Sunday, June 28, 2015

Nak Tanya UKE atau UAI (?)

Apa hukumnya sebuah mesjid yang dinaiktaraf atas hasil sumbangan sebuah badan yang masih sedang disiasat samada aktivitinya sah atau tidak.

Sumbangan itu sudah diberi sebelum badan tersebut di siasat.

Jika didapati atau diragui sah atau tidak badan tersebut dan ada kemungkinan "disahkan" atas kedudukan dan pengaruh kuasa..bagaimana status mesjid tersebut.

# Bagi yang hendak memberi komen dan berkongsi pendapat, tolong beradab sopan sebaiknya hendaklah berdasarkan sumber Hadith dan Al Quran.


SELEPAS MAHATHIR SIAPA MANUSIA KEDUA DITAKUTI...

Selain Mahathir, kini Tony Pua
menjadi manusia kedua yang paling ditakuti di Malaysia.

Puak yang protes ni betul-betul macam dog dengan bayang-bayang.

Aku pun tak minat dengan Tony Pua ini dari sudut biadab, racist dan melampau tetapi tidaklah sampai perlu tunjuk takut sebaliknya lawan lah secara pro.

Bukankah situasi sekarang 1MDB diselimuti dalam keadaan betul dan menang, ada lagi ke perkara yang tersembunyi !!!!

Saturday, June 27, 2015

Najib Gulong Tikar


Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi.

Hasilnya Pemilihan UMNO ditangguhkan sehingga 2018 adalah hasrat akar umbi dan bukannya idea dari MT, itu kata Ku Nan.

Penangguhan ini bertujuan untuk menguatkan UMNO dan berkhidmat untuk rakyat - kata Najib.



# Jika ada yang mendapat maklumat,  penangguhan ini membolehkan UMNO berkhidmat untuk pemimpin, menyelamatkan pemimpin - kemungkinan besar maklumat itu palsu (tampered).


Friday, June 26, 2015

KEMASKINI: AKHIRNYA JUMPA JUGA TELOR..walaupun bertempoh

Kemaskini:

Letak semua jawatan mulai 11julai dan sokong TMJ.
Kenapa 11Julai (?)

Asal:

Datuk Khairul Anwar Rahmat Penganjur N2H mendahuli...


Memenjarakan fikiran...

Seingat admin, sejarah negara belum pernah terpalit dengan isu ekonomi, kewangan dan politik yang bukan sahaja melibatkan pemimpin tetapi sekaligus parti yang memerintah dan negara dalam kedudukan yang paling bahaya.

Salah percaturan, pemimpin hilang jawatan, undang2 menunggu, parti akan tewas dan negara akan muflis.
Jika diurus dengan baik, segalanya akan selamat.

Jika telahan Mahathir silap, rakyat lega, Najib selamat, negara sihat.
Jika telahan Mahathir betul, bersiap sedialah dengan malapetaka yang belum pernah rakyat hadapi.

Wawasan 2020 negara maju bertukar kepada negara miskin !!!

Ke bulan atau ke laut.. jawapan dan petanda sudah ada.

Segala cubaan recovery, bukan sahaja tidak menyelamat, mereda tetapi makin panas dan bertambah isu baru...

Yang benar, betul bercampur aduk dengan yang palsu dan bohong menjadikannya ia kusut... konspirasi, strategi dan perancangan yang baik hampir mampu memadamkan kebenaran...tetapi ia tidak menjadi semudah itu, lubang makin dalam.

Terbaru, undang-undang akan diperguna untuk menyekat "kepalsuan" tetapi sejauh mana memenjarakan pemikiran ini akan berkesan?
Undang2 juga memerlukan kos dan proses serta masa yang panjang...
Peluru bukan sahaja datang dari dalam negara tetapi bergerak dan berpengaruh luas di luar negara...Bagaimana mahu dibendung...

Apakah tidak ada titik noktah semua ini...
Jawabnya ada, mudah, simple dan cepat..
Tetapi manusia memilih untuk menzalimi diri sendiri...


Thursday, June 25, 2015

JANGAN SAKIT KEPALA

Oleh kerana ramai sangat anon anon di sini mencadangkan orang-orang sepetti Mahathir termasuk KD ditangkap kerana kritik Najib dan tidak senada dengan pendapat "brilliant" mereka, wow !!! semua itu cukup menakutkan.

Cuma mungkin mereka boleh menjelaskan di bawah akta mana dan apa seksyen dan ceraiannya, dan sebutkan sekali hukuman2nya.

Dan sejak bila pula, PDRM akan bergantung kepada arahan dan cadangan anon-anon ini.

Apakah mereka fikir intelligent PDRM ini macam otak kucing kurap mereka(?)

Apapun seperti yang selalu diulang. Pertanyaan tidak perlu diulang jika hakikatnya tiada jawapan atau tidak berani menjawab.

Secara peribadi, adalah wajar Tun Dr Mahathir tidak lagi perlu bersusah payah untuk menyuarakan perkara yang sama. Sudah sewajarnya perjuangan ini perlu diteruskan oleh generasi sekarang, generasi yang lebih energetik, pelapis dan dinamik.

PRU bukan jauh sangat - biarlah bijak pandai yang ada sekarang seperti Menteri dan KBU berhadapan dengan rakyat.

Apakah yang tidak sehaluan dengan Najib akan sakit kepala pada masa sekarang dan pada masa itu (?)

Isu 1mdb dah selesai, pelancongan makin meningkat...

Kejayaan buat Nazri, pelancongan di
Malaysia akan meningkat.

Free visa untuk pelancong cina pun sudah diluluskan.


# Yang tidak diundang, rasa tidak diperlukan. Tolong jangan buat komen ...

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...