Yang cabar Nazeri, tetapi yang cepat cepat pujuk dan sejukkan adalah denan...
Ertinya seram sejuk juga cabaran tersebut, buatnya MCA melatah... Berjangkit pula dengan MIC... Parah jadinya.
Nazeri pun dah mengaku dia baik dan jadi "halal" berpelukan dengan lim guan eng kerana parti itu menang dan diterima oleh pengundi cina...
Ianya jadi tak boleh dan haram kalau yang shakehand itu adalah Tun dengan lim kit siang...
Itulah persepsi pemakan dedak dalam kupasan ilmiah (sebut lemah) mereka.
Kesian MCA bagai habis madu, sepah diterajang...
Apa status MCA, cuba tanya Mufti Pahang (?)
Lepas Nazeri, tiba pula giliran SSK menunjukan bakat...
Fakta dah tak ada, hentam apa saja yang boleh keluar dari mulut dan otak yang berserabut...
Saman tidak juga, pelawa pula masuk bertanding pilihanraya...
Bagaimana agaknya reaksi antarabangsa apabila membaca komen sebegini...
Standard Menteri Komunikasi Malaysia berhujah !!!!
..........
........
......
....
..
*KENYATAAN MEDIA*
*PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA*
*(PPBM/PR/003/16)*
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara ‘walk-in’ boleh hadir sepertimana ketetapan di bawah :-
Alamat :
*Suite 2.01, Epicure, No. 1, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.*
GPS Location : 3.149168,101.652041
(Atas Restoran Chef & Brew)
Masa :
*11.00 pagi – 4.00 petang*
*(Isnin-Jumaat kecuali cuti umum)*
2. Untuk makluman, Yuran-yuran Keahlian adalah seperti berikut :-
*Yuran Pendaftaran – RM2.00*
*Ahli Biasa – RM2.00 setahun*
*Ahli Biasa Seumur Hidup – RM100.00*
*Ahli Bersekutu – RM2.00 setahun*
*Ahli Bersekutu Seumur Hidup – RM100.00*
*Kad Keahlian – RM10.00 (Opsyenal)*
3. Sila bawa salinan kad pengenalan.
4. Nama-nama Penyelaras Pendaftaran di peringkat negeri akan diumumkan *DALAM MASA TERDEKAT*. Bagi penduduk di luar Lembah Kelang yang ingin mendaftar boleh berhubung dengan Penyelaras Pendaftaran Negeri masing-masing.
5. Pendaftaran secara atas talian (on-line) juga dijangka boleh diaktifkan selewat-lewatnya minggu ke-tiga bulan September 2016 sepertimana dijadualkan.
Sekian . Terima kasih.
*Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi*
*Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (Pendaftaran)*
*PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA*
*Bersatu. Beramanah. Bermaruah.*