Seperti yang diketahui umum Najib telah jawab Mahathir akhirnya walaupun mengambil masa berbulan-bulan untuk menjawab dan ada yang diantaranya sudah menjadi basi. Sikap berhati-hati dan teliti Najib sangat dihargai.Yang lebih menghiburkan tetapi intelektual, ada bahagian-bahagian utama yang patut diberi perhatian untuk jawapan telah sengaja ditinggalkan, mungkin untuk memberi lebih mistri dan suspen.
Tentang pembunuhan altantuya, kita merasa cukup lega Najib tidak terlibat lansung malah proses undang-undang manusia (mahkamah) telah tamat.
Meminta untuk dikorek semula sangat tidak patut samalah seperti meminta hantu altantuya menghantui dan mengejar kembali pembunuh sebenarnya.
Sirul dan Azilah sudah tentu tidak tidur lena saban malam !!!!!

Walaupun selepas itu ada suara-suara sumbang memberitahu jawapan itu tidak menjawab apa-apa, tentulah memeningkan kepala tetapi yang penting jawapan telah diberi.
Yang tidak dijawab boleh dirumuskan sebagai menanti laporan audit negara.
Media utama harus mencanangkan Najib Sudah Jawab Mahathir... rata-rata rakyat boleh percaya.
Apa lagi Mahathir mahu !!! kan sedap sikit slogan tu...
Isu isteri PM bagaimana (?) ... admin pun belum ada idea nak tulis apa, cuma sarankan DS Rosmah sendiri menjawabnya melalui siaran berita atau kenyataan media. Mendiamkan diri ketika dibalun kurang tepat.
Aktiviti DS Rosmah seperti melalui Permata sepatutnya lebih kerap mendapat liputan berita dan media utama. Tiba-tiba hilang dan menyepi tentunya mendatangkan masalah kepada makcik-makcik di kampong yang dahagakan sentuhan semangat, kasih sayang dan kata nasihat seorang Wanita Utama.
Dengan jawapan-jawapan yang cukup jelas, mudah dan tersusun, sudah tentu skrip copy paste ini banyak membantu dan mencakupi sebagai jawapan kepada rakyat dan sekaligus alasan terbaik dan masuk akal untuk menolak sebarang perbahasan umum. SAY NO TO DEBAT !!!
Seperti yang diperkatakan di dalam jawapan tersebut , masalah serta urusan rakyat dan negara lebih cepat diselesaikan jika semua itu dirunding dan dimesyuaratkan dalam sebuah pesawat mewah.
Masalah banjir, jalan berlubang, kemiskinan tegar dan jenayah akan dapat hayati, dilihat dan di atasi jika mesuarat dapat dijalankan di tempat yang lebih eksklusif dan nyaman.Mana-mana pemimpin kerdil dan tempatan jika selepas ini dijemput untuk bersama Najib di pesawat mewah tentunya berbesar hati dan terhutang budi, jangan lupa berselfi. Tunjukan dan kongsi kepada rakyat di PRU akan datang.
Selain jawapan tersebut, rakyat perlu dihidangkan dengan segala bentuk penyelewengan, salah laku, keburukan, kelemahan, kuku besi dan segala mangkuk hayun yang telah dilakukan oleh mantan-mantan pemimpin untuk mereka membandingkan betapa untungnya memiliki kerajaan sekarang yang bertungkus lumus untuk majukan negara atas kepentingan rakyat.
Segala kebaikan yang ada sekarang termasuk kemudahan internet ini bukanlah dibina dan dihasilkan oleh mantan, semua pembagunan Malaysia termasuk Putrajaya yang menjadi rebutan dan tidak mahu dilepaskan dan segala kemajuan sedang kita nikmati ini terjadi dengan sendiri.Kerajaan sekarang jauh lebih hebat dan maju, cuma hasilnya bukan sekarang, semuanya kena tunggu dan semata-mata percaya. Bukankah itu lebih mudah untuk rakyat dan pemimpin.



