Saturday, August 25, 2018

Betul ke ekonomi kita makin teruk?

NAJIB dah ulas panjang, aku setuju ekonominya yang paling teruk, selain hilang kerja, duit juga kena rampas..
Tapi dia belum jatuh miskin hingga perlu pindah ke rumah PPRT.
Anak dia juga kahwin bukan dengan penerima BRIM.

Sebagai blogger cabok  bagaimana aku tahu sangat pasal ekonomi negara, tetapi aku setuju merosot kerana angka² menunjukan sedemikian.

Kalau ada perjanjian.bodoh bangang sebelum.ini, kalau  harta dan duit negara dirompak - mana datangnya negara nak kaya?
Memang akan miskin pada kedana.

Yang berhutang keliling pinggang, siapa?
Yang kena bayar siapa?
Jadi tak peliklah ekonomi menurun.

Di era NAJIB figure cukup bagus, negara makmur tetapi rakyat bawahan tidak merasakan begitu, setiap minggu tensi dengan harga petrol turun 1 sen naik 20 sen, tensi dengan cukai baru, tensi dengan kadar baru..

Sekarang ekonomi negara dikatakan menurun, tetapi jauh lebih baik kerana rakyat "tidak naik darah" setiap minggu atau setiap hari.

Harga barang turun sikit (tiada gst 6%), memang betul..
Ikan masih mahal dan.makin mahal, betul..
Harga bergantung kepada permintaan, itu teori ekonomi asas..Sebagai pengguna kena pandai jaga ekonomi sendiri terutama ketika sst.
Back to original, back to sebelum gst...

Teori ekonomi dunia, harga barang tidak akan turun selepas (once) naik walau apa dasar digunapakai kerana PENIAGA sentiasa ada alasan dan ambil kesempatan..
Yang kaya belanja mewah, yang miskin belanja berhemah.

Ekonomi negara, biarlah kerajaan teruskan usaha² mereka..

Brim bakal dihapuskan elok sangatlah tu, pemberian yang sekadar kosmetik untuk menutup penyamunan mereka.
Bayaran SETAHUN sekali tetapi iklan NAJIB dengan satu jari SETIAP JAM di kaca tv.. terlebih propaganda.

Brim bukan penyelesaian kemiskinan kerana angka menunjukan permohonan bertambah.
Brim lebih kepada mendorong harga barang naik.

Paling penting, kalaupun miskin, rakyat tidak rasa dizalimi..
Peningkatan semula penonton di semua saluran tv terutama "berita" petanda sihat untuk kerajaan..

Rakyat dalam mood lega, STANDBY wait and see..baru 100 hari, hilang akal kalau komplain kecuali busuk hati, meroyan kalah tak habis lagi..






# yang bankrap hujah tapi copy paste tak ikut tajuk, aku tak layan, tak siar
# yang kata blog ini fitnah, kau tak payah masuk, pergi main jauh²




12 comments:

  1. Macam² hujah kau ketengahkan untuk menunjukkan ekonomi negara makin baik. Tapi teori apa kau pakai kd? Kalau setakat berpandukan elaun tomato 3k sebulan itu, ianya bukan fakta. Kalau ekonomi berkembang baik, harga komoditi utama tentu meningkat, bukan merudum mcm sekarang. Harga saham tentu mencanak naik, bukan jatuh seperti sekarang. Nilai matawang tentu lebih baik berbanding zaman hujung najib jd pm. Orang kampung tidaklah merungut belanja dapur bertambah bila ke pasar berbanding sebelum pru14 tempohari. Jadi, kejayaan apa yang kau nak highlightkan ni kd? Kebanggaan kerana TM berani mengkritik china semasa masih berada di beijing tidak memberi kesan langsung kepada kehidupan semasa rakyat beb. Itu boleh la dimasukkan dalam klasifikasi kebanggaan peribadi dan para penyokong jus tomato sahaja. Rakyat tidakpun rasa selesa poketnya, makin sempit adalah! Jadi, posting kau kali ini aku tak sokong. Maaf kd.

    Oh ya, plaza tol bukit raja taufan dah tolong tutupkan. Bila lagi plaza² tol yang lain nak tutup? Nak tunggu taufan tolong tutupkan jugak ke? Ini rasanya ada kaitan dgn janji jangan dicapati. Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau baca guna kepala lutut?
      Awal² lagi aku setuju ekonomi menurun berdasarkan figure?
      Aku tak pertahan dan kata ekonomi bagus, aku bukan bangang mcm kau, mcm macai najib.

      Yang aku kata ekonomi rakyat, bergantung pd persepsi dan bagaimana berbelanja.

      Elaun tomato 3k..kau salah org bro..

      Delete
    2. Kikiki....kan dh kena setepek. Kalau xfaham, jgn komen la. Tunjuk kebodohan diri sendiri. Tahniah KD...org mcm ni mmg otak kat lutut.

      Delete
    3. Aduhhh. Sesekali tuan KD sound tepek. Ringkas tp menusuk kalbu

      Delete
  2. Perkara ini kena tanya Celah Kangkang: dia dah jadi pakar ekonomi sekarang, mungkin kerana ekonominya sendiri menurun. Bla seseorang itu sedang lemas, maka dengan cemas membuat perhitungan yang mungkin boleh menyelamatkan kedudukan ekonominya sendiri.

    Kaji tengok siapa yang heboh perihal ekonomi negara merosot.

    ReplyDelete
  3. Ekonomi rakyat Malaysia seperti biasa dan makin bertambah baik melainkan macai. Kikikikiki

    ReplyDelete
  4. Barang naik atau turun aku tak kisah pun. Macam kd post dulu, aku rasa lapang, tenang dan tidak stress. Aku undi ph pru14. 3 tahun lagi baru buat keputusan bila lihat kad laporan kerajaan ph. Salak kuat pun, tak runtuh bukit. Teruskan kritikan kd utk semua pihak. Blog mu aku minat selepas blog arwah dinturtle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga blog ni panjang umur. Lama² nanti akan jd arwah jugak. Masa menentukan, dgn takdir Allah. Mcm din turtle... Ke ada yg rasa mampu tongkat langit?

      Delete
    2. Aku berhenti menulis jika capai pageviewers 2.6B, insyaAllah. Masa tu dah kaya, tak perlu korup pun.

      Delete
    3. AnonymousSaturday, August 25, 2018 9:26:00 PM
      ko bagi tau skali kt najib komen ko tu....kot dia terasa...bodoh dedak ko ni

      Delete
  5. Blog ni tak ramai pengikut pun.... yg selalu ulas atas tulis org yang sama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, aku perlukan.lagi 30 ribu pageview untuk cukuplah 5 juta pageviewers sejak beloging, lebih ramai dari ahli umno 60 tahun..

      Delete

6ANGKA