Saturday, September 7, 2013

Harapan yang mustahil... RAHMAN pusingan kedua bermula ( Razaleigh.. A... H... Mukhriz...A... N... )

Ku Li tawarkan diri bertanding Presiden
 ( sampai sekarang tak berani-rani...   )

Tetapi ini sesuatu yang menarik:
 

Ku Li Cabar Menteri, Bekas Menteri Isytihar Harta

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar mewajibkan para menteri dan juga bekas anggota Kabinet mengisytiharkan harta demi menangani rasuah.
"Semua menteri termasuklah saya perlu isytihar harta mereka. Pastikan semuanya isytihar harta mereka.
"Kita tengoklah apa yang kita ada dan tidak ada dan kita bagi rakyat nilai memandangkan kita ini adalah kepunyaan rakyat," katanya.
 http://www.youtube.com/watch?v=t_m3E9lmLZc&feature=player_embedded#t=43



Zahid tawarkan diri bertanding Timbalan Presiden
( kerusi naib presiden hanya sesuai untuk yang auwww.. )

Mukhriz tawarkan diri bertanding Naib Presiden
( Bukan ahli majlis tertinggi - tidak layak untuk bertanding Naib Presiden )

Kj tawarkan diri bertanding Ketua Wanita
( .. tak nampak ciri pemudaan dan kejantanan )

UMNO PERINTAH SUKA MAK BAPAK DIA KE? atau bukan..


Hari ini UMNO perintah ikut suka dia ke atau still jaga hati orang lain?
Besok KALAU KALAU KALAU KALAU kita bagi DAP perintah, adakah dia juga akan sama seperti umno atau berbeza?
Apa yang sama dengan umno dan apa pula yang berbeza dengan umno?

SO, APA YANG UMNO KENA BUAT BUAT HARI INI SELAGI KUASA CIPUT MASIH DI HUJUNG JARI?

selamat pulang ke tanah ayet pejuang cina

masalah jenayah, tembak menembak dah selesai....
lahad datu pun dah aman...
perairan negara dan sempadan semua dah terkawal, lorong tikus, lorong babi semua dah selesai....
negro afrika semua dah kena halau...
pati semua dah ditangkap...
pati yg haram sudah dihalalkan...
perpaduan cina india melayu pun bertaut rapat...
malaysia dah aman selamat...
tak ada lagi hina ugama...semua dah hormat
tak ada lagi hina sultan...semua dah sembah
tak ada lagi hina bendera...semua dah kibarkan...
tanda putera pun semua dah tonton...tak ada sabotaj

elok sangat cin peng dibenarkan balik sebagai pejuang dan diberi penghormatan negara kerana kelak ia akan jadi simbol perpaduan dan boleh diberi anugerah bapa segala bapa...kaum cina akan bertambah setia pada negara, bertambah terima kasih kpd melayu.. kepala mereka akan kecil, tocang mereka turun.

pastinya malaysia bertambah gemilang cemerlang terbilang aman makmur sejahtera dibawah kepimpinan najib - we love pm

# hanya yg busuk hati tidak bersetuju saranan ini.

Melayu tak perlukan UMNO di bandar..





AIDCNews – 05/09/13 – Pengerusi DAP, Karpal Singh menyokong sebarang usaha membawa semula bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.
Karpal dilaporkan FMT berkata Kerajaan Malaysia tidak perlu berkeras dalam pendirian lamanya yang melarang kepulangan Chin Peng ke negara ini.
Beliau berkata begitu ketika mengulas cadangan bekas Timbalan Pengarah cawangan khas, Yuen Yuet Leng yang meminta kerajaan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota PKM yang lain kembali semula ke Malaysia.
“Masanya telah tiba untuk kerajaan menjadi pragmatik dan belas kasihan serta untuk melihat nasib seorang warga emas,” kata Karpal.
Karpal juga percaya bahawa keturunan rakyat Malaysia terbunuh semasa pemberontakan komunis boleh memaafkan kejadian lampau itu.
“Komunis telah meletakkan senjata 24 tahun lalu dan ini adalah sebab yang baik untuk kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng dan rakan-rakannya kembali ke negara ini pada tahun-tahun senja kehidupan mereka,” kata Karpal lagi.
Gesaan Karpal itu pernah dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009.

Thursday, September 5, 2013

mahathir suruh adjust...tak faham lagi ker...

Maaf, aku hanya mampu copy and taste..lebih kepada simpanan rujukan sendiri sebagai satu fakta yang hampir tulin. Maklumat terbaru ini adalah antara ratusan bukti dan keraguan mengesahkan kredibiliti najib memang tahap .......sendiri fikir. camner nak respek..

Jika ahli umno ingin mengekalkannya untuk jawatan Presiden mereka atas dasar sudah tiada yang lebih baik dalam umno dari najib - kita hormati sahaja pendirian itu.

Tetapi itu bukanlah noktah kerana sebagai PM, Najib terbuka kepada tindakbalas rakyat..



Semalam blogger Otai Rocky Bru telah menulis satu entri mengenai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) yang agak panas juga.

Tajuknya saja menunjukkan, sesuatu yang panas di PEMANDU menjadikan para blogger naik angin.

Menurut entri Rocky, pada hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan 20 sen pada harga petrol RON95 iaitu Isnin lepas, beberapa blogger arus perdana dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat media di Kementerian Kewangan.

Para blogger diminta memberikan maklumbalas kepada pihak kementerian berkenaan program rasionalisasi subsidi, pembentangan Bajet 2014 dan juga beberapa polisi.

Blogger yang hadir diminta memberikan maklumbalas berkenaan melalui sesi perbincangan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Selesai taklimat, blogger terus memulakan tugas diamanahkan. Maklumbalas para blogger ialah, langkah rasionalisasi subsidi tidak akan berjaya jika kerajaan berterusan membazirkan wang.


Pegawai Rasmi : Membazir ke atas apa?

Blogger : Saya boleh sertakan senarai 100 perkara ketika ini yang kerajaan sedang membazir wang.

Pegawai Rasmi : Seperti apa?

Blogger : Seperti membayar gaji yang tinggi kepada pakar rujuk atau konsultan yang tidak penting dan tidak diperlukan.


LANCAR SERANGAN KE ATAS PEMANDU

Menurut entri Rocky, PEMANDU kini dipandang sinis oleh para blogger pro-kerajaan. Menurut beliau, beberapa anggota kabinet Najib turut mengesyaki sesuatu ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang diamanahkan untuk memimpin PEMANDU.

Perbandingan pun mula berlaku di antara PEMANDU dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang lebih berkesan di Jabatan Perdana Menteri yang telah berhasil memberikan kesan positif kepada ekonomi negara berbanding membelanjakan jutaan ringgit kepada pakar rujuk.

Rocky turut menampilkan beberapa entri serangan blogger pro-kerajaan kepada PEMANDU ini dan isunya sekali.

Antaranya ialah tulisan Syed Akbar Ali melalui blognya syedoutsidethebox.blogspot.com yang menulis PEMANDU memiliki beberapa orang pegawai yang akan mengagalkan perancangan Najib dalam mentadbir negara.


SENARAI PEGAWAI KANAN DALAM PEMANDU

Entri beliau pada 29 Ogos mengatakan beliau menerima satu email pada awal pagi itu yang disertakan dengan senarai pegawai-pegawai kanan di PEMANDU yang didakwa mentadbir negara dengan kebenaran Perdana Menteri.

Menurut email yang diterimanya, para individu itu masih muda tetapi diberikan jawatan tinggi di PEMANDU dan menurut pengirim email di laman blog Syed Akbar, ada di antara pegawai di PEMANDU juga adalah penyokong BERSIH.

Pengirim email turut memberikan senarai 17 kakitangan PEMANDU dengan sembilan dari mereka berbangsa cina, dua berbangsa India dan Melayu cuma enam orang.

Menurut tulisan entri Syed Akbar, takkan di sebuah jabatan yang sensitif di bawah seliaan Perdana Menteri yang bangsa Melayu menjadikan populasi hampir 60 peratus hanya boleh melantik enam orang Melayu di dalam PEMANDU.

Rocky turut berkongsi entri tulisan blog The Benchmark pada 3 September lepas yang mempersoalkan integriti salah seorang pegawai di dalam PEMANDU.


KONTROVERSI FARAH INTAN BURHANUDDIN?

Individu dimaksudkan ialah Farah Intan Burhanuddin dan jika di PEMANDU beliau memegang jawatan Penganalisis Kanan Unit Pengurusan dan Penyampaian Jabatan Perdana Menteri dan sebelum ini Farah dikatakan bertugas di Zaid Ibrahim & Co.

Menurut The Benchmark, Farah merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau tiba-tiba muncul dan menjawat jawatan penting dalam PEMANDU. Farah menguruskan program berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta memantau PDRM bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Farah jika mahu boleh memanggil semua Ketua Polis Daerah jika beliau mahu bertemu dengan mereka.

The Benchmark menulis, Farah suka berparti dan juga memiliki tabiat meminum arak serta membuat beberapa perjalanan ke luar negara yang dilabel sebagai lawatan kerja cukup dikenali di pejabat dan digelar sebagai ‘Party Queen’ di PEMANDU.



Hubungan Farah dengan beberapa lelaki warga asing menjadikan beliau sasaran kuasa asing dan beliau mungkin akan diugut sehingga terpaksa mendedahkan maklumat sulit negara ke tangan pihak asing.

Farah menurut entri itu adalah satu ancaman keselamatan, gaya hidup mewah serta tabiat minum araknya adalah sesuatu yang tidak sesuai untuk tugasnya di Jabatan Perdana Menteri.

The Benchmark mendesak pihak Najib atas nama kepentingan negara mengugurkan Farah dan juga beberapa nama lain yang didakwa merosakkan PEMANDU daripada terus menjawat jawatan.

Ada lagi beberapa entri yang dilihat mengkritik PEMANDU kerana dikatakan lebih berharap kepada pakar rujuk sehingga terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit sehingga ada satu pakar rujuk ditunjukkan dibayar hampir RM36 juta.

Pihak Jabatan Perdana Menteri dan PEMANDU diminta mengambil perhatian serius ke atas isu ini kerana luahan dan ketidakpuasan hati diluahkan oleh blogger adalah datangnya dari mereka yang pro-kerajaan sendiri.


Sumber Mynewshub.my
 http://kedahkekl.blogspot.com/2013/09/hot-pemandu-najib-mabuk-punca-negara.html

Wednesday, September 4, 2013

Siapa Yang Disyorkan ke Hospital Bahagia mengelakkan tindakan lebih keras..



MUSTAHIL HARGA BARANG TAK NAIK - menteri taik minyak tolong jawab

Semalam, kebetulan aku bergerak dari Johor ke Kota Bharu menggunakan kereta nasional dan ini bukan kali pertama, jadi aku sudah tahu kos petrol yang kena dikeluarkan sebelum kenaikan ron95. Kesimpulannya kesan dari kenaikan 20 sen...aku terpaksa menanggung tambahan kos sebanyak RM40.00 bagi satu perjalanan (690km)

Apakah dengan tambahan RM40.00 tersebut aku tidak perlu menaikkan harga barang? Bukankah aku juga akan terpaksa membayar lebih harga mentah dari pembekal yang juga terpaksa menanggung tambahan kos kesan kenaikan harga petrol ini?

Menteri tolong jawab.

 Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu. Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?

Janganlah jadi cerita: Raja dalam dapur makan roti gula. Suri dalam rumah buat kira-kira. Rakyat luar pagar hidup menderita.
 http://kadirjasin.blogspot.com/

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...