Monday, April 22, 2013

kritikal: anwar kena penyakit berjangkit

kalau sebelum ini pas tersohor dng pungut derma tempurung ketika pemimpin mereka berceramah, kini anwar pula dlm email kpd rakyat rayu derma rm222 untuk projek rebut 222 pkerusi parlimen

ketika bn hulur pelbagai bantuan tunai kpd rakyat - pas, dap dan pkr minta derma.

bagaimana mereka ini mahu berkebajikan dan membela rakyat selepas berkuasa sdg pada peringkat ini, di awalan sudah cuba mengikis rakyat. kalau derma satu cara untuk berpura mereka miskin wang untuk berkempen - drama tu hanya boleh beli dan perbodohkan penyokong mereka sendiri yg terkenal taksub.

belum berkuasa - minta derma
sudah berkuasa - paksa rakyat bayar
betul ke? jom lah sokong mereka....

ini satu lagi contoh:


SABAK BERNAM 22 April - Rakyat yang menghadiri majlis minum petang bersama Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PKR Parlimen Sabak Bernam, Dr. Aziz Bari di sini dikenakan bayaran sebanyak RM20.

Mana-mana individu yang hadir ke majlis yang diadakan di perkarangan Pusat Belian Padi Pukal Parit 3 Banat di Kampung Sungai Air Tawar di sini tetapi tidak membayar tiket tidak dibenarkan masuk.

Penyokong parti pembangkang yang kurang senang dengan syarat bayaran RM20 tersebut terpaksa berdiri di tepi jalan meskipun ada dalam kalangan mereka terpaksa menyelinap masuk tanpa membuat pembayaran.

Pihak media yang hadir untuk membuat liputan majlis itu turut tidak dibenarkan masuk selagi tidak membeli tiket yang dijual dengan alasan duit itu untuk disalurkan ke pada tabung jentera PKR di Sabak Bernam bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130422/px_134/PRU-13-Hendak-minum-petang-bersama-Anwar-Aziz-Bari-kena-bayar-RM20#ixzz2RCsliier
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

3K 2025 - SIAP SEDIA SEBELUM TERLAMBAT

  Acah acah kaya? KEIMANAN fokus pengisian wajib utama adalah  πŸ‘‰Solat 5 Waktu Berjemaah di Masjid   πŸ‘‰Al Quran πŸ‘‰ Sedekah πŸ‘‰ Ilmu Ilmu Busi...