Monday, October 12, 2015

Hishamuddin Yang Paling Layak


Gerakan Mahathir dan beberapa mantan sekadar satu goncangan tetapi bukanlah sesuatu yang boleh merubah senario politik ketika kuasa bukan lagi ditangan.

Mereka tidak mampu berlari jauh atas faktor usia dan pengaruh juga tinggal nyawa-nyawa ikan kerana ramai pemimpin bertuhankan kebendaan.

Mereka golongan yang dikategorikan kecewa. Analisa menunjukkan teori itu betul kerana mereka bukan golongan mahu kuasa semula atau mahu menyamun wang negara.
Mereka kecewa kerana kerajaan sekarang umpama pagar yang makan padi.

Mereka ni berdepan dengan golongan puaka yang bersetankan dimata dan bermaharajalela di hati.

Golongan inilah juga tidak menunjukkan kesopanan dan adab bila dititah Sultan dan Raja Melayu sebaliknya cuba menunjukkan keangkuhan kuasa.

Hanya Muhyidfin dan Shafie yang perlu diberi sedikit pemantauan dan dijangka bukanlah sesuatu yang sukar.

Ku Li lebih kepada tumpang tui atau menunggu sesuatu yang datang bergolek. Ini pun tidak mendatangkan kesan mendalam kepada Najib.

Negara bergantung kepada beberapa suara lagi termasuk NGO dan pemimpn pelapis yang lebih muda seperti Nazir, Mukhriz, Kj, Fathul dan ramai lagi di Peringkat Negeri dan Pusat untuk mengetuai gerakan ini termasuk di kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bangkit menyatakan kebenaran seterusnya mengambilalih tampuk pimpinan.

Hishamuddin adalah yang paling layak untuk mengetuai gerakan ini dari Perlis sampai ke Sabah.
Negara tetap memerlukan seorang bakal PM yang boleh lancar berbahasa Inggeris (?)

Dan jika inipun gagal dilakukan oleh mereka, masadepan dan maruah negara kini terletak keatas bahu Pegawai Kerajaan seperti PDRM, Ketua Setiausaha Negara, PSRM, Gabenor Bank Negara, Peguam Negara, Kastam, Imigresen, Hasil Dalam Negeri dan banyak lagi untuk bersikap jujur, amanah, bersih dan cekap menegakan kebenaran.

Angkatan Tentera Malaysia di bawah panji naungan Sultan dan Raja Melayu adalah benteng terakhir selepas Speaker Parlimen juga bersikap murahan.

Jangan sampai DAP, orang luar atau kuasa luar mempergunakan parti pembangkang lain merebut peluang ini.





14 comments:

  1. Teruk teruk zaman Mahathir pun... banyak yang hasil yang boleh dinampak dan dibanggakan. Zaman Najib... tipu sana... tipu sini... kencing merata-rata... rakyat jelata yang menderita.

    ReplyDelete
  2. Hishamudin????kd kau buat pagi yang indah ribut taufan....jilake

    ReplyDelete
  3. KD...cubalah cerita...tak rasional ker Najib runtuhkan legasi IPP ciptaan TUN?...sambil tu ceritakanlah sekali... bagai mana IPP ni menyedut duit rakyat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju IPP tu sedut duit rakyat. Ia seumpama luman seberang laut.

      Tapi gajah depan mata boleh pula kau butakan mata sendiri.

      Delete
    2. Saudara,

      Wajarkah runtuhkan satu beban dengan menambah beban yang lebih besar? Logik ke tu? Ada akal ke?
      Buat hutang tapi takde cashflow, ada betul ke buat bisnes camtu? Ni nak tanya sikit 1MDB ni buat bisnes apa sebenarnya? Jual beli tanah ke buat skim cepat kaya?

      Delete
    3. IPP ia benar datang dari zaman Tun , sepatuTnya boleh diambil balik oleh kerajaan dengan kadar beberapa ratus ribu apa bila lesen IPP yang dimiliki oleh taukey taukey cina ini tamat pada tahun depan malang nya Najib membantu taukey cina ini dengan membeli IPP ini dengan harga lebih daripada harga asal iaitu RM 2 billion dan RM 1.8 billion , kerana semata mata nak sapu komisen oleh najib dan kuncu kuncnya melalui 1MBD ( syarikat puaka dan beban rakyat ) sekarang bukan lagi sedut wang rakyat kerana hutang 1MDb dijamain oleh kerajaan segala musibah dan hutang kerana beli besi buruk IPP ini akan ditanggung oleh wang rakyat yang sepatut diguna untuk pembangunan . TAPI KAMU PEDULI APA ANON 5.43 KAMU SUDAH JADI PEMUJA NAJIB ,YANG PENAH BERKATA 'MONEY IS KING' IAITU WANG ADALAH RAJA DAN WANG SEGALA GALANYA SEBENARNYA DIMANAKAH LETAK IMAN ORANG INI ADAKAH PADA WANG , TAPI HAIRAN MASIH ADA SAKI BAKI YANG MEMUJA BELIAU WALAUPUN TAK DIBERI APA APA IMBUHAN MACAM GENG GENG BLOGGER TERSOHOR ,
      ASTAGFIRLULLAH ALA'ZIM.

      - roslan othman /Penang.

      Delete
  4. Manusia dulu ludah kat Mahathir sekarang dah jilat balik

    ReplyDelete
  5. KD..dia orang ni asik main isu IPP..kunun kroni Tun..tapi..yang musykilnya..kenapa 1MDB beli IPP2 ni pada harga yang mahal..complete dgn hutang sekali..walhal kalau tunggu perjanjian expired..boleh dpt beli dgn harga lebih murah..kalau 1MDB beli dengan harga lebih mahal..macamana mereka nak kurangkan kadar elektrik pada masa akan datang? Adakah sebenarnya....pada awalnya..1MDB nak ambil alih IPP ni supaya mereka boleh meneruskan biz IPP ni..tapi setelah kantoi..terpaksa ubah citer pulak....dok kutuk2 YTL..tup tup sambung lak lagi kontrak IPP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik memang pelik take masuk del akal. Kita kalau beli barang second hand yang dah nak 'putus darah' biasanya harga pasaran semasa harusnya lebih murah. Tak tahulah kalau ikut prinsip Najib...macam dia dulu tebus talak mendapatkan Rosmah bini orang dgn harga lebih tinggi.

      Delete
  6. IPP jual energy pd TNB.... TNB masih boleh nego harga .... melainkan ada pulas tangan TNB. Takkan org yg tak der kuasa yg pulas... jgn sabitkan kesalahan skrg dgn org lain. Yg nyata skrg ni semua beban kenaikan harga di longgokkan pd rakyat.... korek poket rakyat utk tampung beban.

    ReplyDelete
  7. Hisham? HE he he? kalu dengar kera dlm hutan mungkin dema pun tergelak sakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak Hisyam nie kalau jadi Public Relation Officer (PRO) kira okay lah. Jadi pemimpin....sorry tak masuk book...terlalu lembik, asyik dgn amaran..amaran..amaran...!!!!!

      Delete
  8. IPP jual energy pd TNB.... TNB masih boleh nego harga .... melainkan ada pulas tangan TNB. Takkan org yg tak der kuasa yg pulas... jgn sabitkan kesalahan skrg dgn org lain. Yg nyata skrg ni semua beban kenaikan harga di longgokkan pd rakyat.... korek poket rakyat utk tampung beban.

    ReplyDelete
  9. udah-udahler...macam dah tak ada pemimpin lain di Malaysia ni...??? Hisham tu bukan ke sepupu sepapat Najib. Sama juga acuannya. Yang ini akan lebih dahsyat sebab ada pertalian darah. "You jaga pungkok aku Hisaham...Kalau kau tak menolong sedara sendiri..., siapa lagi nak tolong aku..?" pesan Najib pada Hisham masa peralihan kuasa. Itupun kalau berlaku. Cukup...cukup...cukup.....!!!!

    ReplyDelete