Monday, October 12, 2015

DRAMA


# Atas prihatin, kuasa dan budibicara rakyat diutama dan didahulukan, kita percaya YAB Dato' Sri Najib akan mengembalikan tol pada kadar asal.

Sunday, October 11, 2015

FIKIR SENDIRI TAJUKNYA...




Ada dah yang termakan umpan...


" Tun tidak ada bukti ". Itulah yang jadi modal utama puak cai dalam memberi kemenangan kepada mereka sendiri...

Apakah selama ini mereka mempunyai bukti dalam memfitnah Tun (?)

Apakah mereka mempunyai bukti Najib tidak bersalah sehingga sanggup bersungguh-sungguh mempertahankan Najib (?)

Apakah mereka tidor sekelambu dengan Najib (!!!!) sehingga semua tahu dan lebih tahu dari orang lain (?)

Pernahkah mereka menafikan tulisan mereka atas faktor dollar and cents untuk sara anak bini (?)

Setakat mana mereka tahu Tun Dr Mahathir tidak mempunyai bukti (?)

Kalau mereka tahu berdasarkan pengakuan dan cakap Tun, sejak bila pula mereka mempercayai APA yang Tun cakapkan (?)

Hakikatnya cai memang mudah dibengong bangangkan kerana mereka sendiri tidak tahu APA yang mereka tahu dan mereka tahu mereka sendiri pun tidak tahu.

GABENOR BANK NEGARA TAK PRO....HEBAT SPIN PUAK NI


Sejak dua menjak selepas kenyataan Gabenor Bank Negara aku banyak tersenyum.sorang sorang...

Tersengeh sendirian....

Kadangkala ketawa terbahak-bahak...

Ramai yang pelik, yang bertanya, kenapa, apa sudah jadi (?)
Najib dah letak jawatan ke(?)

Aku jawab belum, aku jawab tidak, selagi kucing tidak bertanduk, tidak ada siapa yang akan letak jawatan.itu style malaysian politician.

Habis kenapa (?)

Aku geli hati apabila pecacai mangkuk hayun taksub memberitahu puaknya bahawa kenyataan terbaharu Gabenor Bank Negara tentang 1MDB dan perangai serta sikap Kamar Peguam Negara TIDAK PROFESIONAL...

Sejak bila mereka tahu dan kenal, hargai profesional sedangkan pemimpin mereka jenis tak....malu dan haprak.

Tunjuk siapa kalangan.mereka yang pro...
Tak mungkin yang lari ikut pintu belakang itu pro !!!
Tak mungkin yang dapat jawatan ikut pintu belakang, bidan terjun itu pro !!!

Aku masih geli hati....(dengan izin)





TERKINI: TUN TIDAK SIHAT DAN MAJLIS DITANGGUHKAN TANDA PENGHORMATAN...



Y


Saturday, October 10, 2015

ALANGKAH MOLEKNYA KALAU OTAK RAFIZI DIPINJAMKAN KEPADA KJ










# Untuk menjadi pemimpin utama masa hadapan mesti ada idea dan ilmu serta gaya kepimpinan mendahului masa.
Kalau sekadar masalah "bolasepak dan FAM" pun Kj masih terkial-kial menyelesaikannya, sudah tentu isu negara sebesar 1MDB bukan tarafnya untuk memikir dan menyelesaikannya.

Mungkin keakraban pak mertua menyebabkan telor anak menantu tersepit.

Kalau urus telus apehal lum settle. .tolong jawab sikit

Jika kerajaan dalam keadaan benar dan betul kenapa selepas hampir setahun isu 1MDB Dan 2.6B masih belum selesai malah semakin bertambah dengan pendedahan demi pendedahan hingga melibatkan kenyataan dari Raja Dan Sultan Melayu dan yang terbaharu dari Gabenor Negara sendiri.

Jika semua itu fitnah, kenapa tangkapan mesti berpilih dan orang seperti Tun Dr Mahathir masih bebas dan berulangkali membuat tuduhan kepada Najib secara terangan.

Tindakan PDRM ke atas mereka yang mengadu dan membuat laporan menjadikan KPN seolah sedang menerima tekanan atau turut terlibat. Persepsi ini perlu cepat dikikis untuk rakyat kembali memberi keyakinan kepada  PDRM menegakan undang-undang.


Wednesday, October 7, 2015

MUHYIDDIN JANGAN SEKADAR PANDAI CAKAP...

Selepas Sultan dan Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan menegur kerajaan kerana lambat menyelesaikan isu 1MDB dan memberi kesan kemungkinan soal keamanan dan keselamatan.

Response yang kita harapkan dari pemimpin sangat lesu hatta PM pun masih membisu

Begitu juga pemimpin2 kanan lain kecuali tiba tiba Muhyiddin yang kita sangkakan sudah beku telah mengeluarkan kenyataan media.

Sejuk panas tenggelam timbul Muhyiddin tidak banyak membantu perjuangan rakyat. Mengharapkan Tun berseorangan sangat kejam.

Adalah disarankan Muhyiddin mengepalai rakyat untuk membuat satu laporan polis yang lengkap untuk diikuti oleh rakyat demi rakyat .

Tidak berguna sekadar cakap pandai dan mengharapkan rakyat berjuang sedangkan yang kelak memaut jawatan adalah meteka

6ANGKA