Tahniah dan sokongan penuh ke atas PM dan Najib kerana mengambil tindakan permulaan undang-undang yang bermaruah dan tegas ke atas Harakah PAS dalam pelaporan ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz’.
‘‘Kita kena saman dan buat permintaan akhbar ini tarik balik apa yang disebut (tulis) kerana dakwaannya adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
“Mereka pun tak ada menunjukkan bukti saya salah gunakan kuasa. Jadi saya berhak untuk membela diri saya dan keluarga,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman di sini hari ini.
Diharap Najib juga mengambil tindakan yang sama ke atas mana-mana pihak dalam isu 1MDB atau isu-isu lain kerana semuanya itu memang sedang merosakkan imejnya selaku individu peribadi, anak Tun Razak, suami Rosmah, PM dan atau Presiden UMNO.
Selain 1MDB, beban keroskan imej yang besar juga sedang berlaku ke atasnya dalam isu altantuya, jet rasmi yang digunakan secara peribadi yang melibatkan keluarganya, pengurusan kehilangan mistri MH370, pemenjaraan Anwar dan pelbagai lain isu. Tindakan permulaan undang-undang yang sama perlu dibuat.
Jika tidak, semua yang diperkatakan adalah benar belaka.
Semua itu tidak berbaloi sekadar mendiamkan diri atau sekadar menafikan.
Jika tidak, semua yang diperkatakan adalah benar belaka.