Tuesday, April 23, 2013

pas perlu beralah - haron din

sudahkah rakyat malaysia bersedia untuk meraikan perdana menteri porno pertama di malaysia selepas 5hb mei

inikalilah...

Monday, April 22, 2013

Kalau lee kuan yew digantikan monyet pun singapura boleh maju ?!


Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka..

Lee Kuan Yew sekarang tentulah berpuas hati dengan kejayaannya membina Singapura. Beliau dikatakan telah membangunkan ekonomi negara itu sehingga menjadi negara maju.

2. Sebenarnya, ini bukanlah kejayaan beliau. Singapura memang telah lama dibangunkan oleh British sejak sebelum merdeka lagi. Selain menjadi pusat kegiatan ekonomi yang pesat, Singapura merupakan pelabuhan utama Asia Tenggara yang mempunyai kedudukan strategik.

3. Aktiviti pelabuhan telah banyak membantu Singapura dalam ekonominya. Apabila kerajaan Malaysia membina Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor untuk merancakkan ekonomi Malaysia, Singapura terasa terancam. Aktiviti pelabuhan yang sekian lama menjadi tunggak ekonomi Singapura sedikit sebanyak telah terjejas.


4. Kejayaan Lee Kuan Yew yang sebenar ialah menyumbangkan satu wilayah Melayu yang penuh dengan aktiviti ekonomi dan pelabuhan kepada orang Cina. Orang Cina di Singapura patut berterima kasih kerana mereka dapat mengecapi kekayaan wilayah tersebut tanpa berkongsi dengan orang Melayu di tanah besar Semenanjung.


5. Orang Cina di Pulau Pinang pula patut berterima kasih sekiranya pemimpin Cina di situ dapat membawa keluar Pulau Pinang daripada Malaysia. Mereka tidak perlu berkongsi kekayaan wilayah itu dengan orang di tanah besar semenanjung. Pulau Pinang kaya dengan aktiviti pelancongan, perindustrian and pelabuhan.


6. Tiada apa yang sebenarnya dikhuatiri Lee Kuan Yew terhadap Malaysia. Beliau selesa dengan kepimpinan UMNO yang kini mudah beralah. Sewaktu zaman Tunku Abdul Rahman dahulu, sikap beralah pemimpin tersebut telah disalah-gunakan untuk menakluk seluas mungkin Semenanjung Malaysia. Ada yang mengatakan pada ketika itu Lee Kuan Yew berhasrat membahagi dua tanah semenanjung dengan menguasai bahagian selatannya.

7. Pilihan Raya Umum Malaysia akan diadakan tidak lama lagi. Walaupun selesa dengan sikap tolak ansur pemimpin Malaysia yang diterajui oleh UMNO sekarang, Lee Kuan Yew mungkin inginkan kerajaan campuran di Malaysia.

8. Pentadbiran kerajaan campuran secara umumnya akan memperlahankan agenda pembangunan ekonomi negara. Ini kerana banyak perbalahan akan timbul terhadap sesuatu program yang hendak dilaksanakan. Dengan kelembapan ini, Malaysia tidak akan menjadi ancaman kepada ekonomi Singapura.

9. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa beliau cuba muncul dalam senario politik Malaysia kebelakangan ini.


10. Usaha licik Lee Kuan Yew untuk mempengaruhi pilihan raya umum negara ini patut dibendung. Mungkin pembinaan jambatan bengok yang menggantikan separuh tambak Johor akan mengalihkan tumpuan beliau.

11. Keputusan beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini menunjukkan bahawa kebanyakan pengundi Cina tidak menyokong Barisan Nasional. Bayangkanlah sekiranya pada pilihan raya umum akan datang, ramai pengundi Cina tidak menyokong Barisan Nasional. Bandar-bandar besar yang pesat dengan kegiatan ekonomi akan dikuasai pembangkang.

12. Hasil-hasil cukai dan sebagainya tidak lagi boleh ditadbir oleh Barisan Nasional yang mungkin masih lagi kekal sebagai kerajaan pusat. Inilah yang menjadi kebimbangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

13. Untuk meraih undi masyarakat Cina dan juga India, pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa beralah dan bertolak-ansur. Tanpa disedari, tindakan mereka telah mengguris perasaan orang Melayu.

14. Orang Melayu perlu sedar bahawa walaupun mereka merupakan penduduk majoriti negara ini, mereka kebanyakannya tinggal di kampung-kampung. Tidak banyak hasil cukai yang kerajaan peroleh dari kampung-kampung. Sebaliknya, hasil cukai banyak dikutip di bandar-bandar besar.

15. Mereka perlu menerima hakikat bahawa dalam hal ini suara orang bandar lebih diutamakan walaupun ramai orang bandar hanyalah penduduk minoriti negara ini.

Thursday, 18 October 2012

Kluangdiamond: Kalau monyet gantikan lee kuan yew pun singapura boleh maju ?!

kritikal: anwar kena penyakit berjangkit

kalau sebelum ini pas tersohor dng pungut derma tempurung ketika pemimpin mereka berceramah, kini anwar pula dlm email kpd rakyat rayu derma rm222 untuk projek rebut 222 pkerusi parlimen

ketika bn hulur pelbagai bantuan tunai kpd rakyat - pas, dap dan pkr minta derma.

bagaimana mereka ini mahu berkebajikan dan membela rakyat selepas berkuasa sdg pada peringkat ini, di awalan sudah cuba mengikis rakyat. kalau derma satu cara untuk berpura mereka miskin wang untuk berkempen - drama tu hanya boleh beli dan perbodohkan penyokong mereka sendiri yg terkenal taksub.

belum berkuasa - minta derma
sudah berkuasa - paksa rakyat bayar
betul ke? jom lah sokong mereka....

ini satu lagi contoh:


SABAK BERNAM 22 April - Rakyat yang menghadiri majlis minum petang bersama Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PKR Parlimen Sabak Bernam, Dr. Aziz Bari di sini dikenakan bayaran sebanyak RM20.

Mana-mana individu yang hadir ke majlis yang diadakan di perkarangan Pusat Belian Padi Pukal Parit 3 Banat di Kampung Sungai Air Tawar di sini tetapi tidak membayar tiket tidak dibenarkan masuk.

Penyokong parti pembangkang yang kurang senang dengan syarat bayaran RM20 tersebut terpaksa berdiri di tepi jalan meskipun ada dalam kalangan mereka terpaksa menyelinap masuk tanpa membuat pembayaran.

Pihak media yang hadir untuk membuat liputan majlis itu turut tidak dibenarkan masuk selagi tidak membeli tiket yang dijual dengan alasan duit itu untuk disalurkan ke pada tabung jentera PKR di Sabak Bernam bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130422/px_134/PRU-13-Hendak-minum-petang-bersama-Anwar-Aziz-Bari-kena-bayar-RM20#ixzz2RCsliier
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, April 21, 2013

inikalilah atau lainkalilah...

ini kali lah saya memang bersungguh-sungguh nak sokong pembangkang kerana teruja dng kesempurnaan dan idealnya setiap pemimpin mereka. akhlak terpuji, tak ada auta semuanya fakta, bersih dari kroni, anak beranak mahupun pilih kasih.

bagaimanapun keterujaan itu tidak mencukupi sebab mengetahui kelemahan seseorang pemimpin itu juga penting untuk menilai sejauh mana keburukan, kekurangan mereka itu samada mempengaruhi dan mencacatkan perjalanan parti dan kerajaan jika terpilih kelak.

bagi saya kelemahan najib - persepsinya dia kena queen control

bagaimana dengan
nik aziz
karpal
lim guan eng
hadi awang
lim kit siang
azmin
anwar

anda bantulah saya nyatakan kekurangan mereka, minta maaf saya tak nampakpun sebarang kelemahan mereka untuk mentadbir negara kita.

pkr di kelantan hebat....nik aziz is 'nothing' selepas pru

4 calon parlimen dan 3 calon dun dari pkr di kelantan menunjukkan pas bukanlah kebal kerana masih ramai yg memilih untuk jadi ahli pkr selain umno.

petanda juga golongan pemimpin di kalangan pas semakin tandus dan ahli pas dipaksa untuk menyokong calon pkr. bagaimana pkr boleh ujud di kelantan kalau bukan pas yg memberi laluan?

calon parlimen pkr juga akan mengecilkan calon parlimen pas di peringkat putrajaya dan akan menjadi kuasa hilang tawar menawar dan sudah tentu bukan dominan kpd pakatan pembangkang lebih2 lagi lebih separuh ahli parlimen pas dibawah pengaruh anwar.

golongan ulama dlm pas risiko tersingkir atau mati suara

kesan pembelotan

25 ahli bn belot berbanding sebagai calon bebas, 2 dari dap - apa petandanya?

bagaimanapun jumlah wakil rakyat dap tidak mempertahankan kerusi sebaliknya lari ke kawasan lain sebagai petanda apa pula?

Friday, April 19, 2013

papa gomo tidak tepati janji - bukan budaya umno

penarikan diri papa gomo untuk berdepan dengan anwar ibrahim di permatang pauh demi memenangkan calon bn sangatlah dangkal untuk menutup kelemahan dan pembohongan kata2nya sendiri.

siapa papa gomo untuk menjadi faktor penting jaminan kemenangan calon bn, berapa undi dia akan sumbangkan? paling banyak 10.

papa gomo yg lebih melabelkan dirinya pro bn, pro umno, anti anwar, anti pembangkang wajar menjauhkan dirinya dari umno - janji tidak ditetapi walau dng apa alasan sekalipun bukan budaya bn dan budaya umno.

papa gomo lebih elok diam.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...