"Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat," katanya dalam catatan terbaharu di blognya hari ini.
# Kenyataan Tun Dr Mahathir sangat serius..
Lepas kena balun, Najib baru ada sedikit kesedaran nak hormat orang lain...
Masih terlalu awal untuk menyatakan segalanya dalam UMNO akan selesai berdasarkan raut wajah kedua pemimpin dan statement Najib menunjukkan dia telah dikritik hebat kerana menguruskan negara tanpa pengterlibatan Majlis Tertinggi UMNO sebaliknya bergantung sepenuh kepada Punahsihat..
Apakah selepas ini Majlis Tertinggi akan diseret untuk mempertahankannya dan apakah mesyurat semalam memperakui !MDB, LUTH dan sebagainya memang bermasalah sehingga perlu perbincangan hati ke hati.
Bukankah Muhyiddin yang perlu dipanggil berbincang dari hati ke hati dengan Najib dan bukan sebaliknya. Bukankah Muhyiddin yang dilihat silap dan terpengaruh dengan Dr Mahathir dan pembangkang.
Bukankah perselisihan pendapat antara Najib dan Muhyiddin akibat pengaruh saranan Tun Mahathir - kenapa Majlis Tertinggi tidak mengusulkan supaya Mahathir di ambil tindakan disiplin.
Atau apa yang Tun Dr Mahathir katakan itu benar belaka (?) sehingga raut wajah duka dan tertekan sudah tidak dapat disembunyikan lagi.
"Saya telah berjumpa dengan beliau
(Muhyiddin) dari hati ke hati pagi tadi (Isnin). Saya telah beri pengakuan
bahawa kita akan selalu bincang dari hati ke hati untuk pastikan bahawa
kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa
dan kukuh supaya tidak ada pihak yang memecah belahkan parti kita terutama
sekali saya dan timbalan," kata Najib Razak.
"Dengan keputusan
itu, maka MT (UMNO) juga kata kalau ada isu berbangkit, MT harap mereka diberi
peluang untuk menyumbang idea bernas dan positif supaya sebarang isu berbangkit
boleh ditangani dan diberi penyelesaian yang sewajarnya," tambah Najib
Razak.
Selepas LUTH..... kini dikatakan PNB turut terlibat (?)