Friday, July 8, 2011

Betina tua bergerak ke stadium sekarang...

Siapa di belakangnya? MAT SABU?


TAK SEMPAT SAMPAI DAH KENA CEKUP.....

09/07/2011 3:05pm

KUALA LUMPUR 9 Julai – Penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis di KL Sentral di sini hari ini.
Mereka ditahan semasa bersama para penyokong Bersih merempuh benteng polis pukul 2.20 petang.
Turut ditahan sebelum itu, Maria Chin, Mohamad Sabu, Tian Chua, R. Sivarasa dan Ngeh Koh Ham. – Utusan

Lokasi betina tua bersembunyi sudah dikenalpasti....

Tanpa solekan - saya masih di rumah masak curry, awak orang melayu bodoh pergi demo dulu, nanti petang saya mari juga...

Kalau sudah terhimpun-carilah dalang...

Dah penat kita berpesan, merayu dan meminta Melayu2 dalam PAS, UMNO, PKR, NGO untuk menggunakan 'akal' supaya tidak berhimpun, tetapi andainya itu sudah takdir dan tertulis, kita harap mereka tidak menjadikan sasaran sesama mereka.

Sasaran mereka sepatutnya mencari dalang, batu api, pengkhianat mewarisi pengganas yang sebenarnya. Bukan susah sangat untuk dikenalpasti mereka ini.

# Bagaimana pula situasi di luar Kuala Lumpur termasuk di seluruh negara, apakah akan terjangkit dengan kuman kotor atau rakyat akan terus hidup seperti biasa tanpa sensitiviti perkauman?!

6hb dan 7hb saya di Kelantan - rata2 ahli PAS percaya senjata api dan bom buatan sendiri seperti yang dipaparkan di media massa adalah provokasi polis sahaja. Inilah mentaliti robot ciptaan Nik Aziz dan Anwar yang berjaya meresap dalam pemikiran ahli PAS.  Mereka menolak kebenaran sehinggalah nasi menjadi bubur. Percayalah jika hari ini ada cetusan, UMNO akan dipersalahkan juga...

Mat Sabu - tiada maaf bagimu

Anwar tu memang dah tertulis dalam sejarah dengan dakwat kekal sebagai peliwat, penzina dan perosak bangsa. Nak suruh dia nafi pun dia minta tangguh, nak suruh dia mengaku pun dia minta tangguh - jawapannya berani kerana benar, takut kerana salah.

Tapi ada satu lagi makhluk yang sukar juga untuk dimaafkan, samada b**** atau tak cukup ****, termakan nasi ******** atau dah memang suka jadi kuda tunggangan selamanya - maaflah aku geram sangat.

Sedegil senyanyok Nik Aziz pun, dia pandai melarikan diri jauh2 dalam keadaan yang begitu memerlukannya. Bapa Kebajikan pun pandai menyorok kepala macam kura2. 

Tapi yang sekor ni sanggup jadi pecacai mengajak ribuan ahli PAS dan Melayu untuk berhimpun atas nama BERSIH dan akhirnya akan bertembung pula dengan sebangsa dan seugama. Dia tak sedar ke rakan bangsat dia apa pendirian mereka:

geram pun ada kesian pun ada kat mamat ni, berani tak bertempat... 

Dan yang paling peliknya, dalam ribuan ahli PAS tu, aku tak minta ramai, memadailah kalau ada 'seorang' pun cukuplah untuk bangun dan bersuara kepada Hadi, Ajih, Mat Sabu bahawa mereka telah terpesong...tapi sekor ahli PAS pun tak berani bersuara, demokrasi dalam PAS sudah mati, dayusssss sangatkah mereka ni???

PANAS BERAPI! GUAN ENG ARAHAKAN KAUM CINA JANGAN TURUT SERTA DALAM PERHIMPUNAN ESOK!

Wow, ada satu sms yang sedang beredar (circulate) di kalangan orang-orang Cina dalam bahasa Cina yang telah member Cina aku terjemahkan dan berbunyi seperti berikut:

"Lim Guan Eng telah mengarahkan pihak DAP supaya tidak benarkan ahli Cina DAP terlibat dalam perhimpunan tersebut (Beershit La). Biar melayu gaduh sesama sendiri."

Best kan SMS dia? Akhirnya melayu jugak yang jadi mangsa sebab emo tak kena tempat dan yang paling best sekali bila tanya kenapa nak demo? Mereka pun sebenarnya tak tahu tapi disebabkan ramai yang join so mereka pun join sekaki!

Serius beb, aku sedih melihat bangsa aku menjadi kaldaian kaum DAP!

Biro Kebajikan PAS (dulu dikenali sebagai Dewan Ulama PAS) buat lawak bodoh....

Halalkan perhimpunan haram kemudian dalam perhimpunan haram suruh buat baik...  Umpama suruh pergi merompak tapi jangan rompak apa2..logik ke?
 
8hb Julai 2011 - Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong BERSIH agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan.
Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita , mereka adalah sebenarnya mad’u kita. Para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam.

Ianya ditegah di dalam Islam sekalipun di dalam peperangan. Namun begitu kita tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku , maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi.

Apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan kita.
Bersabarlah kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah s.w.t. Itulah perjuangan para anbia’, sahabat dan ulamak sebelum daripada kita. Dewan Ulamak Pas Pusat juga turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia ini.
Kepada kakitangan keselamatan ! sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah InsyaAllah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini.
Ganjaran pahala pasti akan menunggu anda di hari akhirat nanti. Siiru ‘ala barokatillah ( Teruskan perjalanan perjuangan anda dengan keberkatan Allah)
YB Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

DAP MENGARAHKAN CINA TIDAK SERTAI RUSUHAN BERSIH!!? APA CERITA!!?

Ramai pemimpin pembangkang termasuk Ambniga dan Anwar terutamanya sangat2 berharap ditahan di bawah ISA untuk kembali melonjak popular sekaligus menjadi hero rakyat dalam isu BERSIH. Penangkapan akan mendatangkan simpati dalam negara dan internasional dan kerajaan dianggap pengecut, diskriminasi, diktator dan tidak demokrasi. 

Penangkapan juga dapat menghilangkan rasa malu dan menyelamatkan ego mereka kerana BERSIH tidak menepati sasaran seperti perancangan malah mendapat tentangan majoriti rakyat dan polis tidak mudah terpedaya dan tunduk dengan strategi dan taktik mereka.

Besok akan ada pemimpin pembangkang yang sengaja menyerah diri kepada polis untuk diberkas, kemudiannya akan meronta ronta macam babi terjerat seolah olah dipukul polis sebaik sahaja lensa kamera wartawan upahan memberi fokus . Akan keluarlah pula esoknya di dada internet dan akhbar mother tounge dajjal mereka kononnya polis melakukan kekerasan, inilah perangai bangsat yang selalu mereka pamirkan.


Kegagalan Ambiga menyerahkan memeorandum semasa bertemu SPB menyerlahkan lagi mereka sebenarnya penipu dan pembohong no.1. BERSIH mempunyai agenda yang lebih jauh dari itu apabila bunga2 rakyat sudah semakin kurang menyokong mereka terutama keputusan terakhir pilihanraya kecil jika dijadikan kayu ukuran. Malah mereka sedar manifesto mereka juga gagal dan mengecewakan rakyat.


Pembangkang sekadar mahu menyelamatkan Anwar sebelum pilihanraya untuk meraih simpati melalui undi untuk ke Putrajaya tetapi Anwar jugalah mereka akan 'korbankan' sebaik sahaja pilihanraya tamat. 

Ahmad Sabu digunakan untuk memancing Melayu untuk keluar menyokong dan Ambiga untuk memancing kaum India keluar menyokong BERSIH, tetapi bagaimana dengan kaum cina?  Mereka sekadar lebih menjadi pemerhati dan hanya muncul jika di saat kemenangan. Penangkapan pemimpin cina sebelum ini sekadar sandiwara - mereka lebih rela ditangkap dari dirempuh pada hari esok.

Anwar sudah ada pengganti Azizah??!!..ohh azizah...

Perkembangan politik semasa dan cabaran2nya terutama menjelang pilihanraya umum sebelum 2013 menunjukkan Azizah sebagai Presiden PKR dilihat tidak mampu mengemudinya, tidak bernafsu dan tidak menghidupkan suasana PKR untuk menjadi parti yang lebih kedepan, lebih baik dari DAP dan PAS.

Azizah makin tidak bernafsu dengan perkembangan suami tersayangnya yang kini berdepan dan dilihat makin menghampiri 'kekalahan' untuk berulang kalinya. Anwar sendiri walaupun nafsunya tinggi untuk terus mara ke Putrajaya tetapi tersekat kerana kaki ditambat rantai besi, muka sudah tak tahu nak letak di mana kerana vedio yang 'lelaki' menyerupainya berselerak sehingga budak tadika pun dah boleh tonton. Trio T sudah terhukum di mahkamah dengan fakta vedio itu tulen. Kini masa sahaja menunggu Anwar untuk diseret ke mahkamah untuk membuat pengakuan samada lelaki itu tulen atau tidak.

Berbalik kepada Azizah yang tidak bernafsu,  dan kita melihatnya pun tidak ada nafsu,  untuk meminpin PKR sewajarnya dia berundur untuk memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk memimpin.
Anwar sudah lama memberi signal kepada Azizah untuk berundur kerana calon yang sesuai sudah ada, Anwar sudah test, sudah cuba, sudah uji, memang ada perbezaan dan hari ini makin terserlah.

Ambiga satu satunya calon yang Answar rasa paling cocok, paling berperisa, paling tahan lama, paling liat dan mempunyai ciri2 ketahanan yang luar biasa dan mempunyai nafsu juang yang sangat tinggi, malah mungkin Anwar sendiri sudah terasa betapa hebatnya nafsu Ambiga melebihi dirinya sekarang.

Dalam sekelip mata Ambiga jadi hebat dan terkenal, paling cepat mengadap SPB dan dapat pula berulang kali jumpa KPN malah dapat juga menarik perhatian dan selera Najib. Anwar mungkin sedikit terasa hati dan cemburu kalau wanita yang hebat itu terus dapat perhatian dan manatau disambar pula oleh MIC dengan pengaruh romantik Samy Vellu yang sudah lama simpan kuku.

Dengan jangkaan apa yang akan berlaku kepada Anwar dengan sendirinya akan melemahkan Azizah maka Ambiga dilihat satu2nya pemimpin yang boleh menerajui PKR jika mahu parti itu tidak terus terkubur bersama nasib Anwar.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...