Sunday, July 29, 2018

KERAJAAN PERLU SINGKIR SEGERA DAN GANTIKAN MENTERI YANG DUNGUS, MABUK TODI, ASYIK TERSASUL DAN STATEMENT DI LUAR BIDANG TUGAS KEMENTERIANNYA

Saranan seperti atas hanya boleh dikeluarkan oleh penyokong pakatan harapan sahaja. 
Puak umno dan pas - diam dan tengok sahaja. 
Kau orang lebih teruk dari itu,  sebab itu kalah - rakyat sudah tolak. 


Nak bercakap politik umum biarlah pemimpin parti yang tidak mempunyai jawatan dalam kabinet kerajaan. 

Kalau awal pun dah pariah,  bimbang jadi virus. 
Sabar dan teguran rakyat ada had,  jangan sehingga sudah jadi benci dan meluat, kerana pada tahap itu sebarang bentuk alasan dan penjelasan kerajaan sudah tidak diterima,  tiada nilai,  tiada integriti.

Menteri mempunyai tanggungjawab pada semua rakyat,  bukan pada kaum dan partinya sahaja. 
Menteri mesti memberi kefahaman penuh dasar dan polisi baru adalah untuk kesejahteraan rakyat. 


RAT KEPARAT KOPORAT



Tikus membaiki labu memang jahanam

Saturday, July 28, 2018

MARUAH SIAPA YANG DIPERTARUH DI SUNGAI KANDIS

Secara logiknya calon PH langsung tidak ada masalah untuk menang kerada dua bulan lepas calon PH menang majoriti empat ribu lebih dalam tiga penjuru. 
Jika dicampurkan undi umno dan pas pun,  calon PH masih majoriti. 

Apakah dalam 3 penjuru kali ini tanpa pas selepas dua bulan PRU yang lepas akan berlaku perubahan drastik sokongan kepada PH?, merosot dengan teruknya? 

Kesungguhan lokman adam berkempen dengan mengheret turun idolanya Najib dianggap langkah berani,  undi simpati walaupun risikonya tetap ada. 

Akan ada ahli umno tidak ada sokong kerana terkejut dengan hakikat harta rampasan di rumah najib. 

PAS turut menggesa ahli dan penyokongnya sokong,  sudah tentu tidak semua turut dan mungkin tidak keluar mengundi. 


Isu utama PH mungkir janji, setakat mana persepsi ini berkesan?  Persepsi kerana ada yang sokong PH bukan kerana manifesto. Tidak tunai janji hanya isu yang disensasikan oleh penyokong tegar umno,  tidak dinafikan,  ada segelintir pengundi PH yang terpedaya dan marah. 






Ini adalah pertembongan calon Anwar dan calon Najib, tidak mungkin Anwar akan membiarkan perancangannya Ogos nanti sebagai Presiden dan seterusnya Ahli Parlimen dan PM tercalar di tangan Najib yg sudah pun jatuh. 

Friday, July 27, 2018

TAK TAHU DAN TAK FAHAM APA LAGI ORANG MELAYU DAN ISLAM MAHU...

Enampuluh tahun diberi peluang dan kuasa memerintah masih berbalah,  tak selesai.. Buat apa? 



Selepas hilang kuasa,  banyak pula agenda Islam dan Melayu yang mahu diperjuangkan.. Dulu buat apa? 

Apakah Melayu dan Islam di PH tidak peka dan tidak mampu memartabatkan Melayu dan Islam, sekurang kurangnya beri mereka peluang berbuat sesuatu.. 

Bukankah tindak tanduk UMNO,  PAS,  BERSATU dan AMANAH sekadar merosakan lagi Melayu dan Islam hatta dalam soal bangsa dan ugama pun masih berbalah,  sekadar mahu merebut aku betul aku juara.. 

Kemudian Melayu itu terbahagi pula kepada melayu bersatu dan melayu umno,  dan kalau Islam itu ada Islam pas ada Islam amanah? 
Begitu juga dengan NGO Melayu Islam. .ratusan? 

Kita jadi rakyat lembu dan kerbau,  dilaga lagakan.. 
Jadi anjing,  menyalak bersahut sahutan.. 






Saban tahun,  melayu dan Islam diperkasa,  lagi kuat menjelang pilihanraya.. Rupanya jadi perkasam.





...........................................................

Istana Negara lancar kutipan Tabung Harapan bantu negara
___________________

PERSEPSI TERHADAP TABUNG HARAPAN MALAYSIA DIPERTINGKATKAN


DYMM AGONG DAN KAKITANGAN ISTANA NEGARA PUN PEKA PASAL HUTANG NEGARA!!!

-----------------------------
Inisiatif pelancaran THM juga dibuat atas semangat patriotisme warga Istana Negara sempena bulan kemerdekaan Ogos depan.

Istana Negara hari ini melancarkan kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai usaha membantu kerajaan mengurangkan hutang negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata pelancaran THM peringkat Istana Negara itu juga merupakan manifestasi solidariti dan kebersamaan 650 warga istana terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk menyumbang 10% gaji dan emolumen baginda setiap bulan bagi membantu mengurangkan hutang negara.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/27/istana-negara-lancar-kutipan-tabung-harapan-bantu-negara/



Thursday, July 26, 2018

KETIKA SeNASIB, ELOK SANGAT PAS DAN UMNO BEKERJASAMA..


Dulunya PAS sangat menentang perjuangan secara kaum (Melayu)  tetapi kini sedar ia merugikan. 
Begitu juga umno yang menolak fahaman Islam PAS kini boleh menerimanya kerana ia boleh membantu imej pemimpin dan parti. 

Gabungan ini tidak pelik. I akan menjadi lebih worst,   Ia sebuah acuan lama yang menggabungkan dua resepi untuk menjadi satu rasa. 

Corak pendekatan Melayu dan Islam juga agak berbeza dari kwrajaan PH,  dengan masa yang terhad Tun sudah tidak dapat memainkan peranan penting untuk menterjemahkannya kepada rakyat dan agak bimbang Mujahid akan tenggelam dalam persepsi yang salah. 

Sebahagian rakyat menolak perkauman Melayu dan Islam sempit yang dibawa oleh umno+pas dan masih menunggu pendekatan sebenar melayu + Islam yang akan dibawa PH. 

Kemungkinan besar akan ada sebilangan yang akan menolak semuanya dan memilih jalan Islam yang tidak didendangkan oleh orang politik,  yang memualkan. 






Tuesday, July 24, 2018

YANG KALAH MENGAKU SAHAJALAH SILAP DAN SALAH - YANG MENANG TUNAIKAN JANJI, CEPAT ATAU LAMBAT

Barisan kepimpinan dan anggota BN diingatkan agar sedar diri berikutan parti itu bukan lagi kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sehubungan itu kepimpinan dan anggota parti tidak perlu menjelaskan sebarang isu kepada rakyat kerana ia telah menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikannya.

“Apa sahaja isu yang timbul seperti kos sara hidup Felda, GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) biarlah kerajaan hari ini yang jawab.

” … kita sudah kalah, buatlah cara kalah dengan pandai membawa diri dan tidak menjadi cemuhan orang,” katanya ketika berucap pada majlis pengenalan calon BN Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini, malam tadi.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/25/bn-akan-gagal-di-sg-kandis-jika-pas-tak-tolong-kata-lokman/
AKHIRNYA SEDAR DIRI TANAH TINGGI RENDAH DAN MENGEMIS MINTA UNDI. 





# Tok Mat ni walaupun umno tetapi masih ada sikit suka dan hormat padanya. 
Pemimpin Tertinggi yang sedar diri ketika pecacai bawahan mereka  masih songsang,  meroyan dan syok sendiri dengan hujah sempit basi. 

DURIAN, MANGGIS, CEMPEDAK LEBIH MURAH SEBAIK SAHAJA PH PERINTAH, BUKAN KERANA PH PANDAI TETAPI MAKBUL DOA RAKYAT, RAHMAT ALLAH, BERAKHIRNYA KERAJAAN ZALIM..

6ANGKA