Atas nama perpaduan Melayu dan Islam penyatuan UMNO dan PAS sangat dialukan.
Tetapi setakat ini tidak ada pemimpin kedua pihak bersetuju untuk menyatu tetapi mungkin sekadar kerjasama.
Pun kerjasama dalam bentuk perjanjian belum ada
Pun belum ada kenyataan rasmi dari Parti atau Presiden berhubung kerjasama tetsebut.
UMNO dan PAS dilihat seiras dan serasi hanya bersandarkan pakaian sedondon (sosial) bersandarkan hadir bersama dalam sesuatu majlis (sosial) dan musuh bersama DAP (politik)
Oleh itu siapa halang siapa dalang bukanlah pihak luar.
UMNO kena cermin diri terlebih dahulu kenapa PAS tidak tergesa gesa atau terdesak untuk menyatu atau mengadakan perjanjian bertulis.
Mungkin bagi PAS, tidak banyak perbezaan antara DAP dan umno.
PAS tidak sertai umno dalam soal bermusuh dan kutuk Mahathir, Anwar atau PKR.
PAS masih mengkritik UMNO dan memperlekehkan Najib dalam soal 1MDB, GST dan Royalti serta segala salahlaku tadbir urus.
Sebagai tindakbalas, umno diam membisu, tidak ada kritikan pada PAS, tak jentik langsung PAS Kelantan... + malah
sudah ada puji pujian dan penghargaan.
Ada sumbangan 90juta... Dinafikan tetapi saman yang dijanji sudah jadi munafik.
Kini BERSATU bagi merealisasikan harapan pembangkang satu lawan satu dengan BN terus menggunakan pendekatan bertemu dan masih terus berbincang dengan PAS.
Tidak ada irihati, sakithati, patahati atau dengki khianat jika PAS ingin bekerjasama dengan umno, silakan..
Itu hak PAS, kena hormati...
Dan kenalah juga hormati kalau PAS lebih cenderung kepada BERSATU.
Soal penyatuan Melayu dan Islam bukan hak eksklusif umno atau PAS, tidak juga hak BERSATU, PKR, AMANAH atau Melayu DAP.
Tanpa umno pun, Melayu dan Islam boleh survive..
Lebih lebih lagi kalau umno sudah bobrok dan pemimpinnnya tidak berakhlak.. Melayu dan Islam harus bermufarakah dari tercemar sama.
Pemimpin ini akan turut hilang pengaruh dan integriti jika pernyataannya berdolak dalik, berputar, bersimpang siur.