Sunday, October 11, 2015
Ada dah yang termakan umpan...
" Tun tidak ada bukti ". Itulah yang jadi modal utama puak cai dalam memberi kemenangan kepada mereka sendiri...
Apakah selama ini mereka mempunyai bukti dalam memfitnah Tun (?)
Apakah mereka mempunyai bukti Najib tidak bersalah sehingga sanggup bersungguh-sungguh mempertahankan Najib (?)
Apakah mereka tidor sekelambu dengan Najib (!!!!) sehingga semua tahu dan lebih tahu dari orang lain (?)
Pernahkah mereka menafikan tulisan mereka atas faktor dollar and cents untuk sara anak bini (?)
Setakat mana mereka tahu Tun Dr Mahathir tidak mempunyai bukti (?)
Kalau mereka tahu berdasarkan pengakuan dan cakap Tun, sejak bila pula mereka mempercayai APA yang Tun cakapkan (?)
Hakikatnya cai memang mudah dibengong bangangkan kerana mereka sendiri tidak tahu APA yang mereka tahu dan mereka tahu mereka sendiri pun tidak tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Acah acah kaya? KEIMANAN fokus pengisian wajib utama adalah πSolat 5 Waktu Berjemaah di Masjid πAl Quran π Sedekah π Ilmu Ilmu Busi...
-
Di goreng, di spin Bersih 4.0 gagal dan tidak berkesan kepada kepimpinan Najib. Bersih 4.0 sudah berlalu 4 hari tetapi masih diperheboh da...
Sama ajalah..kamu atau TUN tidur sekelambu ker untuk mempercayai Najib memang bersalah? Pedarrrrrrr......
ReplyDeleteMengenali TUN...di saat dia hampir tewas..dia akan mengeluarkan segala bukti yang ada.... masalahnya sekarang Tun bukan lagi hampir tewas...tapi telahpun TEWAS (terutama dalam mempertahankan kroni2nya)....bukti apa yang telah TUN hidangkan dan paparkan buat tontonan umum????? sekadar tulisan demi tulisan menembak ke langit... tidak bersasar...sasarannya hanyalah langit kosong mengharap burung melintas.......... pedarrrrrr......
ReplyDeleteMaaf sangat2. Tapi aku 'kompius' apa yg saudara soalkan. Tak tau pro atau kontra kat pihak mana?
ReplyDeleteKD ,
ReplyDeleteIni la kebodohan Najib ,kuncu kuncu ,para blogger dan macai macai yang dunggu , mereka tak pernah nak faham dengan apa yang sedang di kias dan di permainkan oleh Tun M . ini bermakna Tun M sedang memancing supaya Najib bugis dan punasihat bahalol menyaman beliau cuba baca seperti kata orang putih " read between tha line" sekarang sah kalau dah Tun M kata tak cukup bukti saman la beliau kerana sebelum ini Tun M lah yang mengeluarkan bermacam macam tudohan dan kenyataan penyelewengan Najib , Rosmah dan pengurusan 1MDB jadi ini la peluang untuk cuci nama tapi kalau dah bodoh bodoh la juga , terus ambil kata kata Tun sebagai peluang nak cover line tapi orang ramai pula dok lihat mereka sah salah kerana takut nak saman Tun M sebab Tun kata dia tak ada bukti , jadi kalau dah jenis lanun tak yah la nak menipu nanti lagi serabut.
-roslan othman penang.
klau tun tuduh kena tunjuk bukti, kenapa tun tak tunjuk bukti ? macam mana yang kena tuduh pulak nak tunjuk bukti. apa bukti yang tun ada kluangdiamond boleh bagi bukti yang tun ada???
ReplyDeletePencacai tu semua faham ke apa maksud Tun sebenar?....yang tersurat dan tersirat?......kalau kamu tak faham tak payahlah dok spin buat menambah dosa je.......dosa yang dok ada pun dah terlalu banyak.....
ReplyDeleteTun bukan cakap tak ada bukti .. tak ada cukup bukti. yang ni pon depa spin.. hahahaha
ReplyDeleteSebenarnya Tun M sindir beliau tidak ada bukti kukuh sebab semua laporan polis dibakul sampahkan oleh Peguam Negara.
ReplyDeleteAdakah Najib pemimpin benar2 membangunkan negara? Saya imbas kembali pengalaman untuk kita renungkan. Semasa saya mula berhijrah ke negara ini pd pertengahan 70an, keadaan negara & bumiputera masih mundur & miskin di segi pendapatan, pendidikan, perumahan & kemudahan asas. Perkhidmatan jabatan2 negara lembab kerana terlalu banyak birokrasi. Contoh...nak hidupkan semula lesen nemandu pun kita kena ambil cuti 1 hari. Perubahan mula berlaku sejak Tun M ambil alih pemerintahan. Dalam masa 5 tahun pemerintahannya, waktu gmt, landskap, infrastruktur, atktiviti ekonomi, pelaburan asing, pengilangan, peluang pekerjaan, sekolah vokesyenal, pusat latihan kemahiran, Institiut Pengajian Tinggi, dll tumbuh dgn pesat.
Berapa ribu peluang pekerjaan 1mdb cetusan Najib cipta untuk anak2 muda kita.......?????? Kemahiran & ilmu apa yg
Najib ketengahkan untuk generasi muda? Adakah GST itu kemakmuran bagi rakyat.....?????