Friday, June 26, 2015

Memenjarakan fikiran...

Seingat admin, sejarah negara belum pernah terpalit dengan isu ekonomi, kewangan dan politik yang bukan sahaja melibatkan pemimpin tetapi sekaligus parti yang memerintah dan negara dalam kedudukan yang paling bahaya.

Salah percaturan, pemimpin hilang jawatan, undang2 menunggu, parti akan tewas dan negara akan muflis.
Jika diurus dengan baik, segalanya akan selamat.

Jika telahan Mahathir silap, rakyat lega, Najib selamat, negara sihat.
Jika telahan Mahathir betul, bersiap sedialah dengan malapetaka yang belum pernah rakyat hadapi.

Wawasan 2020 negara maju bertukar kepada negara miskin !!!

Ke bulan atau ke laut.. jawapan dan petanda sudah ada.

Segala cubaan recovery, bukan sahaja tidak menyelamat, mereda tetapi makin panas dan bertambah isu baru...

Yang benar, betul bercampur aduk dengan yang palsu dan bohong menjadikannya ia kusut... konspirasi, strategi dan perancangan yang baik hampir mampu memadamkan kebenaran...tetapi ia tidak menjadi semudah itu, lubang makin dalam.

Terbaru, undang-undang akan diperguna untuk menyekat "kepalsuan" tetapi sejauh mana memenjarakan pemikiran ini akan berkesan?
Undang2 juga memerlukan kos dan proses serta masa yang panjang...
Peluru bukan sahaja datang dari dalam negara tetapi bergerak dan berpengaruh luas di luar negara...Bagaimana mahu dibendung...

Apakah tidak ada titik noktah semua ini...
Jawabnya ada, mudah, simple dan cepat..
Tetapi manusia memilih untuk menzalimi diri sendiri...


19 comments:

  1. Apakejadahnya ini semua?? 1.5 juta bangla akan masuk, untuk apa? Adakh mereka dibenar megundi? Kalau tk naik tol, cukai akan naik, nk ugut rakyt? Pemilihan tangguh 18 bln, ini teknik paling kotor utk kekal kuasa!! Muhyiddin tlg buat sesuatu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan kemasukan 1.5 juta bangla ke negara ini, maka subsidi kerajaan akan meningkat, kerana bangla pun akan beli barangan bersubsidi sedangkan satu sen cukai tak dibayar kepada negara ini, malahan kesetiaan mereka bukannya kepada Malaysia pun.

      Kerajaan patut perkasakan sekolah aliran kemahiran supaya pekerjaan yang selama ini dikuasai oleh pendatang asing dapat diisi oleh warga tempatan.

      Macam-macam dah jadi dengan negara ini, pemimpin yang diharap dapat mentadbir negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020 menjadi perosak negara pula, dasar pengkhianat!

      Delete
  2. KD percaya lah cakap aku , sekarang ini zaman wang bertabur diserata tempat oleh pemerintah yang paling kotor di negara ini dengan skandal skandal yang paling memalukan tapi rakyat belum tahu sepenuhnya sejak beliau masih menteri pertahanan , Dia (PM) sendiri mengakui bahawa "money is King" jadi sekarang wang ditabur untuk elak kuasa nya ditawan dan beliau dijatuhkan , perbagai habuan dan kedudukan telah di beri dan dijanji kepada orang orang yang sudah hilang maruah perjuangan bangsa , agama dan negara ,mereka ini adalah puak munafik dan fasik yang sudah meluas sekarang baik di peringkat kepimpinan , blogger , pengurusan agensi agensi awam ,NGO maupun macai dan barua barua geng -geng yang cuma kenalan .

    Usah lah kau nak rasa bimbang , aku sedikit pun tak rasa bimbang dengan keadaan ini kerana masa sudah semakin terliwat , dan kita harus belajar menerima hakikat bahawa era umno dan BN sudah hampir tamat , dengan najib mahu terus berkuasa sebab mahu elak dirinya dan isterinya didakwa maka rakyat yang dahulunya memangkah dan menyokon BN ( macam aku dan kau ) harus mula memikirkan keadaan yang akan ujud sekiranya pemerintahan negara diterajui oleh pihak lain , kita harus sedar dari segi perlembagaan boleh ka dengan sewenang di pinda dan hak hak melayu dan islam mudah disentuh , fikir juga bagaimana dengan kehidupan kita orang melayu seharian , aku yang hidup di Pulau Pinang di perintah DAP dapat merasakan perkara ini , aku rasa kalau hak asas dalam perlembagaan memang tak akan disentuh dan tak mampu diganggu gugat , dalam sepenggal dua mereka tak akan berani buat perubahan drastik tapi jangka panjang aku tak tau .

    Pendek kata dari sekarang kita harus bersedia mungkin ada hikmah , pertama kita orang melayu mungkin akan mula belajar untuk berdikari macam kami di Pulau Pinang sekarang , kedua umno mula dibersihkan apabila tewas kerana besar kemungkinan selain Najib dan isteri nya didakwa , pemimpin pemimpin lain juga yang rasuah baik dalam memegang jawatan kerajaan dan GLC semua harus didakwa untuk dibersihkan parti UMNO biar tinggal orang yang hanya sedar diri dan tahu akan perjuangan (Aku berdoa perkara ini wajib berlaku untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara) .

    Maka negara akan masuk ke era baru iaitu rakyat akan benar benar boleh menilai dan dapat menguna kuasa melalui undi terutama bangsa melayu tidak lagi dikelirukan dengan pemimpin pemimpin munafik yang tak ada maruah yang bacul untuk bertindak dan hanya mementingkan kedudukan dan terus membawa bangsa kepada penipuan janji janji kosong semata mata untuk kesenangan diri.

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan... aku hanya rakyat marhaen yg bkn ahli umno pun wlpn menyokong nya sejak aku kenali politik dan perjuangan orang melayu... sprt anon 4.11pm aku rasa melayu akan menghadapi zaman getir dalam sedikit masa lg... thanx to present president n his gang of thieves in UMNO... but we cant blame them 100%... cos 'money is King' and almost everybody in the delegates of PAU are involve in vote buying... if not as giver surely as receiver... 30 kali PAU akn dtg pun bende sama akn berulang... sdh jd budaya UMNO... elok la tangguh 18 bln lg... sbb that will be the last PAU... dan org Melayu harus bersedia utk hidup sepertmana gambaran anon 4.11pm... tq bro

    ReplyDelete
  4. Hai kawan-kawan, marilah belajar hidup sempoi, tenang dan zuhud-zuhud sket.
    Kejar dunia ni pun takder pekdahnya sangat. Esok lusa mati pun x kemananya kita.
    Marilah kawan-kawan kita belajar jadik pengembara anak beranak. Berjalan kaki ke mana-mana. Barulah mata kita tercelik, ada benda lebih beharga dalam hidup kita. Sebuah ketenangan dan kedamaian. Selain menambah pengetahuan dan dapat bercampur bermacam bagai manusia.
    Selain itu, dapat mendidik kita jangan gelabah atau dukacita JIKA TIBA TIBA KITA HILANG KUASA DAN TERPAKSA MEREMPAT KE TEMPAT ORANG PULA KERANA KITA SUDAH SERASI DAN BERSEDIA, MAKA ENTENG JER KITA, X MATI PUNYALAH, KEBAIKAN ADA DI MANA MANA, JIKA HAUS DAN DAHAGA, MASIH ADA TANGAN YANG SUDI MENGHULURNYA. YANG PENTING SENYUM DAN HATI BAIK KENA BANYAK & HORMAT BUDAYA DAN PERATURAN ORANG.
    Hehehehe......

    ReplyDelete
  5. As what been replied during face to face Tun and PM, "Money is King" according to Tun, so what the hack!..that's what PM is doing now, give money people will like you, and that' is power. Watch it, RaayAT duit tak akan bertahan lama, insaf dan Ingat lah!'.

    ReplyDelete
  6. Najib dah tak ada jalan keluar dari isu ini, sekarang ini samada Najib menghentikan semua ini dengan mendedahkan kebenaran bagi menyelamatkan negara ini serta Najib perlu tanggung akibatnya dari pengakuannya itu, atau Najib menjadi petualang, pengkhianat, negara dengan terus membohongi ramai pihak dengan kepalsuan, melakukan lebih banyak penipuan untuk cover line dalam satu tempoh, tetapi bila meletup bukan Najib sahaja yang musnah, tetapi dengan negara ini dan rakyat negara ini juga hancur.

    Najib boleh menipu itu dan ini, tetapi rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana dah banyak bukti walaupun dinafikan oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

    ReplyDelete
  7. Anon 536.
    kalau ko nak jadi melayu zuhud. Ko jadilah sorang2 x payah ajak orang lain. Mungkin ko lagi suka jadi imigran macam orang2 afrika yg berduyun2 lari ke negara eropah. Xde jati diri dan sikit demi sikit x mustahil generasi kau ikut cara yahudi dan nasrani. Bangsa yang sanggup lari dari tanahnya sendiri adalah bangsa yang lemah dan xde maruah.

    Jentayu

    ReplyDelete
  8. Apa yang kau orang merepet saban hari ni? Logik apa diguna pakai? Asyik cerita bangsa, agama dan negara akan pupus hanya kerana Mahafiraun tak didewakan lagi dan kian semakin ramai lebih celik dan dapat melihat percaturan dan permainan licik beliau.

    Era Mahafiraun dah tamat dan tak ada orang akan menangis pasalnya sebab negara akan tetap menuju ke hadapan samada ada sokongan atau tidak Mahafiraun dan Mahathirist-Mahathirist. Tak kenyang lagi ke selepas 22 tahun diperkudakan parti dan rakyat?

    Kini era kenaikkan dinasti RosNajib gabungan orang Bugis dengan Minang. Tak suka, boleh hijrah ke negara lain.

    Mungkin India, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Indonesia atau Kerala sanggup terima balik sakalian.

    Ni Negara Melayu asal, bukannya kepunyaan Mamak, India, Cina, Melayu celup atau Melayu perlembagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8:56...
      Aku nak ajar ko sikit bila masuk blog bukan mak bapak kau punya..
      1. Adab dan hormat tuan rumah dan tetamu lain.
      2. Apa sikap dan perangai kau di sini mencerminkan taraf pendidikan dan upbringing mak bapak kau - jaga tutur kata jangan hantar dosa kpd mereka bila kau keji orang lain secara biadab.
      Contoh kalau kau panggil orang lain babi, bererti kau hantar babi kepada mak bapak kau kerana itulah taraf mereka didik kau..
      3. Kau baca semula 1 dan 2

      Peringatan juga pada yang lain..

      Delete
    2. KO ni pehal sebut mak bapak dia..apa ko rindu kasih saya mak bapak yg ko tak dapat kerana mereka berpisah masa ko lahir dulu ke?

      Delete
    3. Ted Poyology Manoff - pembina tamadun (sendiri declare)

      Alahai ted...jage lar ikan ko to..bukan main sebok lagi hal orang..cam biasa lar kalo bab mengandai andai sesuatu si penjual ikan ni mmg champion....bukan main poyo!!

      Delete
    4. poyo jela ted manoff nie..

      ko terkesan sgt kenapa..?

      "ko rindu kasih saya mak bapak yg ko tak dapat kerana mereka berpisah masa ko lahir dulu ke?"

      tu ayat ko kan..?

      Delete
    5. Bukan main 'emo' lg ted manoff bingai..

      Delete
    6. Ted Manoff....

      The game ain't over yet. Now.. a friend has just sent me the follow eye-capturing material...perhaps also for your reading interest.


      On June 17, the regular meeting of the United Malays National Organization’s Management Committee, chaired by UMNO Vice President Muhyiddin Yassin, turned into a free-for-all, according a source in KL, with Shahrizat Abdul Jalil, the head of the party’s women’s wing, unloading bitterly on Prime Minister Najib Tun Razak.

      Shahrizat reportedly said Najib was wrecking the party and looting the country. She also criticized Najib’s wife, Rosmah Mansor, for her extravagance, the source told Asia Sentinel. The meeting, which included the party’s three Vice Presidents and other top members, appeared to have agreed with Shahrizat, the source said. Muhyiddin has been aligned with former Premier Mahathir Mohamad on a months-long, off-again, on-again campaign to push Najib out of office.

      Delete
  9. Anon 8:56...ni aku rasa mengidap penyakit celaru,mengumpat mengata orang tak tentu hala dibulan puasa ,muhasabah lah diri tu,sambil jangan lupa makan ubat penenang..........

    ReplyDelete
  10. Ada ke dia membabikan orang lain........Tak ada pun,dia komen dia tak suka TDM aja......bulan puasa ini,jagalah tingkah laku kita...salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahafiraun tu atok kau ke.. atau kau ni anon 8:56

      Delete

6ANGKA