Sunday, June 19, 2011

PAS sekadar mendahului perubahan ? - Husam

"Nasihat saya kepada orang Melayu, kalau mereka tak berubah, politik tetap akan berubah. Trend yang ada sekarang, adalah sukar bagi Barisan Nasional muncul sebagai satu parti yang kuat dalam kerajaan yang akan datang... Maka adalah penting, orang Melayu berubah sekali dengan perubahan politik yang telah berlaku di seluruh negara, iaitu berpindah daripada menjadi pengundi tegar Barisan Nasional semata-mata, memberi satu undi kepada PAS."

Demikianlah seruan Naib Presiden PAS, Husam Musa (gambar kiri) kepada orang Melayu, sebelum menambah, "Dan jika sekiranya PAS boleh mempunyai 60 kerusi parlimen, PAS boleh jadi satu ganti untuk UMNO untuk menubuhkan satu kerajaan yang memberi kestabilan politik kepada negara."

Beliau berkata sedemikian dalam satu forum berjudul "Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan", semalam. Forum anjuran Jawatankuasa Hak Civil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (CRC-SCAH) ini membariskan panelis Pengarah Eksekutif Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng, dan Lee Ban Chen, pemerhati politik, selain Husam Musa.

Berucap di depan kira-kira 80 orang hadirin dari kaum Melayu dan Cina, Husam Musa mengakui bahawa orang Melayu masih terperangkap dalam dilema ketika berdepan dengan senario politik terkini.

"Masalah dengan orang Melayu ialah, kerana mereka bimbang, hasil daripada mainan media mainstream, (bahawa) kalau berlaku perubahan politik, kedudukan orang Melayu sebagai teraju utama politik negara akan terjejas ataupun tidak. Mereka rasa dengan perubahan baru, ada kesangsian, kerana orang Melayu lazimnya, mereka akan berhati-hati memasuki territory baru, memasuki sempadan perairan yang baru. Mereka lebih meletakkan rasa bimbang lebih tinggi daripada rasional berfikir yang biasa," jelasnya.

Husam Musa mengingatkan, kebimbangan Melayu semakin ketara seandainya diapi-apikan, ataupun dibuat kenyataan yang kurang bijaksana. Beliau meneruskan, seandainya kebimbangan Melayu gagal dileraikan, maka PRU akan datang mungkin berakhir dengan ketidakseimbangan dalam Pakatan Rakyat, iaitu kerusi bukan Melayu yang terlalu banyak.

Beliau mengambil contoh pilihan raya negeri Sarawak yang berakhir pada April 2011 sebagai indikator terbaru untuk politik negara kita. Keputusan PRN Sarawak memperlihatkan peningkatan sokongan Cina terhadap Pakatan Rakyat sebanyak 15.8% kepada 75.4%, sementara penurunan 4.6% dari kalangan Melayu dan peningkatan 6.3% daripada Bidayuh dan Kadazan. Seandainya pola ini menular kepada negeri-negeri seperti Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan sebagainya, maka PR mampu meraih lebihan 27 kerusi, selain 82 yang dimenangi ketika PRU ke-12 - membawa jumlah kepada 109 kerusi, tiga kerusi lagi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Untuk beliau, PAS kini memikul tugas untuk mendapatkan semaksimum kerusi Melayu yang mungkin, supaya membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang stabil dan seimbang, untuk perubahan politik yang mantap.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11958

PRU 13: PKR bertekad tanding 97 kerusi parlimen

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/19/pru-13-pkr-bertekad-tanding-97-kerusi-parlimen/

PAS-60 PKR-97 DAP- 65 = 222 KERUSI

Gugur Pemusatan Kuasa Di Tangan PM, Peguam Negara


Ucapan dan pandangan Ku Li sangat baik untuk kerajaan (sekarang dan akan datang) untuk memikirkannya secara serius, sebarang penolakan atas apa jua alasan bukanlah 'jawapan terbaik' buat masa ini.

Cuma kuasa di mana dan apa yang perlu dikurangkan serta kaedahnya itu wajar diperhalusi dan diperbahaskan dan tempat yang paling sesuai ialah di parlimen sebagai tempat terakhir pemutus kata.

Secara tidak langsung pemusatan kuasa PM dan Peguam negara wajar dikembalikan ke Parlimen setakat mana yang difikirkan perlu.
Sebelum itu wajar dijadikan diskusi ilmiah di peringkat universiti begitu juga dengan pengterlibatan Majlis Raja2 Melayu, Majlis Peguam dan lain lain NGO, secara menyeluruh.

Ia bukan sahaja pembubaran, pindaan atau penyesuaian pemusatan kuasa PM dan Peguam Negara sahaja tetapi meliputi lain lain perkara pentadbiran dan pengurusan hingga membawa kepada penubuhan sebuah Jawatankuasa yang sehampir bentuk dengan Kongress seperti di Amerika.

Matlamat sebenarnya bukan sahaja mengurangkan pemusatan kuasa PM atau Peguam Negara untuk mengurangi isu rasuah, seleweng atau kroni tetapi juga mengurangkan kroni, rasuah, kepentingan peribadi kepada siapa sahaja kuasa itu diserahkan.

Lebih penting siapa sahaja yang pegang kuasa itu pula tidak mudah dan tidak ada jalan untuk pihak lain mempengaruhi.
Bagaimanapun PM yang dipilih oleh pelbagai proses wajar diberi kuasa PM yang sewajarnya untuk mentadbir negara dan badan2 lain yang diberi kuasa lebih kepada pemantauan yang berkuasa eksekutif.

Pengurangan kuasa PM dan Peguam Negara tidaklah menjamin tidak akan ada masalah2 lain yang akan timbul dan negara tidak juga memerlukan terlalu banyak nakhoda.

Saturday, June 18, 2011

Mesti Tonton drama 24hb Jun

Kj tidak gentar pada Hisham untuk demo 9hb Jul tetapi gentar pada Anwar 24hb Jun , apa agenda? apa drama? apa hubungan?..berapa banyak lagi talian hayat yang mahu KJ hulurkan pada anwar? dalam bahasa lembutnya apakah KJ jadi balaci anwar selama ini? pengintip anwar dalam UMNO?

Kj, tolong buka topeng sebenar kamu!!!! Jadilah anak jantan...

Apakah krtikan KJ kepada anwar selama ini hanya pura2..



ramli yusuff asset declare case 120310 muhammad shafee abdullahPihak-pihak dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menimbangkan kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah. Peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) memberitahu pemberita, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad telah meminta pihak-pihak berkenaan berbuat demikian semasa berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan di dalam kamarnya hari ini. Khairy turut diwakili peguam Sarah Abishegam manakala Anwar diwakili peguam Mohd Haijan Omar. Muhammad Shafee berkata beliau akan berbincang dengan Khairy mengenai sama ada anak guamnya itu bersetuju dengan penyelesaian itu. Mahkamah menetapkan 24 Jun bagi pengurusan kes bagi mereka memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan mereka.

Jangan ulang perangai monyet di Parlimen..


Empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Karpal , Azmin dan Sivarasa kembali ke parlimen selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO.

Rakyat berharap mereka dapat menggunakan kepala hotak dan bukannya kepala lutut dalam menangani apa jua isu dalam apa jua perbahasan dan hujah dalam menunaikan amanah rakyat untuk 'menentang' kemungkaran' kerajaan jika ada dan 'menyokong' mana mana projek dan program yang menguntungkan rakyat.

Penentangan perlu dibuat dengan ikhlas tanpa mempolitikkan untuk kepentingan parti mereka, diri mereka sebaliknya demi rakyat sahaja dan semata mata.

Penentangan perlu dibuat dengan beradab, beretika, bijaksana dalam hujah yang bernas, mematahkan hujah kerajaan dengan fakta dan bukannya emosi terpekik terlolong, maki hamun dan sengaja di ada adakan untuk mencari alasan 'ditendang' keluar dari parlimen sekali lagi semata mata untuk publisiti yang terlalu jijik dan murah.

Semua ahli Ahli Parlimen bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua rakyat dan bukannya kepada segelintir ahli atau penyokong mereka serta bukan untuk sesuatu kaum sahaja melainkan atas apa yang termaktub dalam perlembagaan.

Parlimen bukan pentas publisiti dan gila glamour, bukan juga sarkas atau zoo, bukan juga tempat pelacuran atau kelab gay, tidak juga tempat putar belit dan putar alam.


# Bukan nak tunjuk pandai, sekadar peringatan kerana kadangkala mereka asyik dan terbawa bawa dengan politik parti dan peribadi hingga lupa rakyat

DAP menghampiri matlamat..





PULAU PINANG 17 Jun - Kerajaan DAP Pulau Pinang akur dengan keputusan supaya 'pilihan raya masjid' yang sepatutnya diadakan buat pertama kali di negeri ini esok ditangguhkan.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, berikutan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perkara itu, maka proses pemilihan tersebut ditangguhkan.

"Saya selaku Exco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diberitahu melalui telefon oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria bahawa hasil daripada satu pertemuan yang diadakan di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ditangguhkan buat sementara waktu.

..............


DAP hampir mencapai matlamatnya, cubaan demi cubaan dibuat untuk menggugat perpaduan Melayu dan Islam dalam pelbagai kaedah. Kejayaan terbesar setakat ini ialah memesongkan PAS dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan.


Pilihanraya Masjid walaupun sekali imbas ia ditangguhkan atas perintah DYMM Yang di Pertuan Agong tetapi ia tidak dibantah seratus peratus oleh orang Islam Pulau Pinang, cubaan halus ini berjaya menampakkan keregangan antara Sultan dan Orang Melayu Islam, apatah lagi orang Melayu Islam Pulau Pinang tidak biasa dengan kesetiaan kepada Sultan kerana mereka tidak pernah bersultan dan beraja.


Di hari hari mendatang, lihatlah apa lagi kapir laknatullah ini akan buat untuk terus memecahkan lagi Melayu dan Islam???
Mereka PASti berjaya selagi ada manusia Melayu dan Islam yang tidak insaf dan peka kepada niat jahat ini.

PAS akan menjadi alat dan agen untuk DAP bagi matlamat ini.

Demo BERSIH kepada NO TO ASTRO




9hb Julai, tukar demo BERSIH kepada NO TO ASTRO - demo untuk kebaikan semua tanpa kepentingan sesuatu parti politik atau kaum.

Bagi yang masih dalam perjanjian, pembatalan akan dikenakan charge RM500 - bagaimana nak boikot???

Astro Diberi 7 Hari Atau Hadapi Boikot

    June 17, 2011

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan rungutan pelanggan dalam tempoh tujuh hari atau hadapi tindakan boikot!

Itu amaran dua persatuan pengguna berpengaruh di negara ini iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) terhadap Astro di atas apa yang dianggap sebagai ‘keangkuhan’ syarikat televisyen berbayar tersebut yang bertindak sesuka hati mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan mereka.

Bahkan amaran pemboikotan itu juga diberikan kepada syarikat yang mengiklankan produk barangan mereka di stesen berkenaan.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

” Astro bukan saja memonopoli pasaran stesen berbayar, bahkan sudah mula mengambil iklan sedangkan peraturan tidak membenarkannya berbuat demikian dan sekarang sesuka hati nak kenakan bayaran tambahan pada pengguna tanpa membincangkannya dengan pihak berwajib.

” Ini bagi kami satu bentuk keangkuhan, sehinggakan nak buat penyambungan perkhidmatan pun pelanggan dikenakan caj RM20, bukan perlu pakai spanar pun.

” Untuk makluman, mereka juga ada badan penapisan sendiri, siapa mereka (Astro) sebenarnya yang nampaknya mempunyai ‘kekebalan’ untuk membuat apa saja yang mereka suka?,” tegasnya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Turut hadir Presiden dan penasihat undang-undang Cassa, Datuk Dr. Jacob George.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mengulas mengenai tindakan boikot itu, Dr Jacob berkata, pihak Astro tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana pengguna mempunyai hak yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

” Saya sendiri sudah sudah ke Parlimen dan menyuarakan kebimbangan serta keresahan kami kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan harapan ia akan dibincangkan dalam sesi Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.

” Cassa menerima ratusan aduan daripada pengguna mengenai Astro dan kami tidak boleh berdiam diri begitu saja.

” Ingat, kami bagi masa tujuh hari atau kami akan memboikot Astro, bukan saja pada stesen televisyen itu tetapi juga pada mereka yang mengiklankan barangan di situ,” katanya. – SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Nik macam budok2...




KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Abdul Aziz serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri berkuatkuasa serta-merta - surat rasmi belum keluar.

1. Kenapa haram sikit2, sekerat2 dan tertentu sahaja, kenapa tidak menyeluruh???

2. Apakah haram itu sama dengan haramnya menonton video seks

3. Bolehkah benda yang halal diharamkan atas dasar emosi, suka dan tidak suka Nik Aziz?

4. Bolehkah halal atau haram sesuatu itu terpilih pilih?

5. Kenapa tidak diharamkan penjualannya seluruh Kelantan?

6. Kenapa tidak diharamkan kepada seluruh ahli PAS seMalaysia?

7. Kenapa tidak diharamkan di Kelantan, PP dan Selangor?

8. Kenapa tidak haramkan kepada semua ahli pembangkang?

9. Dan paling penting, apakah Utusan juga diharamkan untuk Nik Aziz membacanya? atau dia sedang sorok2 dengan tekun menatapnya terutama untuk membaca ulasan samada boikotnya itu akan di ulas atau tidak oleh Utusan.

10. Kalau ada pihak yang melanggar arahan Nik aziz, apakah dikira dosa? dan adakah Malaikat kiri dan kanan juga akan ikut arahan Nik Aziz dan mencatatkan 'dosa' pada sipelakunya?

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...