Monday, February 5, 2018

TOLAK BRIM TOLAK HAJI 1MDB - RAKYAT WAJAR TUNJUK PROTES




Malaysia satu satunya negara uang memiliki kerajaan yang pelik di mana tarikh pilihanraya masih ditekateki, disemnunyi walaupun hanya tinggal 6 bulan lagi tempoh penggal berakhir.

Malah akan lebih pelik JIKA keamanan sekarang menjadi kucar kacir tiba² sekadar untuk membolehkan darurat diistihar dan pilihanraya ditangguh.

Di negara² lain, sesetengah kerajaan memberi notis lebih awal seawal 6-12 bulan dari tarikh pilihanraya untuk semua pihak bersiap sedia.

Konklusi awal, hanya kerajaan yang banyak masalah, zalim, mungkir janji, korup sahaja cukup takut untuk berdepan dengan rakyat untuk diadili.

Cuba tanya Hadi, apakah menyembunyi, merahsiakan tarikh pilihanraya itu terkandung dalam kehendak Al Quran dan Hadis.

Sebagai rakyat, ada dua perkara utama yang boleh digerakan sebagai protes dan tanda umno dan BN ditolak..

Pertama.. Tolak BRIM
Kedua.. Tolak Tawaran Haji Tajaan 1MDB


Sanggupkah kita...

14 comments:

  1. Sepatutnya PH pimpinan Dr Mahathir memberikan janjinya yg pertama dan teratas dlm sekian banyak janji-janji yg akan dilaksanakan sekiranya PH berjaya menguasai Putrajaya slps PRU 14 ialah...

    Menetapkan tarikh pilihanraya umum selepas genap 3 tahun selepas PRU sebelum itu. Ia sebagai bukti bhw PH benar-benar mahu melakukan perubahan, bukan sekadar cakap dan omong kosong. Tapi kalau lihat entry KD sebelum ini tentang janji PH sekiranya mereka menang, tak ada pun.
    Ia memberi gambaran kpd saya, sekiranya PH yg diterajui Dr Mahathir akan tetap mempertahankan perkara yg sama spt amalan parti pemerintah sekarang, tambahan pula, itulah yang diamalkan oleh Dr Mahathir disaat dia berkuasa dulu iaitu merahsiakan tarikh pilihanraya.
    Sebelum menang mcm mcm janji. Bila menang lain yg jadi. Boleh pulak kata manifesto bukan janji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat aku, PRU13, BN janji nak buat Pusat Kesihatan, dah pacak papan tanda..dah menang sampai sekarang tak buat...bulan lepas datang kempen, janji lagi..

      Itu murtad ke munafik..

      Delete
    2. Slps PRU 13, bukankah Malaysia bangkrap? Mana nak cari duit kalau dah bangkrap. Kau tak percaya pd Rafizi ke? Kau pun boleh murtad kalau tak percaya dan yakin akan kata-kata Rafizi tu.

      Tak takut ke?

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Bro anon 10:45

      Bukan saja menang ekor diorang ucap Alhamdulillah malah makan dedak dan rasuah pun diorang ucap Alhamdulillah jugak.

      Terbaru si Faizal PPBM Kelang yang buat laporan konon PAT PPBM tidak sah ,telah kantoi menerima dan menawarkan dedak, dan dia pun ucap 'Alhamdulillah' jugak.

      Mugkin diorang sangka dengan ucapan berkenaan yang haram itu dapat disucikan dan menjadi halal.

      Tak percaya tanya ja Anina dan Kamarul. Depa pun kata 'Alhamdulillah rezeki Allah beri melaui jalan ini.'

      Sesat pemikiran.

      Delete
    5. John doe memfitnah nampaknya, kau ada bukti ke dia tetima habuan. Kalau tak sia2 jer kau keluar hadis, sunag dan ayat2 quran kalau kau aendiri memfitnah....... Hwahhhaaa..... Muaaahhh.. Jangan pandai nasihat orang diri sendiri hancing

      Delete
    6. Sdr Cencaluk,

      Buktinya sudah pun tersebar. Kali ini diaorang benar-benar kantoi. Chat mereka telah dirakamkan.

      Hanya pendusta yang akan menafikannya dan hanya yang bingung yang masih tidak mampu melihatnya.

      Delete
  2. Sdr KD,

    Mohon izin berkongsi pandangan.

    Menolak tawaran Haji memang amat mudah disebabkan kefardhuan haji adalah tertakluk kepada kemampuan dan orang-orang yang tidak mampu tidak perlulah sehingga menerima dedak semata-mata untuk menunaikannya.

    Malangnya kebanyakan orang Melayu Islam hari ini telah dikelirukan dan menyangka kalau mereka menolak tawaran haji 1MDB nanti mereka dipersoalkan Allah kerana mereka sudah pun 'mampu' tapi sengaja 'menolak tuah'.

    Keadaan ini boleh berlaku disebabkan para ahli agama kita telah berdiam diri dan sebahagiannya membela pula tindakan menaja haji melalui 1MDB padahal ia adalah pendustaan yang jelas disebabkan 1MDB tidak pernah membayar zakat sedangkan kefardhuan zakat datang dulu sebelum Haji selain kefardhuan zakat adalah di atas cukup tempoh dan (haul dan nasab) sedangkan kefardhuan haji adalah di atas sifat 'berkemampuan'.

    Malah, si Jamil Khir yang membela dan memuji-muji 1MDB di atas mimbar sudah melangkaui sempadan perosak agama di atas nama agama dan kini ia dengan jelas adalah seorang pembela kebathilan.

    Itu adalah pendapat saya tentang tajaan haji oleh 1MDB.

    Ada pula berkenaan BRIM pendapat saya adalah sebaliknya.

    Tentang BRIM, itu memang sewajarnya mereka ambil disebabkan mereka sudah cukup teruk ditindas oleh pemerintah hari ini, maka setakat menerima BRIM itu tidak akan menjadikan mereka bersubahat.

    Ia lebih baik daripada mereka terpaksa melakukan jenayah ataupun memakan bangkai semata-mata untuk kekal hidup.

    Saudara dan saya mempunyai kelebihan berbanding mereka iaitu kita tidak perlu pun menerima BRIM untuk kekal hidup di zaman penindasan ini. Sedangkan bagi mereka di luar sana, 1200 itu sangat besar nilainya untuk menampung kehidupan yang makin sempit akibat penindasan oleh pemerintah.

    Penerimaan BRIM tidak boleh menjadi kayu ukur sokongan rakyat terbanyak kepada pemerintah hari ini disebabkan kesusahan mereka pada asalnya itu pun diakibatkan oleh pengkhianatan oleh pemerintah yang sama.

    Menggunakan wang untuk membeli sokongan hanya sedikit sahaja yang akan memberikan sokongan disebabkan wang takkan cukup untuk kesemua orang. Malah ia akan mencipta lebih banyak penentang daripada penyokong kerana wang yang ditabur kepada penyokong itu telah dicuri dan akibat kecurian itu keseluruhan rakyat kini terpaksa menanggung bebannya.

    Biarkan Najib dan konco-konconya bersukaria selagi masih ada tempoh kerana tempoh itu akan tamat tidak berapa lama saja lagi.

    Pada masa itu, hanya satu saja yang pasti tentang Najib dan konco-konco iaitu mereka tetap akan tumbang.

    In shaa Allah.

    ReplyDelete
  3. abdul ghuyup bin spoknikMonday, February 05, 2018 9:55:00 PM

    AMEER MYDIN: KDNK MENINGKAT TAPI RAKYAT TAK ADA WANG



    Mydin: KDNK kukuh tetapi rakyat tiada wang

    5 Feb 2018, 5:24 pm 5 Feb 2018, 5:33 pm


    Malaysia mungkin menyaksikan pertumbuhan dalam negara yang kukuh tetapi pengguna tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan runcit mereka, kata Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rantaian hypermarket popular Mydin.

    Dalam temu bual dengan stesen radio BFM, Ameer berkata jualan hypermarket terus menyaksikan penguncupan.

    "Saya tidak kata, tidak ada pertumbuhan, sudah tentu, perangkaan menunjukkannya. Tetapi di negara, lazimnya, apa yang kita lihat adalah pertumbuhan itu (dijana oleh) perbelanjaan domestik.

    "Bagi perbelanjaan domestik, asasnya bagus, tetapi hypermarket dan pasar raya besar (di Malaysia) yang menguasai 50 peratus pasaran runcit (menyaksikan pertumbuhan) negatif.

    "Saya rasa orang ramai tidak mempunyai wang," katanya dipetik sebagai berkata.

    Ameer berkata pada suku pertama, KDNK Malaysia meningkat sebanyak 5.6 peratus manakala jualan runcit menyusut sebanyak 1.2 peratus dan jualan hypermarket pula menguncup sebanyak 4.8 peratus.

    "Itu yang membuat kita tertanya-tanya, bagaimana pertumbuhan sesebuah negara boleh berkembang sedangkan hypermarket, yang merupakan perbelanjaan asas sebenar di negara ini, adalah negatif.

    "Suku ketiga, industri runcit Malaysia menguncup 1.1 peratus. Perniagaan hypermarket turun sebanyak lima peratus.

    “Suku keempat, perangkaannya belum keluar tetapi saya boleh memberitahu bahawa jualan runcit tidak akan melebihi tiga peratus manakala hypermarket akan menjadi negatif tiga hingga empat peratus," katanya.

    Ameer berkata berdasarkan data Mydin, harga barangan mengalami kenaikan antara 14 hingga 15 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
    "Apabila kita melihat barangan secara berasingan, ia menakutkan. Kubis - kubis Cameron - ia meningkat secara keseluruhan 29 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.


    "Ikan kembung hitam, 19.5 peratus, sos maggi cili yang dakwa mereka tidak pernah dinaikkan harga, 38.8 peratus, sardin jenama Ayam, pula naik sebanyak 30.6 peratus.

    "Dan kamu mungkin kata, kenaikan enam peratus mungkin kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan," katanya kepada BFM.

    Walau bagaimanapun, Ameer berkata sama ada kenaikan purata 14 hingga 15 peratus dalam tempoh lima tahun lalu adalah signifikan bergantung kepada kadar kenaikan gaji pengguna bagi tempoh yang sama.

    "Harga naik, jadi jumlah keseluruhan, jumlah jualan tidak benar-benar naik, ada negatif (pertumbuhan)," katanya.

    Perkara yang baik, katanya, adalah pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang berterusan yang mungkin menyaksikan harga barangan turun dalam jangka panjang.

    Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411199#VTqhcEJE65sicbtz.99






    JELAPANG at 10:28 AM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mydin kena sedar diri sikit
      Persaingan dari KEDAI DUA RINGGIT (2.06 + gst)
      Persaingan dengan peniaga online
      Persaingan dengan kedai Mr DIY

      Persaingan lebih terbuka
      pengguna juga untung dpt harga murah
      barang kedai RM2 adalah sama dgn Mydin
      barang Mr DIY adalah sama dgn brg Mydin
      pengguna bijak buat pilihan

      kalau kedai RM2 boleh kekalkan harga dgn tambahan GST 6%
      apa yg bising-bising sangat?

      Delete
    2. Setuju sesangat, aku pun setiap minggu g jedai eco ni bukan apa harga murah berbaloi kalau dapat pakai 2 atau 3 bulan.

      Apa guna branded kalau kualiti sama jer ngan kedai eco RM2.06

      Lai. Ler mcm KD ngan JD mana nak pakai brg murah

      Delete
    3. Aku tetap ke kedai mydin, bantu peniaga Melayu Islam, wajib..kalau tiada pilihan barulah ke kedai DAP seperti yg diamalkan oleh cencaluk.

      Delete
    4. Cencaluk benar-benar lemah akal.

      Mydin bukan merungut kerana perniagaan mereka rugi ,tetapi Mydin memberikan fakta on the ground bahawa kuasa beli rakyat main lemah.

      Ada pula rungutan dan penyesalan itu adalah hanya berkaitan penyesalan mereka terlibat dengan KRIM yg hanya bawa kerugian sahaja.

      Kalau syarikat sebesar Mydin pun boleh kerugian apabila melaksanakan satu skim kelolaan kerajaan Najib, maka bayangkanlah nasib peniaga-peniaga kecil yang lain. Tidak hairanlah ramai yg telah gulungan tikar.

      Mujurlah ada peluang menjadi pemandu grab dan uber. Nak harapkan kerajaa hari ini, memang tak ada apalah kecuali bagi golongan pendedak.

      Delete
    5. Uber dan grab adalah inisiatif rakyat menubuhkannya..bukan idea kerajaan pun.

      Sumbangan kerajaan hanya meluluskan..tetapi masih ada beberapa isu undang² yg belum diselesaikan sepenuhnya.

      Delete

6ANGKA