Minoriti calon PH tidak dinafikan kurang dikenali umum dan ada yang muncul dan bangkit berjuang apabila tidak boleh lagi berdiam di bawah kerajaan yang zalim, mereka bangkit menuruti tuntutan agama.
Majoriti mereka calon tempatan yang sudah pun dikenali setempat dan bertanding di kawasan sendiri sebagai anak tempatan adalah tepat.
Peluang ini lah mereka akan mula dikenali. Lebih penting bukan mengukir nama tetapi mengukir jasa kepada rakyat.
Hakikatnya dalam isu negara yang zalim dan huruhara ini, calon yang belum dikenali bukan isu utama tetapi calon ada nama yang kaki rompak, korup itu lebih merbahaya.
Mana satu nak pilih.
Peluang harus diberi kepada anakmuda sebegini untuk menjadi sebahagian pemimpin menguruskan negara....
Dah banyak kali aku terbaca komen² kebanggaan bangsa Melayu terima brim.
Diulang cerita pagi petang malam walaupun brim hanya setahun sekali (Purata kasar RM3 sehari) tetapi dipecahkan kepada beberapa bayaran sehingga duit yang diterima boleh habis dalam beberapa minit selepas terima.
Pengumuman yang dibuat oleh Tun bahawa Mukhriz dan Ir Amiruddin akan bertanding di Parlimen dan DUN setiap seorang sangat mengecewakan.
Tindakan bertanding di dua² kerusi seolah olah menunjukan sikap mementingkan diri tamak dan juga mungkin juga tiada keyakinan diri, desperate atau takut kalah.
Sikap ini sangat tidak baik.
Begitu juga ia menggambarkan ketandusan pemimpin BERSATU di peringkat negeri Kedah atau sekaligus menolak peluang pemimpin lain.
Jika inilah corak strategi Mukhriz sebagaj Pengerusi PH Kedah, mereka hanya akan menemui kegagalan kerana ahli di peringkat akar umbi dan pengundi yang tidak berpuashati akan memprotesnya di peti undi.
Jika kedudukan ini tidak di ubah sebelum penamaan calon, PH di Kedah dan seluruh negara bakal KECUNDANG.
Jangan rasa diri sendiri gah dan hebat kerana ada nama dan over confident melihat sambutan hangat rakyat kerana pengundi sekadar masih dalam mode mendekati tetapi memerhati.
PH berdiri atas kesepakatan dan teamwork.
Tidak ada kekuatan tunggal pada parti atau pemimpin termasuk Tun.
Jika langkah bertanding dua kerusi juga turut diambil oleh Muhyiddin dan lain² pemimpin, nyata PH akan mati sebelum sampai masa.