Tuesday, September 27, 2016

MENTERI PERLANCONGAN JANGAN LEPAS TANGAN

Tahun 2005 dulu, masa Pak Lah jadi PM, beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen mengesan 50 ribu org pelancong dari China yang masuk "melancong" ke Malaysia tetapi tiada rekod mereka pernah meninggalkan negara selepas tamat tempoh yg di benarkan utk melancong.

Selepas 11 tahun, iaitu semalam, Presiden Persatuan Cina Gongzhong Malaysia, Tan Sri Khuat Khong Khek pula mendesak kerajaan segera meluluskan permohonan kerakyatan 100 ribu orang cina yg tak boleh berbahasa Melayu yg dah tinggal "lama" di Malaysia sbg hak mrk di bawah Perkara 16 Perlembagaan.

NAMPAK TAK?

50 ribu hilang, 100k mintak warganegara.

Jangan terkejut kalau saya katakan jumlah warga asing+bukan Melayu di Malaysia ni dah 2 kali ganda melebihi jumlah Orang Melayu di Malaysia.

Nak bagi lagi?

Cucu ko nanti nak teroka hutan mana nak bina pondok?

https://m.malaysiakini.com/news/43338

Monday, September 26, 2016

MELAYU TIDAK PECAH, YANG PECAH TEMBELANG UMNO (3)

MENYALAHKAN ORANG LAIN, WALHAL YANG BERMASALAH KITA, UMNO-PAS

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila b erlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!


http://www.kedahlanie.info/2016/06/kepada-pas-umno-sudah-sudahlah.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&m=1

LEMAH SANGAT KE PM MALAYSIA









Sejak laporan palsu Naib Ketua Pemuda umno tidak diambil apa apa tindakan oleh polis,  kini seorang lagi exco pemuda umno akan buat laporan,  sama seperti sebelum ini,  semuanya atas dakwaan nak jatuhkan PM.

Apakah PM Malaysia begitu rapuh,  asyik nak dijatuhkan saban masa..

Tetapi kurang jelas, nak jatuhkan PM ke,  Najib atau Menteri Kewangan.
Nak jatuhkan kerajaan Najib bukan satu rahsia,  parti pembangkang sentiasa menunggu peluang tersebut di pihanraya.

Exco ini mendakwa mendapat maklumat pagi tadi dan esok pagi dah nak buat report.. Cepat sungguh,  tentu kali ini pun report peribadi tanpa pengetahuan Kj dan Najib.
Report atas nama jawatan rasmi, exco pemuda tanpa pengetahuan Ketua... Aku terlepas ketawa,  maaf.

Jika kekerapan report untuk maksud yang sama terus berlaku, elok Pemuda buat rumah tepi balai polis supaya kerja mereka menjadi mudah.

Dan selalunya, setiap function umno tak akan sepi dengan kehadiran ribuan penyokong,  itu tanda sokongan...
Besok ada kot 30 ribu orang mengiring si badut ke IPD, Dang Wangi.

Dalam ketika riuh rendah PRU awal, kita boleh terima akal dan logik si mamat ni nak tonjolkan diri. Kita bagi dia 5 bintang...


Sunday, September 25, 2016

UMNO PELURULESS BILA DAP JAUHKAN DIRI DARI BERSATU

AMARAN: ANALISA BODOH DAN SYOK SENDIRI, JANGAN RISIKOKAN TEKANAN DARAH DAN  JANTUNG ANDA DI SINI


Jika hari ini umno dan kerajaan diserang hebat adalah kerana kesilapan awal yang dibuat oleh umno dan kerajaan kerana gagal memisahkan isu peribadi Najib fengan isu parti dan kerajaan. 

Menjadikan isu peribadi keluarga najib sebagai isu parti dan kerajaan adalah kesilapan besar sehingga mengheret parti dan kerajaan menjadi bahan lawak dan kecaman seluruh dunia.  Negara dan rakyat dipandang begitu sinis. 

*Dalam situasi ini,  Paklah harus dipandang tinggi akan pengorbanan,  prinsip dan budi pekertinya ketika membuat keputusan berundur*

Isu moral dan etika tidak semestinya semata mata mesti dibuktikan di mahkamah malah jika dihalusi ia sebenarnya ia sudah disekat dan dihalang diperingkat awal. 

Benarlah bahawa bau bangkai itu sudah mencukupi untuk memaklumkan memang ada gajah mati yang disembunyi dan dilindungi. 

Akhir masa tulang belalang pasti terjumpa juga. Sejarah tidak akan pernah berbohong pada kita. 

Penubuhan BERSATU adalah petanda kegagalan dan kesilapan bessr umno dan kerajaan melihat isu dengan kebijaksanaan. 

Mempertahankan individu dengan mempertaruhkan parti dan kerajaan ke arah kehancuran. 

Asas perjuangan dan jati diri umno sudah parok,  tiada lagi jalan keluar dalam ketika melucur laju di cerun curam, tiada lagi maaf buat umno kerana pemimpinnya memilih jalan yang sesat dan salah. 

Pembentukan BERSATU menjadikan parti lain berasas Melayu bertambah kuat. AMANAH parti setahun jagung tetapi sangat kuat mencengkam di bumi Johor dan Kelantan. 

Sukar untuk dipercayai PAS tidak dapat membendung keghairahan ahli berhijrah ke parti mat sabu gara gara kegilaan Hadi bermadu cinta dengan Najib dan sikap pandang remeh PAS pada perkembangan AMANAH. 

BERSATU juga jika dibiarkan hingga 2018 akan menjadi ancaman yang sangat besar pada UMNO selagi Najib di situ. Perkembangan BERSATU yang disokong AMANAH dan PKR sudah tentu maju dan kuat. 
Satu kerjasama  peringkat awal sangat dikagumi menunjukkan teori perpecahan Melayu yang dimomokan umno tidak benar. 

Malahan semakin jauh DAP mengasingkan diri dengan BERSATU,  ia menjadikan umno peluruless. 

BERSATU tidak lagi perlu bergantung kepada Tun Dr Mahathir kerana kepimpinan di peringkat cawangan bahagian dan pusat sudah terbentuk.  

Mereka bukan orang lain, mereka adalah bekas pemimpin umno di peringkat pertengahan dan grass root yang belum tercemar atau yang tidak dapat dibeli yang memilih untuk kesinambungan perjuangan sebenar umno untuk diterapkan ke dalam BERSATU untuk dilaksanakan secara mulia dan bermaruah. 

Memang sebahagiannya antara yang kalah di peringkat Bahagian,  kalah kerana tewas di tangan "kuasa duit" dan mereka yang kalah,  kalah semua.. Satu prinsip yang salah di peringkat kepartian. Yang kalah telah dinafikan untuk memberi sumbangan. 

Mukhriz sendiri tewas dalam pertandingan Naib Presiden semata mata demi menyelamatkan Hishamuddin.

Hari ini mereka memilih BERSATU sebagai landasan perjuangan.  Harimau yang cedera sangat merbahaya berbanding dengan harimau montel yang selesa dalam sangkar zoo... Auwww

Besok,   kalau ditakdirkan Azmin,  Mat Sabu atau Tuan Ibrahim menjadi PM pertama tanpa umno,  ia bukan satu lagi mimpi. 


Saturday, September 24, 2016

YANG PECAH BUKAN MELAYU TETAPI TEMBELANG UMNO (2)

Apabila sebahagian ahli PAS kepimpinan Mat Sabu keluar menubuhkan AMANAH - apa kata puak hara(@()?si($@jad$:: .. Bukankah meteka bertepuk tangan kerana berjaya memainkan peranan sehingga PAS keluar pakatan rakyat pada masa itu dan melabelkan kumpulan mat sabu sebagai anwarinas dan menuduh mat sabu sebagai syiah yang tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

Ada dengar atau tidak pecacai dan pendedak si$@((hara(()#": ini kesal kerana penubuhan AMANAH itu menjadi Melayu dan Islam B. E. R. P. E. C. A. H (????)
Yang ada mereka berseronok,  tepuk tangan dan padan muka kepada PAS dan AMANAH.

Tetapi hari ini apabila kena batang hidung sendiri, penubuhan BERSATU dikatakan sebagai pemecahan Melayu  !!! Inilah hipokriknya puak UMNO dalam mendefinasikan dan cuba melindungi diri mereka yang semakin busuk.

Tembelang takut hilang kuasa dan kemewahan peribadi dan kroni menjadikan mereka sanggup tinggal dan bersekongkol dalam satu parti yang makin hanyir.

Terimalah hakikat itu,  walau pahit.

PAS KELANTAN DIMAKAN ANAI ANAI




SEPINTAS LALU

Aku di bumi Kelantan sekarang ini, berjumpa dengan orang kuat Husam Musa pasal bisnes dan meleret cerita politik..

Semalam dari airport, dalam perjalanan berteksi ke Kota Bharu,  pemandunya penyokong umno menceritakan PAS semakin lemah sejak pemergian Nik Aziz, jangkaan menguntungkan umno meleset,  penyokong PAS berhijrah ke AMANAH,  tak ada hati nak jamah umno.

Dari orang kuat Husam Musa,   dia menceritakan kesebokannya sebagai tenaga penting penubuhan ranting seluruh Kelantan, fokus penghijrahan ahli PAS ke AMANAH,  lebih mudah bila ahli PAS marah dengan Hadi berbaik dengan Najib.

Bagi ahli UMNO yang menolak kepimpinan Najib,  mereka tidak akan join AMANAH,  mereka lebih selesa dengan BERSATU,  walaupun dijangka tak ramai tetapi cukup untuk memudaratkan umno.

Ada ahli umno Kelantan akan lebih suka tidak lagi berparti (dah penat dan sakut hati bila dikhianati pemimpin) menjauhkan diri dari umno,  atas pagar,  pemerhati.

Tun akan ke Tunjung,  Kelantan hujung September ini,  tarikh sebenar aku dah lupa.

Sudah pasti Anwar Musa akan susun strategi baru (?) Jangan sampai kena soal dengan Boss, guano mu ni...

Jika PAS gagal di Kelantan, faktornya Hadi Awang - amanat Nik Aziz diengkari.

CATATAN INI DIBUAT PADA 24/6/16 6PM RENAISANCE


KEMASKINI: salleh keruak MERADANG DENGAN MEDIA BARAT



24 September 2016

Aku turut simpati pada Menteri ini,  siang malam mempertahankan Najib,  akhirnya ada berita gembira,  tetapi malangnya tidak dihebohkan...

Silapnya mungkin pada Menteri ini juga,  dia ada tawarkan WSJ letak calon di PRU,  hilang akal agaknya....

Mungkin sebab itu WSJ buat dunno saja sekarang ini.... Apapun admin berharap Menteri ini terus berusaha mencari kebenaran.. Bila terjumpa walaupun pahit kena le hebohkan juga.
Bila kita adil pada orang,  orang lain akan adil pada kita.




1. Saman bersama yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1MDB dan lain-lain pihak oleh setiausaha politik Tun Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan Husam Musa mencetuskan kontroversi di peringkat global. Ia dibuat semata-mata berasaskan dakwaan yang terkandung dalam aduan sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, dan cerita palsu bertujuan memburuk-burukkan pihak tertentu yang disiarkan Wall Street Journal.

2. Saman oleh konco-konco Tun Mahathir ini menjadi berita dan mengundang kontroversi di peringkat global apabila ia difailkan pada 11 Ogos. Tetapi, anehnya, Wall Street Journal dan media Barat lain tidak melaporkan bahawa saman itu telah ditolak semalam.

3. Realitinya, ia memang tidak berasas sejak mula lagi, semata-mata merupakan suatu langkah mencari publisiti untuk memanipulasikan persepsi orang ramai. Ia adalah sebahagian daripada rancangan Tun Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkirkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Dan semua ini dilakukan atas sebab politik peribadi, yang semata-mata bertujuan untuk memberi manfaat kepada anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

4. Tun Mahathir tentu kecewa apabila setiap cubaannya untuk meruntuhkan demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal. Satu daripada kehebatan seseorang pemimpin sebenar ialah tahu bilakah beliau patut berundur secara diam-diam.

5. Rekod sebenar Perdana Menteri baru sahaja dinyatakan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova. Kata beliau: “Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap ekstremisme ganas melalui keterangkuman dan pendidikan, yang dianggap UNESCO sebagai pencegahan jangka panjang paling berkesan terhadap pihak yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat”. Beliau juga memuji Malaysia sebagai “contoh bagi negara daripada semua peringkat pendapatan”; dan katanya, “negara ini menjadi bukti bahawa menghormati kepelbagaian merupakan suatu sumber kekuatan”; dan bahawa kita menjadi peneraju dalam usaha menggalakkan “mengajar agama bagi memupuk toleransi serta sikap saling hormat-menghormati dan saling faham memahami”.

6. Tumpuan kerajaan tidak akan terpesong oleh cubaan Tun Mahathir yang semakin terdesak. Perdana Menteri akan terus berkhidmat kepada rakyat dan memberi keutaman terhadap keselamatan dan kemakmuran mereka.

Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Malaysia

sumber : Bernama

BAGIMANA PULA DENGAN TUDUHAN AWAL AMERIKA SYARIKAT CAMPURTANGAN DALAM NEGARA DAN KONONNYA INI PENGARUH MAHATHIR (?)

6ANGKA