Monday, October 22, 2012

Silapnya kerana ia bukan sekolah cina...DAP mungkin boleh bantu !



lebih 8 tahun menunggu...
Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih, Abu Talib Ismail berkata, kelewatan pembinaan sekolah itu menyebabkan lebih 2,000 pelajar dari perumahan berkenaan bersekolah di sekolah berhampiran.
“Murid dari perumahan ini terpaksa menumpang di sekolah lain seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Rinching, SK Semenyih dan SK Bandar Tasik Kesuma menyebabkan bilik sekolah terbabit sesak kerana bilangan murid yang terlalu ramai.
“Terdapat tapak sekolah seluas 5.2 hektar di taman perumahan kami tetapi malangnya ia belum dibina hingga kini. Oleh itu kami mohon jasa baik kerajaan untuk membina sekolah rendah di tapak ini,” katanya
SEMENYIH, 22 Okt. – Kira-kira 5,000 penduduk Taman Pelangi Semenyih di sini menggesa kerajaan menyegerakan pembinaan bangunan sekolah rendah di kawasan itu yang tertangguh sejak lapan tahun lalu

Sunday, October 21, 2012

Setakat mana Nik Aziz nak tiru Mahathir


KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46

Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.
Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga./SinarHarian


Setuju sangat kalau UMNO dan PAS atau PAS dan UMNO bersatu tetapi kedua duanya mesti bubar jika saling mahu berbaik. Kalau UMNO sahaja mahu berbaik dengan PAS dan PAS rasa dia lebih baik dari UMNO - susah juga kalau bersikap demikian.

Islam memang menjamin manusia bukan sekadar ke pintu syurga tapi masuk dan tinggal dalam syurga selamanya... dan jaminan itu bukan dari PAS atau dari jaminan mulut Nik Aziz

Dan jika Nik Aziz betul betul ikhlas dan nak tiru Mahathir - Nik aziz perlu letak jawatan seperti Mahathir letak jawatan - itu yang dijanjikan Nik Aziz yang belum ditunaikan - Kalau lafaz tapi mungkir janji itu dah tergolong dalam golongan mana ?

Saturday, October 20, 2012

chua soi lek berbohong untuk siapa !

kenyataan chua soi lek
makin ramai orang cina takut hudud dilaksanakan jika pembangkang memerintah
dap menipu dengan menyatakan hudud tidak akan dilaksanakan
mca pasti semakin ramai orang cina akan mengundi bn

dari 3 kenyataan di atas hanya yang ketiga sahaja tidak benar kerana perkembangan terkini
orang cina telah menetapkan untuk mempertaruh nasib dng menyokong pembangkang keana lebih banyak baik dari tidak baik dan paling utama melayu tidak lagi dominan dlm pembangkang
mereka lebih percaya dap dari mca
mereka percaya dap mampu menghalang, mengawal dan menunduk pas dari cuba melaksanakan hudud
walaupun najib dan muhyiddin berjanji untu memberi lebih banyak pengiktirafan dan kemudahan kepada sekolah cina mereka yakin pembangkang diketuai dap akan memberi lebih jika berkuasa

apa beza umno dan pas - penyokong pun tongong

pas perlukan dap - nik aziz
dap kata no to hudud - ok kata pas
sekolah cina makin diiktiraf - najib
mca kata no to hudud - najib no komen

jadi kedua dua penyokong jangan nak mengada ngada, kedua dua pemimpin anda sorang tu sangatlah ulama dan sorang tu sangatlah melayu tapi kedua duanya tongong

Friday, October 19, 2012

Politik dihentikan sementara antara jam 8.00mlm-11.00mlm ini..





RAMALAN GUE KELANTAN KALAH 4-2...
KENAPA? 
ATM mengidam tahap gaban !


SELINGAN

 Adakah perlu kelantan tewas untuk memastikan Anuar Musa tidak berterusan disanjung dan boleh mempengaruhi undi di Kelantan...uikksss politik lagi !!!


Tidakkah terlintas di hati Nik Aziz untuk menghadiahkan hidayah kepada Apek untuk menutup auratnya sebagaimana yang ditetapkan oleh ajaran Rasulullah SAW?

Nampaknya Nik Aziz sendiri terlupa tanggungjawabnya. Nasihat saya, memandangkan Nik Aziz selalu uzur keluar masuk hospital dan belum lagi meninggal dunia, tolong pastikan skuad bola sepak Kelantan menutup aurat!

Takkanlah perkara semudah itu pun Nik Aziz tak boleh buat, kan? 
P/S: Nak salahkan UMNO lagi kot, kan Anuar Musa Presidennya !

Sumber: Mykmu.net
P/S: KALAU ADA KEPENTINGAN POLITIK DAN UNDI SEPERTI ISU HUDUD-BARULAH POK NIK SIANG MALAM MERACAU

AES
Penyokong Kelantan kena beringat samada Kelantan menang atau kalah mereka bakal menerima saman dari JPJ/AES kerana keghairahan dalam memandu kenderaan semasa di ibu kota. 
UMNO yg akan dipersalahkan. Najib nak biarkan persepsi itu ke?

UMNO dan PAS - jadilah seperti Melayu Pulau Pinang - aku bangga !

bagi para pengalisa sains politik malaysia di luar sana tolong nyatakan bagaimana porla politik malaysia jika pru13 terhasil dengan semua kaum hanya mengundi calon dari kaumnya sendiri...

apakah melayu masih mendominan? umno atau pas? atau gabungan parti india + cina akan menjadi majoriti dua pertiga...

atau sewajarnya semua parti berlandaskan satu ugama atau satu bangsa sahaja wajar dibubar...kekalkan parti gerakan dan pkr sahaja..sistem dua parti-

pembubaran umno dan pas mungkin boleh memuaskan hati masing2 walaupun perjuangan belum selesai---
teruslah jadi melayu seperti melayu di pulau pinang...samada bn atau dap memerintah - melayu tetap melukut melutut.

Thursday, October 18, 2012

Nik Aziz pukul Nasha sindir Husam...

Nik Aziz kata Nasha "lidah panjang" apabila Nasha mempertikaikan sebuah parti (yang tidak disebut) memberi keutamaan melampau kepada kuasa (sehingga mahu menumpang undian kapir lebih dari tawakkal kepada Allah s.w.a) dari keutamaan sebenar iaitu Islam.  


husam juga cuba .panjang tangan. bila memasukkan royalti minyak (sesuatu yg bukan hak kelantan dan mengganggu urusan mahkamah yg belum membuat keputusan) di dalam pembentangan budget kelantan baru2 ini

Dalam masa yang sama Husam pula menyatakan DAP lebih baik dari UMNO kerana DAP pernah membantah akta darurat ke atas Kelantan pada suatu masa ketika dulu.

Hanya yang kuat menjilat perlukan lidah panjang !!!!






Dan apa gelaran pula yang bakal diterima oleh Dr. Nik Mazian Mohamed selepas ni kerana senada dengan Dr Hassan Ali dan akar umbi ??


Mereka ni betul2 tak kesian pada pok nik yang semakin celaru...





Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...