Gerakan Mahathir dan beberapa mantan sekadar satu goncangan tetapi bukanlah sesuatu yang boleh merubah senario politik ketika kuasa bukan lagi ditangan.
Mereka tidak mampu berlari jauh atas faktor usia dan pengaruh juga tinggal nyawa-nyawa ikan kerana ramai pemimpin bertuhankan kebendaan.
Mereka golongan yang dikategorikan kecewa. Analisa menunjukkan teori itu betul kerana mereka bukan golongan mahu kuasa semula atau mahu menyamun wang negara.
Mereka kecewa kerana kerajaan sekarang umpama pagar yang makan padi.
Mereka ni berdepan dengan golongan puaka yang bersetankan dimata dan bermaharajalela di hati.
Golongan inilah juga tidak menunjukkan kesopanan dan adab bila dititah Sultan dan Raja Melayu sebaliknya cuba menunjukkan keangkuhan kuasa.
Hanya Muhyidfin dan Shafie yang perlu diberi sedikit pemantauan dan dijangka bukanlah sesuatu yang sukar.
Ku Li lebih kepada tumpang tui atau menunggu sesuatu yang datang bergolek. Ini pun tidak mendatangkan kesan mendalam kepada Najib.
Negara bergantung kepada beberapa suara lagi termasuk NGO dan pemimpn pelapis yang lebih muda seperti Nazir, Mukhriz, Kj, Fathul dan ramai lagi di Peringkat Negeri dan Pusat untuk mengetuai gerakan ini termasuk di kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bangkit menyatakan kebenaran seterusnya mengambilalih tampuk pimpinan.
Hishamuddin adalah yang paling layak untuk mengetuai gerakan ini dari Perlis sampai ke Sabah.
Negara tetap memerlukan seorang bakal PM yang boleh lancar berbahasa Inggeris (?)
Dan jika inipun gagal dilakukan oleh mereka, masadepan dan maruah negara kini terletak keatas bahu Pegawai Kerajaan seperti PDRM, Ketua Setiausaha Negara, PSRM, Gabenor Bank Negara, Peguam Negara, Kastam, Imigresen, Hasil Dalam Negeri dan banyak lagi untuk bersikap jujur, amanah, bersih dan cekap menegakan kebenaran.
Angkatan Tentera Malaysia di bawah panji naungan Sultan dan Raja Melayu adalah benteng terakhir selepas Speaker Parlimen juga bersikap murahan.
Jangan sampai DAP, orang luar atau kuasa luar mempergunakan parti pembangkang lain merebut peluang ini.
















