Ada cai tegar buat provokasi lekeh dan mengagak agak blog ini akan ditutup selepas PRU... Aku mulakan dengan prasangka baik, dia sangat suka blog ini sebab boleh meluahkan isi benaknya walaupun huduh.
Keduanya, dia sekadar buat fake news dan fitnah, aku belum buat report polis, kalau senang, besok²nya lah.. Kikikiki
Apapun sebagai menguatkan hujah, aku belanja dua tajuk di sini yang akan aku paparkan selepas PRU14 sebagai tanda blog ini akan terus ujud.
Tajuk pertama yang bakal muncul pada malam hari pengiraan undi adalah seperti berikut..
KEPUTUSAN PRU14:
PAS 0 KERUSI, BN KALAH TERUK, MAJORITI HILANG WANG DEPOSIT
atau
KEPUTUSAN PRU14:
SEPERTI DIJANGKA, UNDI POS DI SAAT AKHIR MENYELAMATKAN BN UNTUK MENANG DENGAN SIMPLE MAJORITY.
BAGAIMANAPUN KEPUTUSAN BELUM MUKTAMAD - PENGIRAAN SEMULA MASIH DIBUAT DI BEBERAPA PUSAT KIRAAN UNDI BERIKUTAN ADA PULUHAN KAWASAN BN MENANG DENGAN MAJORITI TIDAK LEBIH DARI 100, ANTARANYA, PEKAN.
Kalau BN kalah, penat buat manifesto gempak dan lain² strategies...