Tuesday, February 6, 2018

PM MASA DEPAN








Jika nama Rafizi terpahat sebagai PM satu masa nanti, bukan diluar jangkaan dan mustahil.
Oleh kerana yang nak sangat jadi PM adalah Azmin, biarlah Rafizi selepas itu supaya kemampuan keduanya tidak dibazirkan.
InsyaAllah..

Vokal dan bermaklumat, berani dan kehadapan..

Pelapis 10-15 tahun lagi sebagai generasi pemimpin yang akan menerajui negara ke tahap yang lebih cemerlang..


Satu-satunya anak Melayu yang mempunyai otak setara excellent Tun Dr Mahathir..

# Tidak seperti umno yang ketandusan brilliant pemimpin pelapis, tiada pilihan, najib sahaja.




Syabas dah tahniah kepada Husam dan Wan Rahim, perjuangan untuk rakyat sudah tentu tidak memerlukan apa apa gelaran. Rakyat Kelantan berjiwa Tok Kenali sudah tentu tidak gentar pada mana-mana tekanan.





APA YANG BERLAKU DI PORT DICKSON 1995






Bukan pelik kalau isu ini  disebut setiap kali menjelang pilihanraya umum, kecil dan kemungkinan besar akan jadi sebutan pada PAU akan datang.

Ia melibatkan 4 watak utama dan beberapa pihak lain tetapi 4 watak utama setakat ini belum mengesah atau menafi. Kalau diasak berkali kali, kali ini mungkin terdedah jua..

Adalah wajar kisah ini samada benar atau tidak ditamatkan segera kerana semuanya masih hidup dan waras. Jika benar, Tun patut disalahkan kerana membenar menjadi Menteri dan seterusnya.. 

Ini isu peribadi (?) mungkin ia mungkin tidak (?) cuba imbas apa yang terjadi kepada Rahim Tamby Chik dan Anwar (?) Isu peribadi atau isu rasmi (?).. 











Monday, February 5, 2018

SEDAP CAKAP SENDIRI CANANG SENDIRI DABIK DADA..BILA KANTOI...NAK TUDING PADA RAKYAT PULA..


Cepat BACA sebelum dipadam...
bekas pemimpin BERSATU dicekup sprm cuba merasuah pemimpin BERSATU negeri Kedah !!!

Ostat On Call




Kerana pulut santan binasa..


Jangan lupa teRuskan protes dan hantar tanda tolak BN, tolak umno dengan menolak BRIM dan tawaran haji 1MDB. 

TOLAK BRIM TOLAK HAJI 1MDB - RAKYAT WAJAR TUNJUK PROTES




Malaysia satu satunya negara uang memiliki kerajaan yang pelik di mana tarikh pilihanraya masih ditekateki, disemnunyi walaupun hanya tinggal 6 bulan lagi tempoh penggal berakhir.

Malah akan lebih pelik JIKA keamanan sekarang menjadi kucar kacir tiba² sekadar untuk membolehkan darurat diistihar dan pilihanraya ditangguh.

Di negara² lain, sesetengah kerajaan memberi notis lebih awal seawal 6-12 bulan dari tarikh pilihanraya untuk semua pihak bersiap sedia.

Konklusi awal, hanya kerajaan yang banyak masalah, zalim, mungkir janji, korup sahaja cukup takut untuk berdepan dengan rakyat untuk diadili.

Cuba tanya Hadi, apakah menyembunyi, merahsiakan tarikh pilihanraya itu terkandung dalam kehendak Al Quran dan Hadis.

Sebagai rakyat, ada dua perkara utama yang boleh digerakan sebagai protes dan tanda umno dan BN ditolak..

Pertama.. Tolak BRIM
Kedua.. Tolak Tawaran Haji Tajaan 1MDB


Sanggupkah kita...

TUN MENJIWAI ANAK MUDA SEKALIGUS MENYANGKAL FITNAH KE ATAS USIANYA

Bukan setakat menjiwai anak muda tetapi juga memberi gambaran bagaimana menguruskan negara....




# Mengujudkan akta berita palsu bukanlah satu halangan besar kepada PH untuk terus memberi kesedaran kepada rakyat tentang apa yang PH akan lakukan jika membentuk kerajaan.

Dalam masa yang sama bolehkah kerajaan mengawal dirinya sendiri untuk tidak membuat tuduhan dan dakwaan palsu terhadap pembangkang (?).

Selepas akta diluluskan, sudah tentu berita palsu DAP anti Melayu anti Islam tidak kedengaran lagi...

Selepas akta diluluskan apakah kerajaan begitu pasti Tun tidak akan ulangi lagi ucapan dan tuduhan kepada Najib sebagai pencuri, penyangak, penyamun..

Kita berharap kerajaan ada keberanian untuk menjadikan Tun orang pertama didakwa di bawah akta tersebut!!!






: Yang mahu beriklan percuma, sila hantar maklumat dotmaikay@gmail.com


Sunday, February 4, 2018

LIHAT KEJAYAAN PEMBANGUNAN SAMA PENTING MELIHAT KEMUSNAHANNYA...



Sebagai orang yang ada otak dan berpelajaran, lebih baik dari suharli, cencaluk (SPM) atau tarantula (SRP) saya juga ada ditanya oleh rakan² umno, apakah saya tidak nampak apa kebaikan dan kemajuan yang dibawa oleh najib.

Saya jawab dalam bahasa biasa yang mudah, asasnya pembangunan adalah tanggungjawab mana² kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, harus ada perasaan tidak puas dan tidak cukup atas apa yang telah dibangunkan, jauh sekali mengungkit dan mendabik dada.




Pembangunan mesti setimpal dengan amaun yang dibelanjakan, tiada korup dan ketirisan sepanjang proses pembangunan.

Saya dapat melihat pembangunan yang telah dibangunkan oleh kerajaan tetapi dalam masa yang sama juga melihat bagaimana ianya tidak berhemah, kroni, korup, boros dan overspend hingga melibatkan pertambahan hutang yang keterlaluan dan pembangunan yang akhirnya memberi bebanan dan tekanan kepada rakyat.

Apa nama pembangunan jika pertambahan peluang pekerjaan tidak selari. Berapa puluh ribu peluang pekerjaan disediakan 1mdb ??? berbanding dengan Proton..

Saya juga tidak terlepas pandang tentang 2.6B yang masuk ke akaun peribadi najib yang pada awalnya dia berbohong tidak tahu dan menafikan?

Saya juga tidak terlepas pandang untuk mengingati bagaimana Myhyiddin dan Mukhriz dipecat sekadar bertanya tentang 1mdb... Dan akhirnya najib mengaku lemah,  salahurus dan gagal...

Tidak juga mahu lupakan begitu sahaja, malah mahu tahu motif sebenar Peguam Negara yang sihat dipecat.

Pendekan cerita, tanya lagi rakan² umno kepada saya, tidakkah saya sedar kerajaan sekarang berjanji dan telah mengistiharkan beberapa lagi cadangan pelan ekonomi dan pembangunan yang melibatkan billion dan billion untuk kesejahteraan rakyat.

Saya bagitahu mereka secara bertanya , tunjukan saya satu pemimpin BN atau satu menteri yang cakapnya boleh di pakai/dipercayai.??!? Jawabnya NONE/TIADA...

Jadi apa perlu lagi saya ambil peduli dan peka kepada janji dan impian kerajaan yang sudah tiada integriti.
Lebih lebih lagi semua itu lebih kepada gula gula pilihanraya dan kerajaan itu sudah tidak akan ujud lagi selepas PRU14 kelak.

Vedio di atas dan banyak lagi vedio² lain memperkatakan bagaimana negara diurus secara salah dan memalukan oleh pemimpin yang lemah dan korup.

6ANGKA