Friday, February 20, 2009

Shahrir yang Bijak.

RON97 petrol to cost more in July
The price of RON97 petrol will be increased, when the Government introduces RON95 to replace RON92 in July, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad.

...............................................................

Kita ucapkan tahniah kepada Shahrir kerana memberi undi bonus kepada Pakatan untuk menghadapi mana mana pilihanraya.

Thursday, February 19, 2009

Jangan debik Anwar..

Berpolitik dengan Anwar ini macam main dengan budak2 - sikit kena debik, dah melalak, lari balik bagi tau mak dia, repot....dia kena pukui..

Lepas tu, tersengeh sengeh, tergesel gesel, tumpang main lagi, kena debik sikit.. lari balik rumah pak sedara dia, orang Turki..

Wei Anwar...pergi main jauh jauh le..hampeh, boring main ngan hang

EGO POLITIK

Galak betul sesetengah pihak mahukan DUN Perak dibubarkan - macam negeri tu mak bapak dia punya, ini lebih kerja batu api dan orang luar - rakyat Perak dan orang kampong majoritinya tidak merasakan itu keperluan utama dalam kehidupan harian mereka sekarang.

Bubar dan mengadakan semula pilihanraya bukan satu jaminan BN atau Pakatan boleh menang DAN yang lebih penting pembaziran masa, tenaga, wang dan sumber sekadar untuk memuaskan 'ego politik' masing2...

Selepas pilihanraya, akan ada cerita baru, akan ada fitnah baru, akan ada cerita beli baru, akan ada lompat baru, akan ada petisyen baru, akan ada kes mahkamah baru, akan ada rampasan baru - begitulah psuingannya.

Selesaikah kekusutan kalau manusia manusia di kedua dua pihak itu masih ujud dan dibenarkan 'berpolitik secara binatang.

Tuesday, February 17, 2009

Menteri Kewangan Jepun letak Jawatan - Tidor dan Mabuk

Di Jepun, apabila kanak kanak disoal tentang cita cita mereka - mereka gemar memilih kerjaya ahli bomba.Berbanding dengan anak anak di Malaysia yang rata ratanya mahu jadi doktor, guru, engineer atau pilot.

Politik di Jepun, apabila berlaku atau terlibat dengan cerita cerita 'panas' - mereka mengambil keputusan dan pilihan meletak jawatan atau berundur sebagai satu rasa tanggungjawab.

Politik di Malaysia - apabila mereka terlibat dengan hal hal 'panas' - apa tindakan mereka ...tentu ramai yang mampu menjawab.

Kenapa perlu Soichi Kanagawa letak jawatan? Arak bukan 'haram' untuk orang Jepun, itu hak peribadinya untuk minum - ini satu lagi agenda UMNO dan Najib menjatuhkan Nakagawa dalam politik Jepun.

Ishhhhhh..Najib ni tak habis habis buat hal.

Khir Toyo mendahului...

Tiga orang calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia muncul dalam rancangan "Hujah" pada jam 9.30 malam sebentara tadi:

Khir Toyo - 5 bintang atas hujah2 patriotik yang diberi.
KJ - 3 bintang atas hujah2 menyelamatkan diri.
Mukhriz - 1 bintang atas hujah2 mendatar.

Eli Terlebih Jantan...

Eli lebih jantanman dari Anwar apabila menawarkan perletakkan jawatan sebagai ADUN dan EXCO dalam kesnya yang dia tidak melakukan apa apa kesalahan undang undang. Tidak didakwa malah tidak disumpah oleh mana pihak. Dia mendapat simpati yang bersesuaian.

Dia tahu siapa dalang dan tidak menuduh pihak lain berbanding dengan Punahsihat PKR - Yang Dikasehi Saudara Anwar Ibrahim yang menyatakan ini adalah kerja kotor UMNO - dan tentunya Najib punya angkara. Tuduhan ini tentulah berasas bagi penyokong Pakatan seperti Yang Berbahagia Lim Kit Siang dan Yang Berusaha Saudara Lim Eng Guan dan Ayahanda Karpal Singh serta Kekanda Nizar Yang Setia dan pasti disambut dengan Allahuakbar (3x) oleh para penyokong PAS yang diketuai PM Bayangan Tuan Hj. Hadi Awang. Yang Berguru Tok Guru Nik Aziz pula kata - tak mau campur - bijak3.

Eli direhatkan demi mengelak pilihanraya kecil kerana Anwar sudah merasa bahang bala dan kekalahan yang akan menimpa mereka. Tau tak pa.

Monday, February 16, 2009

Ohhh tidak..

Abdullah diberi ucap selamat bersara - Titah Agong.

Abdullah yang pada awalnya 'putih' menjadi 'hitam' dihujungnya..kita cuba Najib di awalnya 'hitam' mungkin 'jadi 'putih' dihujungnya.

Tidak salah mencuba seperti kita mencuba Pakatan untuk memerintah beberapa negeri dan kita sedang menilai mereka.

Tidak salah kita mencuba Najib kerana setiap pintu hadapan ada pintu belakangnya.

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...