Angin sepoi sepoi bahasa sedang bertiup, menggoyangkan daun dan ranting, sesekali menggoncang dahan
dan batang - jika kena percaturan beruk dan monyet bisa keguguran.
Selepas bertahan kurang lebih dua tahun, kerajaan diketuai Najib kini mula keluar dari kepompong membisu kepada menyerang balas yang bermula dari penyokong yang kurang jawatan tetapi bernafsu.
Tidak jelas itu arahan Najib tetapi kebebasan bersuara boleh dijadikan alasan dan Media Prima dilihat berperanan untuk menjadi urusetia serangan. Mungkin selepas ini diikuti dengan suara-suara yang lebih pengaruh dari kalangan pemimpin negeri dan kanan.
Anwar diberi peluang tumpang semangkuk melampiaskan apa yang terbeku dengan melepaskan tembakan angin.
Yang mula kena serang adalah Pak Kadiaq, diikuti Daim dan melihat rentetan, tidak mustahil, sasaran utama seterusnya ialah Mahathir.
Angin sepoi juga membawa perkhabaran kemungkinan besar Anwar dan Najib akan bergabung fikiran dan tenaga dan Nurul jadi bahan cagarannya...jika benar, ini satu hasil kerja tangan dari orang yang berpengalaman, kecewa dan dendam.
Jika itu satu realiti, mustahil DAP dibiarkan... elok sangat menggantikan MCA dan diberi ganjaran dan tempat dengan mengorbankan beberapa keistimewaan atas dasar samarata, samarasa mengikut selera Lim Kit Siang.
Sepatutnya game ini mudah dan beres kecuali dan cuma Perkasa perlu dijinakan !!!!