah, Nakhaie memilih untuk tidak lagi terikat dengan parti politik tetapi bergerak menyampaikan Islam yang syumul dan lengkap.
Rasanya Nakhaie juga seperti Mahathir tidak minta Najib letak jawatan, tidak bermaksud pun dituju kepada Najib..cuma sudah tidak menyokongnya.
Najib sudah tentu terus membisu dan sekarang pun di luar negara.. di Negara "Jan" dan "Stan"
# Apa yang kau merepek ni KD?
Ust Nakasoni?.Gelaran yg di beri oleh arwah Presiden Pas Ha,ha,ha Kluangman....pilihlah isu yg di timbulkan oleh orang lain,baru ada nilai.Kalau ada kaitan dgn Nakasoni,org Pas pun tak nak ambil kesah dan org PKR pun tk layan.Semuaanya gara-gara di belakankan oleh Jamil Khir.
ReplyDeletebiarkan le dia nak pergi ke mana pun.. dia dah tak relevan dalam dunia politik Malaysia. UMNO bukannya sempurna seratus peratus.. tiada juga parti lain yang sempurna.. namun seburuk-buruk UMNO kita tak nampak lagi kecenderungan parti ni untuk menggadai agama & bangsa serta negara.. bagus le kalau dah tak minat berpolitik.. tumpukan kpd hasrat kau nak memajukan agama, bangsa & negara tu..!
ReplyDeleteUstaz ini pun jenis orang yang kecewa. Lompat sana lompat sini tak juga dapat jadi menteri Kesia pun ada juga.!
ReplyDeleteLuahan perasaan daripada orang keciwa sama dengan pening kerana putus cinta. Jiwa Kacau kata budak2 sekarang.
tulislah apa korang nak tulis.. tapi aku tetap melihat pandangan UN ada kebnenarannya.... kalau TM pun orang perlekehkan inikan pula UN ... bebaskanlah diri Tuan daripada belenggu kerosakan ..
ReplyDeleteNtah2 korg yg dok perli UN nie adlh yg tkena peluru penabur tsebut kot..
ReplyDeletesiapa mkn cili dia terasa pedas kan..
klu dh terasa.. paham2 jela..
klu x paham lg.. mmg jenis x mkn saman la..
Setuju dengan Pak Kadiaq kerana saya nampak PAS dan PKR lagi teruk di Penang. Tanah yang diluluskan BN untuk masjid dijual Guan Eng di Bayan Mutiara, tiada seekor pun ahli PAS dan PKR membantah. Tanah wakaf yang dahulunya dibawah Majlis Agama Islam PP, sekarang diletak dibawah CMI, pun tiada seekor pun ahli PAS dan PKR bersuara seolah-olah semua mereka ini bisu. Surau atau pun tapak masjid tidak lagi menjadi syarat wajib pembangunan kediaman di Penang.
ReplyDeleteApapun, saya tidak ingin mengutuk Ustaz Nakhaie kerana itu adalah pilihannya dan mungkin dia tidak sedar kedudukan orang2 Melayu sekarang menjadi lemah disebabkan oleh percakaran sesama mereka sendiri. Lagi satu, sebagai orang Melayu yang pernah berkerja bersama Koh Tsu Khoon & Guan Eng saya nampak Guan Eng 1000 kali lebih corrupt dan amat tamak lagi haloba. Semasa meeting State Planning Committee, pegawai2 berWhatsapp sesama sendiri, dok perli Guan Eng sebab tau dia dok putar belit (tak konsisten) bila projek2 kroni2nya dibentangkan semua akan diluluskan, dia ingat pagawai2 Melayu semua bodoh, tapi saja buat-buat bodoh begitu juga dalam Tender Board. Dulu Tender Board dipengerusikan oleh State Secretary, sekarang Guan Eng jadi pengerusi. Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri telah diberi satu senarai blacklist kebanyakkannya syarikat2 orang Melayu. Pegawai tidak boleh merekomenkan syarikat2 tersebut. Keputusan tender juga perlu dihantar ke pejabat ketua menteri serta merta selepas tender dibuka. Tujuannya untuk tawar menawar bagi meminta komisyen kepada petender yang berjaya. Salah seorang mesti berjaya. So, tak kira sapa yang berjaya Guan Eng akan dapat komisyen. Banyak lagi perbuatan Guan Eng yang merugikan Melayu/Islam, boleh karang satu buku.
Tidakkah tuan2/puan2 nampak bagaimana seorang cina menggunakan kuasanya sepenuhnya bila dia berkuasa. Apa akan jadi kepada orang2 Melayu sekiranya mereka memerintah Malaysia (melalui Perdana Menteri boneka)? Kami di Penang tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi. Minta dijauhi Allah senario ini. Kerana kami tau orang2 cina tersangat tamak, mereka tiada erti belas kasihan. Berdoalah semoga Allah memelihara orang2 Melayu/Islam di Malaysia.
Itu sebabnya najib perlu diundurkan..letak seseorang yg lebih islamik dan berjiwa melayu..kerja secara kumpulan lebih kuat dari one man show
DeleteKita nak kukuhkan parti dan kerajaan. Kalu nak kukuh bukan lihat kelemahan pihak lawan. Kalu pihak lawan banyak buat salah, maka kita kuat. Itu bukan ukuran yg tepat. Kritikan dan penerimaan utk berubah lebih baik akan kuatkan parti. Sentiasa rasa tidak selesa dan puas hati akn buat kita kerja lebih baik. Kalu dah berada di zon selesa, kerja semakin jatuh.
ReplyDelete