NAJIB dah ulas panjang, aku setuju ekonominya yang paling teruk, selain hilang kerja, duit juga kena rampas..
Tapi dia belum jatuh miskin hingga perlu pindah ke rumah PPRT.
Anak dia juga kahwin bukan dengan penerima BRIM.
Sebagai blogger cabok bagaimana aku tahu sangat pasal ekonomi negara, tetapi aku setuju merosot kerana angka² menunjukan sedemikian.
Kalau ada perjanjian.bodoh bangang sebelum.ini, kalau harta dan duit negara dirompak - mana datangnya negara nak kaya?
Memang akan miskin pada kedana.
Yang berhutang keliling pinggang, siapa?
Yang kena bayar siapa?
Jadi tak peliklah ekonomi menurun.
Di era NAJIB figure cukup bagus, negara makmur tetapi rakyat bawahan tidak merasakan begitu, setiap minggu tensi dengan harga petrol turun 1 sen naik 20 sen, tensi dengan cukai baru, tensi dengan kadar baru..
Sekarang ekonomi negara dikatakan menurun, tetapi jauh lebih baik kerana rakyat "tidak naik darah" setiap minggu atau setiap hari.
Harga barang turun sikit (tiada gst 6%), memang betul..
Ikan masih mahal dan.makin mahal, betul..
Harga bergantung kepada permintaan, itu teori ekonomi asas..Sebagai pengguna kena pandai jaga ekonomi sendiri terutama ketika sst.
Back to original, back to sebelum gst...
Teori ekonomi dunia, harga barang tidak akan turun selepas (once) naik walau apa dasar digunapakai kerana PENIAGA sentiasa ada alasan dan ambil kesempatan..
Yang kaya belanja mewah, yang miskin belanja berhemah.
Ekonomi negara, biarlah kerajaan teruskan usaha² mereka..
Brim bakal dihapuskan elok sangatlah tu, pemberian yang sekadar kosmetik untuk menutup penyamunan mereka.
Bayaran SETAHUN sekali tetapi iklan NAJIB dengan satu jari SETIAP JAM di kaca tv.. terlebih propaganda.
Brim bukan penyelesaian kemiskinan kerana angka menunjukan permohonan bertambah.
Brim lebih kepada mendorong harga barang naik.
Paling penting, kalaupun miskin, rakyat tidak rasa dizalimi..
Peningkatan semula penonton di semua saluran tv terutama "berita" petanda sihat untuk kerajaan..
Rakyat dalam mood lega, STANDBY wait and see..baru 100 hari, hilang akal kalau komplain kecuali busuk hati, meroyan kalah tak habis lagi..
# yang bankrap hujah tapi copy paste tak ikut tajuk, aku tak layan, tak siar
# yang kata blog ini fitnah, kau tak payah masuk, pergi main jauh²