Thursday, October 15, 2015

NAJIB SUDAH TERLEWAT SEGALANYA..

Kecuali "Hijrah"...
Sesuai dengan sarananya seperti ucapannya sendiri untuk mengenal Islam dalam ucapannya sempena menyambut Maal Hijrah.

Yang mengetuai, yang memimpin dan punca masalah pun bermula darinya.

Jika sebagai ketua, tidak mampu menunjukkan contoh terbaik, tidak mampu hijrah, tidak mampu membersihkan diri... bagaimana mahu meminta rakyat mengikut..mengikut siapa? Contoh pemimpin terbaik, siapa?

Jika tidak mampu berhijrah, berundurlah, jadilah pengikut, jadilah rakyat, jadilah yang dipimpin...

Berhijrah satu satunya yang belum terlewat Najib lakukan setelah gagal berkorban sebeumnya...


Ibrahim Ali pun mungkin sudah "berhijrah"...apa salahnya




Zahid mungkin tidak berhijrah, apa salah menyeberang...




Tak tahu siapa yang menyeberang siapa ?




Berdasarkan gambar...
Zahid sampaikan salam seseorang kepada Zam !!!
apa kata anda, jangan fitnah dah le !

UMNO KEHILANGAN PERMATA (?)

Setakat mana kebenaraan dakwaan Saifuddin SOSMA digunakan untuk menutup mulut ahli UMNO dari mengkritik PM.

UMNO perlu segera menafikan sejeras-kerasnya dan salah satu cara ialah membebaskan segera Mathias dan Khairuddin.

Malah kita percaya ia langsung tidak ada kena mengena dengan PM, ia lebih kepada arahan Zahid selaku Menteri KDN, ertinya Zahid sendiri perlu menafikannya secepat mungkin dan cara yang paling baik ialah membebaskan K dan M.

Orang yang paling bertanggungjawab tentang SOSMA ialah KPN dan sudah tentu ada justifikasinya.
Persaolannya adakah ada arahan daripada pihak atas atau dari Orang Yang Paling Berkuasa di Malaysia.
Kita percaya. TIDAK ADA !
Lebih baik keluar dari mulut KPN sendiri.

Jika benar dakwaan Saifuddin, kenapa tutup mulut orang UMNO sahaja, kenapa tidak semua orang?

Siapa nak jawab tu?

Wednesday, October 14, 2015

SIAPA PEMIMPIN YANG DIKATAKAN PEMAKAN DEDAK

Tidak pasti siapa yang dimaksudkan tetapi hampir tepat dan benar.

Ia bukan sahaja harus ditujukan kepada pemimpin tetapi juga kepada penjawat awam yang lupa diri.

Ada yang mahu jadi Peguambela, Moderator, Hakim atau Peguam Syarikat sedangkan hakikatnya dia patut menjalankan tanggungjawabnya untuk mendakwa.

Tuesday, October 13, 2015

SAKITNYA HATI TENGOK GAMBAR NI..


Ibrahim Ali memang pintar...belum sempat salleh kruak, rahman dahlan, zahid hamidi, ahmad maslan atau shabery chik mengambil peluang bersalaman dengan Pemimpin Rebutan Semalaysia, TG Hadi Awang, dia sudah mendahului...


Ibrahim Ali melawat Ibu Pejabat PAS dan  disambut mesra TG Haji Hadi pada 11/10/15.

Monday, October 12, 2015

Hishamuddin Yang Paling Layak


Gerakan Mahathir dan beberapa mantan sekadar satu goncangan tetapi bukanlah sesuatu yang boleh merubah senario politik ketika kuasa bukan lagi ditangan.

Mereka tidak mampu berlari jauh atas faktor usia dan pengaruh juga tinggal nyawa-nyawa ikan kerana ramai pemimpin bertuhankan kebendaan.

Mereka golongan yang dikategorikan kecewa. Analisa menunjukkan teori itu betul kerana mereka bukan golongan mahu kuasa semula atau mahu menyamun wang negara.
Mereka kecewa kerana kerajaan sekarang umpama pagar yang makan padi.

Mereka ni berdepan dengan golongan puaka yang bersetankan dimata dan bermaharajalela di hati.

Golongan inilah juga tidak menunjukkan kesopanan dan adab bila dititah Sultan dan Raja Melayu sebaliknya cuba menunjukkan keangkuhan kuasa.

Hanya Muhyidfin dan Shafie yang perlu diberi sedikit pemantauan dan dijangka bukanlah sesuatu yang sukar.

Ku Li lebih kepada tumpang tui atau menunggu sesuatu yang datang bergolek. Ini pun tidak mendatangkan kesan mendalam kepada Najib.

Negara bergantung kepada beberapa suara lagi termasuk NGO dan pemimpn pelapis yang lebih muda seperti Nazir, Mukhriz, Kj, Fathul dan ramai lagi di Peringkat Negeri dan Pusat untuk mengetuai gerakan ini termasuk di kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bangkit menyatakan kebenaran seterusnya mengambilalih tampuk pimpinan.

Hishamuddin adalah yang paling layak untuk mengetuai gerakan ini dari Perlis sampai ke Sabah.
Negara tetap memerlukan seorang bakal PM yang boleh lancar berbahasa Inggeris (?)

Dan jika inipun gagal dilakukan oleh mereka, masadepan dan maruah negara kini terletak keatas bahu Pegawai Kerajaan seperti PDRM, Ketua Setiausaha Negara, PSRM, Gabenor Bank Negara, Peguam Negara, Kastam, Imigresen, Hasil Dalam Negeri dan banyak lagi untuk bersikap jujur, amanah, bersih dan cekap menegakan kebenaran.

Angkatan Tentera Malaysia di bawah panji naungan Sultan dan Raja Melayu adalah benteng terakhir selepas Speaker Parlimen juga bersikap murahan.

Jangan sampai DAP, orang luar atau kuasa luar mempergunakan parti pembangkang lain merebut peluang ini.





DRAMA


# Atas prihatin, kuasa dan budibicara rakyat diutama dan didahulukan, kita percaya YAB Dato' Sri Najib akan mengembalikan tol pada kadar asal.

6ANGKA