Tuesday, August 7, 2018

APAKAH DULUNYA IA SUATU YANG BETUL DAN HERO KINI IA MENJADI SALAH DAN JAHAT

Jika ia memerlukan pengampunan Diraja,  ia perlu di uusahkan.. 




Atau jika perlu digantikan,  ia perlu lebih tinggi daripada apa yang rugi,  hilang atau rosak. 

Ini adalah soal maruah dan kebenaran. 

SIKAP PEMIMPIN DAN POLITIK UM-NO PASS MENYUMBANG LIM KIT SIANG SEBAGAI PM




Tuduhan lim kit siang dap sebagai komunis tanpa bukti dan sah di sisi undang² sekadar membuka peluang yang lebih luas kepada orang seperti lim kit siang menjadi PM. 

INi merupakan kenyataan dan amaran kepada orang Melayu bahawa politik perkauman dan ugama yang sempit akan membawa padah.

Kalaupun pemimpin itu seseorang Melayu dan Islam , tetapi jika akhlaknya rendah,  amanahnya kurang - lambat laun kedudukannya akan runtuh,  contoh nyata apa yang berlaku pada Najib sekarang. 

Malah di kalangan pemimpin umno dan pas,  jika mahu dicari seseorang yang berkebolehan + berakhlak + beramanah untuk di tabal sebagai PM,    kita tidak boleh jumpa sesiapapun untuk dinamakan... 

Sampai begitu sekali,  parti yang otai tetapi pupus dengan pemimpin yang berkebolehan. .

Yang ada kebanyakan,  berkebodohan.. 



# ini juga peringatan dan amaran kepada komponan PH berteraskan Melayu.
Jika ada yang gopoh, tamak,  tidak ukur baju di badan sendiri,  over politicking...lambat laun terpaksa akur orang seperti lim kit siang terpaksa diterima sebagai PM. 

# Dengan hanya belasan kerusi,  tercorot di kalangan komponen, Tun masih muncul paling berkuasa dan sebagai PM (minoriti menguasai majoriti) tetapi peluang dan kesempatan ini tidak akan ada lagi pada mana² pemimpin Melayu selepasnya. 

# PAS yang secara lelucon mengaku "king maker" tidak lebih sebagai alas dan tempat dipijak-pijak oleh umno untuk naik ke atas..





Sunday, August 5, 2018

MASALAH NEGARA SELESAI JIKA HADI PM


Mungkin itulah yang PAS rasakan.. Dan ber ia-ia umno sokong. .

Hadi lebih baik dari Najib,  Mahathir dan Anwar. 

Tuan Ibrahim lebih baik dari Wan Azizah,  Zahid dan Muhyiddin. .

Ringgit kukuh,  ekonomi meningkat,  sosial selesai, jenayah dan korup sifar.. 

Bukan setakat Malaysia, di peringkat antarabangsa Israel pun takut usik Palestine..

Tak pasti,  salah cermin atau tak tengok cermin?   



.........

Lebih elok PAS bawa isu seperti ini untuk diketengah dan diperjuabgkan,  tunjuk nilai murni dan bukan politik 24/7.


MEJAR ZAIDI MOHON DOA DARI SEMUA RAKYAT MALAYSIA
HARAP ATM LULUSKAN PENCEN UNTUK BELIAU ESOK (ISNIN) 6 OGOS

https://m.malaysiakini.com/news/427189

Assalamualaikum w.b.h. Saya Hj Zaidi bin Ahmad (bekas juruterbang jet pejuang TUDM berpangkat Mejar) yang dipecat dari TUDM pada 2015 kerana membuat laporan polis dakwat SPR tidak kekal pada PRU13 dengan ini, dengan segala rendah hati memohon kepada semua rakyat Malaysia agar dapat mendoakan supaya pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meluluskan permohonan saya untuk mendapatkan pencen dan ganjaran penuh tamat perkhidmatan setelah berkhidmat selama 26 tahun dalam TUDM. Segala bacaan Yaasiin, solat hajat, tahajud dan doa tuan2 dan puan2 saya dan keluarga dengan ini mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dan kami sekeluarga mendoakan agar tuan2 dan puan2 sekeluarga akan panjang umur murah rezeki dalam keberkatan insyaa Allah aamiin. Allah SWT telah berfirman (maksudnya): "Barangsiapa bertawakkal kepada Allah maka Allah akan memberikannya jalan keluar (dari masalah yang dihadapinya) dan akan menganugerahkannya rezeki dari sumber yang tidak disangka2"

Mohon sokongan dari semua rakyat Malaysia dengan lawati dan like Fb Page saya *Sokong Mejar Zaidi TUDM

Sekian, terima kasih. Wassalamu'alaikum w.b.h.

Kepala Batas 
013-4061517 (Whatssapp saja)

# VIRALKAN SEBAGAI SATU BENTUK SOKONGAN TKSH

KALAU MAHATHIR LEMAH DAN HILANG SOKONGAN...KENAPA PERLU DIBEDIL

Mahathir berdepan dengan kaum dajjal...


SATU LAGI CUBAAN YANG SIA SIA DARI KAUM DAJJAL

AZMIN WAJAR BERTANDING DUA JAWATAN..

Keterbolehan Azmin mengurus parti, negeri dan kini negara tidak boleh disangkal dan kalau diterjemahkan ke seluruh negara,  selepas Mahathir,  hanya Azmin paling rapat di belakang,  diikuiti Anwar dan Muhyiddin.. 

Hujah ini mungkin kurang senang bagi penyokong Anwar tetapi begitulah track record Azmin yang mencpai 98.2% berbanding Anwar sekadar 95% secara relatifnya dan Muhyiddin 88.8%...

Anwar sekadar pangkat tertinggi Timbalan Perdana Menteri dan semasa krisis kewangan,  pilihannya untuk meminta bantuan Bank Dunia tidak diiktiraf terbaik sehinggalah dia disingkirkan dan negara pulih dengan tindakan bijak Mahathir mengikat RM3.80 pada 1usd. 

Anwar juga gagal dalam projek kolam ikan semasa menerajui Kementerian Pertanian dan tidak ada jasa yang sangat besar kecuali AIM. 

Kelebihan Anwar lebih kepada kepetahan berhujah dan pecah belah pemimpin di bawah yang berpotensi melanggarnya. 

Sejarah menunjukan Rahim Thambi Chik tersungkur dengan skandal sex (kemudianya didapati tidak bersalah oleh mahkamah) ketika berada di puncak pengaruh sebagai Ketua Pemuda, KM Melaka dan paling mendapat kepercayaan Tun. 

Anwar menggesa Rahim letak semua jawatan walaupun mahkamah belum buat keputusan??? 

Begitu juga semasa declare tidak akan merebut jawatan Timbalan Presiden dari Ghaffar Baba tetapi akhirnya tikam belakang,  u turn bertanding atas alasan desakan akar umbi??? 

Apa yang berlaku kepada Azmin dan Rafizi sangat bohong jika dikatakan di luar perancangan. 

Sebagai Ketua Umum apakah tidak cukup kuasa? Apaguna Anwar downgrade dirinya ke jawatan Presiden kecuali bimbang Azmin akan bertanding menentang Azizah? 
Untuk itu Azmin mesti disingkir sebelum menjadi terlalu kuat.

Oleh itu adalah wajar Azmin bertanding Presiden dan Timbalan Presiden serentak membolehkan perwakilan mempunyai pilihan untuk meletakannya pada kedudukan yang sesuai.

Jika tewas, Azmin masih mempunyai banyak pilihan lain. 
Jika menang Presiden,  sekaligus Anwar tidak akan dipilih bertanding di mana mana parlimen mewakili PH dan sekaligus cita² sebagai PM sekadar mimpi. 


# Apakah Juak² dalam umno seperti lokman adam akan berperanan untuk turut berkempen menyingkirkan Azmin bapi pihak Anwar????


Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...