Bagaimanapun saya berharap Najib dapat memberi jawapan, bukan sahaja jawapan yang diminta tetapi jawapan yang mengatasi segala keraguan.
Contoh yang baik ialah seperti Mahathir, Musa dan beberapa orang lagi yang mampu memberi jawapan terbaik bagi menutup dan menghapuskan tuduhan-tududhan yang tidak berasas atau sengaja untuk memburukkan keadaan.
Pada zaman Mahathir - Tun juga bukanlah sesempurna mana, ada salah dan silap tetapi pengurusan yang tepat dan cepat membuatkan rakyat merasa yakin dan perpaduan dapat dibentuk dengan baik.
Ada bahagian untuk orang Melayu dan Islam berasaskan Perlembagaan dengan tidak menafikan hak kaum dan ugama lain.
Cukup sukar atau boleh dikata "tiada" penghinaan pada mana-mana bangsa dan ugama yang serius berlaku, kalau ada pun, ia ditangani dengan cepat.
Memuji Tun bukan satu dosa dan mengharapkan Najib mempunyai kualiti yang lebih baik dari itu juga satu doa yang terbaik.
Jika lah teguran awal Mahathir dibawa ke pengetahuan dan dibincang hati ke hati dengan Timbalan Presiden dan Majlis Tertinggi seperti semalam - sudah tentu UMNO tidak dilihat selemah ini.
Jika kepercayaan kepada pemimpin sudah kurang itu masih normal tetapi jika kekurangan pemimpin menjadi liabiliti parti - ia sudah parah.
Perhimpunan Agung UMNO kalau didbuat enam bulan sekalipun untuk menyatakan sokongan kepada Najib tentu tidak dipersoalkan tetapi apabila PRU, parti kena serahkan kepada rakyat untuk mendapat mandat.
Pada masa itu adalah penting parti tidak cacat dan robek, cukup alat untuk mengalis dan banyak peluru untuk dilepaskan. Jika cantik sekarang kerana dilumur tepung dan gincu tebal...apa guna huduh macam nenek kebayan di PRU.
Kelemahan dan kekurangan Najib malah seluruh kabinetnya ialah tidak dapat menguruskan isu sebaik mungkin. Malah Kayveas sendiri merasa hairan bagaimana UMNO begitu lemah dan slow dalam tangani isu isu sehingga ia menjadi viral dan persepsi yang buruk oleh masyarakat.
Najib mungkin bernasib baik kali ini kerana masih mendapat sokongan kuat MKT dan sebagainya tetapi kena ingat, sokongan sebegini yang "ada kepentingan" amat rapuh dam boleh goyang dan gugur bila-bila masa jika ada lagi isu yang serius selepas ini.
Nasib baik yang bertanya dan kini pendekatan "serang" dibuat oleh Mahathir keseorangan yang dibantu oleh beberapa blog minoriti tetapi inipun sudah cukup mencemaskan Najib. Bagaimana nanti kalau serangan dibuat oleh kumpulan yang lebih besar dan bagaimana kalau serangan tersebut mempunyai segala bentuk fakta yang sudah tidak dapat disangkal lagi.
Serangan Mahathir berdiri atas "kebenaran" (atas kepercayaannya) dan bukan bergantung
kepada sokongan membuta tuli dan berkepentingan...Najib kena lawan balik dengan "kebenaran" (atas kepercayaannya) juga.
Antara mereka berdua, yang tewas adalah yang membawa "kepalsuan" !!!! Kita tidak wajar menjadi pengadil yang taksub seketika ini.
# Bagi pengomen, sebanyak mana pun tulisan anda, jika ianya sampah..tetap sampah. Oleh itu berilah komen secara baik tanpa label, tanpa makian dan paling penting tanpa tuduhan yang diluar pengetahuan kita. Jangan sekadar berasas nak tuduh, segala benda diborong
Blog ini tidak tergila atau mengharap rating tetapi jika ada yang membaca dan boleh bersama menegur dan berkongsi perkara yang baik - silakan.