Sunday, October 26, 2008

Shahrir Samad memburukkan lagi imej budaya ahli UMNO..

UPDATE:

"Saya rasa tidak payah buat aduan kepada pihak yang terlibat. Dia (pemimpin terbabit) telah pun kehilangan sokongan bahagian dari segi pencalonan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh shahrir? Ia seperti pemimpin itu sendiri yang menghantar sms kepada shahrir?
Melihat kepada pencalonan Bahagian Johor Baharu, tidak banyak beza dan aneh dengan bahagian2 lain di Johor kecuali bagi jawatan Timbalan Presiden - adakah shahrir menuduh pemimpin tersebut yang menghantar sms kepadanya dan telah menerima padah.

Reaksi kilat dan spontan telah diberi oleh Najib sedangkan Pengerusi Perhubungan negeri, Ghani Othman mungkin tidak dirujuk dan belum membuat kenyataan akhbar.

Adakah ramai yang kurang selesa dengan Muhyiddin yang tidak menjadi sasaran mana mana tuduhan skandal dan fitnah seperti hebatnya Najib yang dihujani peluru dari musuhnya, apakah langkah terbaharu shahrir ini sekadar umpan yang sengaja dilemparkan untuk ikan menerkam.

Mungkin shahrir berkiblat kepada siffunya, Musa Hitam tetapi kedua dua mereka harus tahu bahawa dalam politik, ada lagi buku politik yang mereka belum sempat baca tetapi Muhyiddin sudah kattam.
.....................................................................................


Shahrir Samad dalam ucapan dan penjelasannya memaklumkan dia mendapat lebih 10 sms berunsur ugutan supaya gabungan atau calon calon tertentu dicalonkan jika tidak mahu dirinya, bahagiannya mendapat 'kesusahan' kelak.

Siapakah yang membuat kerja bodoh tersebut? Adakah Shahrir sahaja yang mendapat ugutan sedemikian ? Kenapa Shahrir yang menjadi sasaran? Dan yang lebih penting kenapa Shahrir tidak mahu membuat laporan polis kalau sudah pandai pandai memberi penjelasan ? Bukankah itu memburukkan lagi imej UMNO yang sekarang sudah normal untuk melihat rampas merampas mikrofon dan kerusi berterbangan.

Tanpa laporan polis, Shahrir boleh dianggap bersubahat dan berniat jahat untuk memburukkan lagi imej UMNO atau berniat untuk mempopularkan dirinya untuk dilihat bersih dan berprinsip, tidak mudah dibeli atau tidak mudah menjual. Shahrir yang sudah makin terhakis popularitinya dan kewibawaannya di kalangan UMNO Johor akan sering menggunakan isu isu bom untuk menampakkan dirinya sentiasa relevan dengan perkembangan UMNO. Jika alasan ini tidak benar, wajar laporan polis dibuat untuk seluruh ahli UMNO mengetahui siapa yang terlibat. Jika tidak, fitnah dan khabar angin terus menular dan tentulah puak tertentu akan jadi sasarannya.

Anak buah Musa Hitam ini jelas bijak dalam 'political animalnya' dan ini merupakan satu lagi buku rujukkan yang Rais Yatim tidak membacanya.

Dan yang lebih pelik Bahagian Johor baharu bukanlah satu bahagian yang akan mencorakkan struktur pencalonan malah kalau yang dicalonkan itu sepelik mana pun, ia tidak akan menjadi ikutan, jadi soallnya kenapa Shahrir menjadi sasaran. Adakah kerana Shahrir menggunakan teknik dan taktik yang sama pada orang lain atau Shahrir memang nampak lemah dan mudah dipengaruhi.

Apapun tahniah kepada Bahagian Johor Baharu kerana mencalonkan bukan Muhyiddin Yasin sebagai calon Timbalan Presiden UMNO selaras dengan hasrat Ketua Bahagiannya yang diperbahrui.

Semangat Perayaan kenapa tidak diterapkan..

Di Malaysia yang unik dengan 3 kaum yang besar hari ini satu lagi perayaan Deepavali sedang dirayakan oleh kaum India yang berugama Hindu. Rakyat biasa yang kurang berpolitik tentulah merayakannya secara meriah mengikut kemampuan masing masing dengan kehadiran sanak saudara termasuk kunjungan dari kaum kaum lain.

Tetapi yang terlibat dengan politik, walaupun dirayakan, salam bersalaman mereka tentulah tidaklah seikhlas dan seharmoni seperti rakyat bawahan yang cintakan keamanan dan tidak bercita cita tinggi dalam kuasa dan pemerintahan.

Semua perayaan di Malaysia samada perayaan dari sudut adat resam, kebudayaan atau ugama mengajar kita semua perkara yang baik kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Alangkah indahnya kalau suasana perayaan yang harmoni dan hormat menghormati berterusan dan menjadi semangat suasana harian.

Kita menyeru pemimpin di atas sana samada yang halal atau haram supaya melihat keamanan sebagai satu tajuk besar, agenda utama perjuangan mereka yang bertujuan memakmurkan rakyat dan negara Malaysia. Di bawah perlembagaan persekutuan sudah termaktub dengan jelas hak setiap kaum yang perlu di agihkan dan hari ini kita masih berkrisis bukan kerana perlembagaan tersebut tetapi lebih kepada perlaksanaan dan tafsiran masing masing. Pemimpin berada di pentas masing masing untuk menyuarakan pendapat dan bukannya di meja rundingan. Permimpin menggunakan pentas sendiri untuk lebih meraih sokongan dan popular dari tujuan asal iaitu memakmurkan semua rakyat tanpa mengaira kaum.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka membangkitkan rasa tidak cukup dan kurang dan menuduh satu lagi kaum mengambil hak dan menindas mereka.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka melaungkan slogan samarata tanpa menghormati perlembagaan persekutuan dan mentasirkannya secara putarbelit.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka sengaja mencari peluang dan menjadikan isu perkauman dari kes kes terpencil, diperbesar dan disensasikan. Isu peribadi di nasionaliskan.

Pemimpin jenis ini terdiri dari golongan politik terutamanya atau pemimpin NGO serta individu berpengaruh yang mirip dan menyokong golongan politik tertentu, mereka gunakan isu perkauman untuk menunjukkan satu pihak lagi khususnya 'kerajaan semasa' bersikap perkauman dan menindas mengikut ras.


Kurang sekali pemimpin menenangkan kaumnya atau memberi penjelasan kepada kaumnya bahawa mengikut perlembagaan persekutuan ini adalah hak hak mereka dan ini adalah hak kaum kaum lain.

Kurang sekali pemimpin menganjurkan kepada kaumnya supaya menghormati hak kaum kaum lain.

Kurang sekali pemimpin menyedarkan kaumnya bahawa mereka lebih bernasib baik dan beruntung tinggal di bumi bertuah Malaysia ini berbanding dengan kaum lain atau pribumi lain di negara mereka sendiri.

Kurang sekali pemimpin membangkitkan kesedaran dan kenyataan kepada kaumnya bahawa mundur atau majunya sesuatu bangsa itu bergantung kepada bangsa itu sendiri dan bukannya kerana ditindas atau ditolong oleh bangsa lain.

Kepada pemimpin kita menyeru, lihatlah kebaikan, persamaan dan semua yang positif ketika berhadapan dengan kaum masing masing kerna tidak ada titik tolak yang akan kita temui jika kita sebok mencari perbezaan dan keburukan.

Kepada pemimpin kita menyeru, jika mereka adalah pejuang bangsa Malaysia yang tulin, meja rundingan adalah pentas terbaik, selain dari itu mereka lebih kepada kepentingan perubadi dan agenda tersembunyi.

Khaled Nordin dan Zahed Hamidi - Bekas Boss Jais Sarday

Kluang calonkan Najib - Muhyiddin
26/10/2008 4:42pm


KLUANG 26 Okt. - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac tahun depan.

Bagi kerusi Naib Presiden, para pemimpin yang dicalonkan ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. - Utusan

Monday, October 20, 2008

Bila bankrap idea dan cara - saman jadi pilihan

Di kampung saya ada sebuah kereta kelisa, dah buruk dah sebab dibawa kehulu kehilir, kusyennya pun hapak, bamper dah jatuh, gedebeh, body kadang mandi kadang tidak, berkarat atas bawah. Hon ada dua tapi dua dua dah lembek walaupun tak pernah pakai langsung, kalau kena curi curi pakai tu adalah jugak masa baru baru.

Baru baru ni kelisa saya parking tepi jalan dekat simpang, saya parking sebab saya keliru tengok papan tanda ada lima, banyak bahasa, ingatkan dok kat afrika. Memang selalu pun saya parking dekat situ, jangankan kereta, kambing pun tak mahu dekat.

Tetapi adalah satu hari, sorang mamat tu conteng lukis kartun di body kereta saya, vandalism lah katakan, apalagi saya pun mengamuk, saya terus jumpa lawyer, saman mamat tu, saya tuntut 33 suku juta.

Orang kampong gelak dekat saya, depa kata saya tiga suku, body kete tu dah berkarat, dah tua, dah secondhand, timbang kilo pun berapalah sangat, tak patut tuntut lebih lebih.

Bagi saya, itulah cara saya menarik perhatian dunia, lagipun saya bankrap idea dan muflis cara. Nak wat camno.

Sunday, October 19, 2008

...pertikaian kualiti pemimpin UMNO melalui cerminmata Shahrir.

http://blog.limkitsiang.com/2008/10/20/looking-for-umno%e2%80%99s-next-ex-leader/

Selepas Mahathir, tidak dinafikan UMNO menghadapi krisis pengisian pemimpin yang setaraf dengannya dan lebih malang, pengganti langsungnya, Paklah bukan sahaja gagal meneruskan apa yang telah Mahathir bina dan majukan tetapi sebaliknya menghentikan dan memusnahkannya.

Paklah juga mentadbir negara lebih kepada 'bercakap dan berkhayal' seolah olah semua impian itu terjadi dengan sendirinya tanpa perlu tumpuan, tenaga dan usaha yang bersungguh dari semua peringkat, tidak ada perlaksaan yang boleh dibanggakan kecuali plan di atas kertas sahaja.

Kelemahan Paklah yang ketara inilah membuatkan BN ditolak dan dinafikan majoritinya 2/3.

Tetapi kemunculuan Anwar sebagai hero korup hidup semula dan penawanan 5 negeri oleh Pembangkang tidak harus ditafsirkan sebagai mereka mempunyai kualiti kepimpinan peringkat 'negara' untuk dibanggakan kerana kemenangan pemgbangkang sebenarnya berdasar penolakan rakyat keatas kerajaan yang lemah dan BUKANNYA PEMILIHAN KEPADA PEMBANGKANG BERDASARKAN PEMBANGKANG BAGUS ( Pembangkang kena sedar diri )

Selepas ini, selesai sahaja sebahagian besar parti komponen membuat beberapa perubahan dalaman parti mereka sendiri sudah pasti BN juga akan membuat beberapa perubahan drastik yang lebih baik dan dijangka akan mengembalikan kepercayaan rakyat secara majoriti.

UMNO akan dibarisi sebahagian besar kepimpinan baru, jauh dari bayangan Paklah dan UMNO sekali lagi mengetuai dan dijadikan rujukan oleh komponen BN sebagai sandaran dan harapan(bukan buli) dengan lebih bergaya.

Memperkatakan tentang ketandusan pemimpin, parti pembangkang juga mengalami masalah serupa dan yang lebih teruk sehingga dikatakan, kalau batu pun yang diletakkan calon dalam PRU12 yang lalu atas nama Pakatan, pembangkang akan menang kerana rakyat ingin mengajar BN, tidak lebih dari itu.

Memperkatan tentang ketandusan pemimpin di dalam UMNO oleh Shahrir bukanlah sesuatu yang perlu dipandang terlalu serius kerana Shahrir bukanlah jurucakap UMNO yang sesuai dan layak kerana dia sendiri berjenama semula selepas di ambil Paklah untuk menjadi pecacai barisan hadapan. Jika Shahrir bercakap atas kebenaran, dia harus mempertikaikan kepimpinan Paklah terlebih dahulu sebelum mempertikaikan kualiti lain lain pemimpin UMNO. Tetapi Shahrir tidak berbuat demikian kerana dia sendiri tidak punya kualiti negara dan sekarang sedang menghampiri semula zaman 'senyap dan sunyinya'.

Selamat bersara untuk Shahrir.

Thursday, October 16, 2008

MINIMAKAN politik wang MAKSIMAKAN suara akar umbi

Di dalam politik, hukum rimba kadang2 akan lebih menang jika dirancang dengan teliti mengalahkan kebenaran tanpa perancangan, usaha dan membuta tuli.

Justru itu adalah lebih praktikal di dalam UMNO, undian ke atas pencalonan dan pemilihan MT dan jawatan yang lebih tinggi dibuat dengan mengambilkira jumlah undi sebenar yang dibuat oleh perwakilan cawangan di mesyuarat bahagian ( Pilihanraya Parti ). Undian dibuat secara ‘kertas undi’ dan dikumpulkan/dicampur dari satu bahagian ke bahagian yang lain sehingga selesai. Mana mana calon yang mendapat jumlah undi terbanyak dikira menangi secara mutlak jawatan tersebut. Dalam hal ini tidak timbul soal kuota kerana semua layak dicalon dan bertanding hatta akhirnya calon itu sendiripun tidak memilih dirinya sendiri.

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pula hanyalah satu mesyuarat yang hanya mengesahkan pemilihan tersebut dan seterusnya menjadi tempat berbahas dan memperbaharui polisi parti dan seterusnya menjadi dasar kerajaan selepas dihalusi.

Jika ini dipraktiskan, ia akan meminimakan politik wang dan memaksimakan suara akar umbi. Pemilihan cara ini wajar dijadikan ‘wajib’ secara undang undang kepada semua parti politik termasuk pembangkang supaya pemilihan benar benar telus tanpa peralihan kuasa gila dan kronis

Kebebasan bersuara, siapa yang dikecualikan..

Tidak kira wartawan, akhbar, penulis, ahli politik atau orang awam sekali pun, mereka harus bebas bersuara tetapi juga harus bebas diambil tindakan atau saman oleh mana mana pihak tanpa syarat. Tidak wajar ada kebebasan di sebelah pihak atau ada undang2 lain yang mengecualikan mereka atau sesuatu pihak yang lain.

Tetapi selesaikah masalah itu atau persaolan itu ??

Tetapi yang lebih tidak mengerti kenapa dalam bercakap mengenai kebebasan bersuara dan berpihak, kenapa pula ada unsur memaksa dan mengugut satu pihak lain untuk berpihak kepada siapa saja yang dia suka dan dengan apa jua alasan yang dia beri.

Anehnya pembangkang setiap hari mengeluarkan dakwaan demi dakwaan sejak saya dilahirkan hingga sekarang, tetapi bila bercakap mengenai bukti atau diterjemahkan sebagai tindakan mengikut lunas undang undang, terlalu sedikit, habuk pun takddak sampai sekarang.

Jika pihak polis atau BPR atau mana mana institusi gagal ( jangan lupa termasuk pembangkang, tidak dikecualikan ) maka wajar pihak yang mendakwa mengheret perkara itu kemuka pengadilan.

Tetapi akhirnya jangan lupa, kuasa untuk menilai sesuatu pihak ( kerajaan atau pembangkang) akan dibuat oleh rakyat melalui pilihanraya. Pembangkang atau kerajaan pasti tidak mampu menipu rakyat pada setiap masa dan pada semua perkara.

Dan hormatilah kebebasan dan penilaian rakyat melalui pilihanraya yang memilih parti mana yang membentuk kerajaan. Jangan dirompak kebebasan rakyat itu dengan 'merampas kuasa' dalam apa jua cara.

Jadilah lebih jantan dari jantan dalam politik. Jangan selalu sangat main atau masuk melalui pintu belakang.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...