Keterbolehan Azmin mengurus parti, negeri dan kini negara tidak boleh disangkal dan kalau diterjemahkan ke seluruh negara, selepas Mahathir, hanya Azmin paling rapat di belakang, diikuiti Anwar dan Muhyiddin..
Hujah ini mungkin kurang senang bagi penyokong Anwar tetapi begitulah track record Azmin yang mencpai 98.2% berbanding Anwar sekadar 95% secara relatifnya dan Muhyiddin 88.8%...
Anwar sekadar pangkat tertinggi Timbalan Perdana Menteri dan semasa krisis kewangan, pilihannya untuk meminta bantuan Bank Dunia tidak diiktiraf terbaik sehinggalah dia disingkirkan dan negara pulih dengan tindakan bijak Mahathir mengikat RM3.80 pada 1usd.
Anwar juga gagal dalam projek kolam ikan semasa menerajui Kementerian Pertanian dan tidak ada jasa yang sangat besar kecuali AIM.
Kelebihan Anwar lebih kepada kepetahan berhujah dan pecah belah pemimpin di bawah yang berpotensi melanggarnya.
Sejarah menunjukan Rahim Thambi Chik tersungkur dengan skandal sex (kemudianya didapati tidak bersalah oleh mahkamah) ketika berada di puncak pengaruh sebagai Ketua Pemuda, KM Melaka dan paling mendapat kepercayaan Tun.
Anwar menggesa Rahim letak semua jawatan walaupun mahkamah belum buat keputusan???
Begitu juga semasa declare tidak akan merebut jawatan Timbalan Presiden dari Ghaffar Baba tetapi akhirnya tikam belakang, u turn bertanding atas alasan desakan akar umbi???
Apa yang berlaku kepada Azmin dan Rafizi sangat bohong jika dikatakan di luar perancangan.
Sebagai Ketua Umum apakah tidak cukup kuasa? Apaguna Anwar downgrade dirinya ke jawatan Presiden kecuali bimbang Azmin akan bertanding menentang Azizah?
Untuk itu Azmin mesti disingkir sebelum menjadi terlalu kuat.
Oleh itu adalah wajar Azmin bertanding Presiden dan Timbalan Presiden serentak membolehkan perwakilan mempunyai pilihan untuk meletakannya pada kedudukan yang sesuai.
Jika tewas, Azmin masih mempunyai banyak pilihan lain.
Jika menang Presiden, sekaligus Anwar tidak akan dipilih bertanding di mana mana parlimen mewakili PH dan sekaligus cita² sebagai PM sekadar mimpi.
# Apakah Juak² dalam umno seperti lokman adam akan berperanan untuk turut berkempen menyingkirkan Azmin bapi pihak Anwar????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
This information is invaluable. Where can I find out more?
ReplyDeleteManusia merancang Tuhan menentukan.
ReplyDeleteSaya masih kekal dengan pendapat saya bahawa DSAI takkan menjadi PM.
Walaupun Tun M sendiri telah menyatakan persetujuannya untuk DSAI mengambil alih tetapi saya tetap merasakan DSAI takkan mengambil alih jawatan PM.
Ada perkara-perkara yang akan berlaku yang akan menghalang DSAI daripada mengambil alih jawatan PM, tetapi halangan itu bukan berpunca daripada Tun M dan tiada sesiapa dari kalangan penyokong DSAI yang boleh menyalahkan Tun M di atas kegagalan DSAI mengambil alih.
Untuk kebaikan DSAI sendiri saya berharap ia tetap kekal dalam pasukan Tun M walau apa pun hajat peribadinya yang tak kesampaian.
Selama 20tahun sejak 1998 DSAI telah sentiasa berada di kalangan golongan yang tewas dan hanya dapat kembali merasai kemenangan apabila ia kembali berada di dalam pasukan Tun M pada tahun 2018.
Memisahkan diri daripada pasukan Tun M dan malahan bergabung dengan pasukan-pasukan yang menentang Tun M hanya akan menyebabkan DSAI kembali berada di dalam golongan yang tewas. Lebih malang lagi sekiranya ia berada di dalam golongan yang tewas ketika pertempuran itu adalah pertempuran klimaks.
Siapa selepas Tun M hanya benar-benar akan diketahui apabila orang tersebut benar-benar mengangkat sumpah jawatan sebagai PM.
Wallahu a'lam.
Geng2 Mat Jemin dah mula bertindak nak singkirkan Bg Non.
ReplyDeleteVideo mirip suara Bg Non tu dipercayai dibuat oleh puak Mat Jemin.
d jemput membaca article rengkas saya bertajuk 'quo vadis pkr ?'(ke mana hala tuju pkr?) dlm blog saya.
ReplyDeletetk.