Sunday, June 19, 2011

Gugur Pemusatan Kuasa Di Tangan PM, Peguam Negara


Ucapan dan pandangan Ku Li sangat baik untuk kerajaan (sekarang dan akan datang) untuk memikirkannya secara serius, sebarang penolakan atas apa jua alasan bukanlah 'jawapan terbaik' buat masa ini.

Cuma kuasa di mana dan apa yang perlu dikurangkan serta kaedahnya itu wajar diperhalusi dan diperbahaskan dan tempat yang paling sesuai ialah di parlimen sebagai tempat terakhir pemutus kata.

Secara tidak langsung pemusatan kuasa PM dan Peguam negara wajar dikembalikan ke Parlimen setakat mana yang difikirkan perlu.
Sebelum itu wajar dijadikan diskusi ilmiah di peringkat universiti begitu juga dengan pengterlibatan Majlis Raja2 Melayu, Majlis Peguam dan lain lain NGO, secara menyeluruh.

Ia bukan sahaja pembubaran, pindaan atau penyesuaian pemusatan kuasa PM dan Peguam Negara sahaja tetapi meliputi lain lain perkara pentadbiran dan pengurusan hingga membawa kepada penubuhan sebuah Jawatankuasa yang sehampir bentuk dengan Kongress seperti di Amerika.

Matlamat sebenarnya bukan sahaja mengurangkan pemusatan kuasa PM atau Peguam Negara untuk mengurangi isu rasuah, seleweng atau kroni tetapi juga mengurangkan kroni, rasuah, kepentingan peribadi kepada siapa sahaja kuasa itu diserahkan.

Lebih penting siapa sahaja yang pegang kuasa itu pula tidak mudah dan tidak ada jalan untuk pihak lain mempengaruhi.
Bagaimanapun PM yang dipilih oleh pelbagai proses wajar diberi kuasa PM yang sewajarnya untuk mentadbir negara dan badan2 lain yang diberi kuasa lebih kepada pemantauan yang berkuasa eksekutif.

Pengurangan kuasa PM dan Peguam Negara tidaklah menjamin tidak akan ada masalah2 lain yang akan timbul dan negara tidak juga memerlukan terlalu banyak nakhoda.

2 comments:

  1. Adakah ini lagi satu usaha untuk menjatuhkan Najib.?

    ReplyDelete
  2. UMNO kena bijak mematahkan serangan dan cubaan sebegini dengan menghalakannya semula kepada pembangkang.

    Pembangkang yang cuba gunakan ucapan Ku Li untuk menghentam "kerajaan' sekarang sebenarnya satu gambaran dalaman bahawa mereka sedar perjalanan mereka ke Putrajaya hanyalah impian tipis.

    Anwar dan pembangkang sama sekali akan menolak 'cadangan Ku Li' jika mereka begitu yakin akan ke Putrajaya. Tak mungkin Anwar akan serahkan kuasa PM kepada pihak lain sedangkan kuasa itulah yang 'digilakan'nya selama ini.

    ReplyDelete

6ANGKA