Sunday, October 13, 2013

kenapa jumlah pengundian tidak dimaklumkan

dalam pengundian di pilihanraya umum yg dikendalikan oleh spr, status pengundian spt jumlah undi yang ditrima oleh calon2 termasuk undi rosak akan dimumkan oleh pengurus pilihanraya pada setiap saluran pembuangan undi. ini membolehkan calon, wakil calon dan pengundi mengetahui kedudukan undi yg diperolehi. kertas pengundian dan keputusan undi yg disahkan telah dibawa ke pusat mengundi utama.

di dalam pengundian majlis kerja tertinggi untuk jawatan timbalan pengerusi tetap, naib presiden dan MKT yg akan di adakan pd 19hb ini, umno melalui jawatankuasa pertandingan tidak membenarkan pengetusi tetap bahagian untuk mengumumkan keputusan tersebut.

1. persaolannya kenapa?
2. perwakilan berhak dimaklumkan keputusan pemilihan di bahagian mereka.
3 ahli umno dan calon perlu tahu jumlah undi yg mereka terima
4 mengelakan penipuan di pihak pengurusan pemilihan

walaupun umno tidak menggunakan pendekatan pemenang melalui undi popular tetapi adalah wajar untuk calon yg kalah dan menang mengtahui setakat mana mereka popular dan diterima di akar umbi.

Saturday, October 12, 2013

tiada perubahan-umno terus pekak

undi besar dan sokongan kuat kpd pengekalan ketua pemuda dan ketua wanita memberi pengukuhan kuasa dan sokongan kpd Najib - mereka pula akan kempen besar-besaran dan habis-habisan untuk hisham. semuanya berjalan lancar spt yg dirancang.

hasilnya berapa tambahan sokongan dari org melayu yg kelak diterjemahkan kpd undi yg umno dapat kesan dari pengekalan itu?

orang melayu juga akan memerhati dan menanti pemilihan yg akan dibuat pada muktamar pas sedikit masa lagi - mungkin di sana ada lebih cahaya sekurang-kurangnya secara solid perjuangan PAS ke arah Islam dan kemungkinan besar mereka akan keluar dari pakatan pembangkang.
apapun pas dilihat lebih vokal ketika tidak bersetuju dlm sesuatu perkara berbanding dng umno yang tidak berani 'angkat suara' dengan mca atau mic.

seperti yg dijanjikan, jika umno ego dan sombong untuk berubah, kita walaupun dengan satu dua kuasa undi akan mengubah mereka di pru14 kelak.

lebih baik sokong pas yg jadi barua DAP dalam beberapa perkara dari terus menjadi penyokong pemimpin umno yg mengkhianati perjuangan bangsa dan ugama atas ketuanan harta dan kuasa.

bolehkah umno nafikan bahawa pertandingan sekarang bersih dari politik wang secara terbuka dan begitu mudah dan bebas sehingga sebati menjadi budaya dlm umno?

nasib mukhriz akan sama seperti akhram

pengekalan ketua pemuda dan ketua wanita dengan jumlah undi terbesar mencerminkan paduan wanita dan pemuda yg berpuashati dengan prestasi ketua masing-masing terutama dlm pru14 kelak. undi besar yg dimenangi mencerminkan juga potensi perpecahan di kalangan pemuda dan wanita sangat kecil dan sesuatu yg baik jika calon yg tewas diberi tempat yg sesuai untuk sama2 berbakti kepada parti.

keputusan pemuda wanita juga membayangkan kemungkinan besar tidak ada perubahan dalam kepimpinan naib presiden. hisham yg dikatakan berada dihujung tanduk pada awalnya boleh menarik nafas lega kerana shahrizat dan kj diketahui sebagai penyokongnkuatnya.

ini juga menggambarkan nasib mukhriz akan sama seperti akhram.

dengan tidak ada perubahan besar, kekuatan umno dan corak kepimpinan kerajaan juga tidak akan mengalami banyak perubahan.

terutama yg bukan ahli umno tetapi penyokong umno sebelum ini, sebahagiannya dijangka agak kecewa dng keputusan2 ini dan berkemungkinan menarik balik sokongan kpd umno dng sekadar jadi pemerhati bisu atau mula berjinak utk memberi sokongan kpd parti pembangkang.

kalau sokong umno tak dihargai satu sen pun mungkin ada kot nak cuba jadi penyokong DAP bernilai 50 sen.

Keputusan Pemuda/Wanita petanda baik buat Hisham..

Seperti yang diramalkan, kemenangan berpihak kepada yang ikhlas dalam perjuangan, tanpa rasuah tanpa salahguna kuasa. Kempen dijalankan dengan penuh bersih,  beretika dan berhemah. Pemenang kali ini setakat Pemuda, Wanita dan Puteri bukan sahaja dipilih oleh perwakilan UMNO tetapi turut mendapat tepukan bertenaga dari pembangkang. Pemenang menepati ramalan.

Sekaligus kebangkitan calon-calon baru tidak mendapat tempat, sekaligus suara Melayu diluar sana yang mahukan perubahan ditolak. Angaplah suara UMNO suara majoriti, suara keramat dan anggaplah perwakilan UMNO dan pemimpinnya serba tahu dan serba betul apa yang terbaik untuk orang Melayu dan Islam.

Begitu banyak blogger memberi sokongan dan akhirnya calon pilihan mereka tewas dengan teruk. Bloggers sudah tidak mampu mempengaruhi rakyat.

Kalau ini trendnya, Hisham kembali bernafas lega, cerita-cerita diluar yang mahukan dia ditewaskan atau dia akan kalah adalah cerita dongeng semata-mata. Hakikatnya Hisham tidaklah lemah, dia sama hebat dengan Zahed.

Kebangkitan Mukhriz yang konnonnya akan diterima oleh ramai perwakilan juga kini sudah jadi penglipurlara dan cerita mat jenin yang tidak berpijak dibumi nyata. Nasib yang diterima oleh Akhram akan berulang dan kali ini gilirannya kepada Mukhriz. Idea perjuangan Melayu untuk Melayu ditolak oleh perwakilan. 

Ini adalah bumi Malaysia yang kena diberi samarata malah orang Cina dan India sudah lama ditindas dan dinafikan hak mereka oleh orang Melayu yang berlagak tuan. Untuk itu adalah wajar orang Melayu kini berfikiran terbuka dan memohon maaf berkali-kali kepada orang Cina dan India. Melayu sudah tidak boleh bercakap lagi pasal Melayu - itu rasis.

Kemenangan pemimpin setakat ini dan tentunya tidak banyak perubahan pada 19hb depan merupakan kepimpinan yang akan terus berkompromi dan memulangkan hak bukan Melayu. Mereka akan menjadi wakil jurucakap bukan Melayu di dalam UMNO.

Inilah juga barisan kepimpinan UMNO yang akan meneruskan kegemilangan UMNO di PRU14 akan datang.

UMNO sudah kembali cukup kuat, sudah tidak perlu mengharapkan suara-suara nyamuk di luar sana yang saban hari asyik komplen. Blogger-blogger cabuk hanya sekadar bercakap kosong tanpa pengaruh-syok sendiri. 

UMNO sudah tidak kesah jika seorang dua Melayu yang menarik diri untuk menyokong UMNO atas kekecewaan keputusan perwakilan UMNO sekarang. Mereka boleh digantikan dengan ramai lagi Melayu yang liberal di luar sana malah dengan kepimpinan baru yang tidak rasis ini, mereka  mampu meraih sokongan dari bukan kaum Melayu asalkan kehendak kaum itu diikuti.

Mukhriz dan Ali Rrustam boleh melupakan rasis mereka jika beranggapan itu akan menarik sokongan, Isa Samad sudah gagal di peringakt awal lagi. Yang terbaik tetap Zahed, Shafie dan Hisham sebab mereka berkhidmat 2in1 - untuk UMNO dan untuk Najib.

Kemenangan Menepati Ramalan

Welldone braderr



BERSIH pun raikan




Itu macam lah anae

 Kekanda kekanda kepada calon yang menang
Peringkat global dan liberal


 Mewakili puak arab dan Afrika










Ayah dan bonda, auntie di singapura



DAP raikan


my x bf


no say



MIC raikan




Secara peribadi aku tumpang 'gumbira' bagi pihak UMNO


 




       




PAS anwarinas alu-alukan..





wa caya lu...

Friday, October 11, 2013

Kalau menang merugikan lebih baik kalah


"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) - Ingatan kepada calon Naib Presiden

“Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti - Ingatan kepada calon Ketua Wanita

“Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang,”- Ingatan kepada calon Ketua Pemuda

Kalau ada menjadi liabiliti dan menyusahkan lebih baik tiada. 

Pilihlah calon yg bersih untuk UMNO - jangan kekalkan kotoran.
Pilihlah calon yang paling dibenci oleh pembangkang - itulah petanda calon terbaik buat UMNO !

Nak UMNO Selamat.. Pilihlah Kj




 


 

Kj dan Sharizat ada harapan besar untuk memang jika yang anti Melayu pun memberi SOKONGAN IKHLAS kepada mereka. Satu petanda baik buat UMNO kalau nak cepat dan selamat xxxxxx  ??


Key Performance Index
Di mana letaknya ‘performance’ atau KPI Khairy Jamaluddin? Sekadar pandai bergimik itu – dijaja The J-Star sebagai “Able to attract young via social media and his many projects for youths” – bukan bererti mengenal perjuangan mahupun mempunyai pegangan.
Selama 4 tahun KJ jadi pengerusi Pemuda BN dan Ketua Pemuda Umno, berapa banyak undi belia yang dapat dibawanya ke pangkuan BN?
Cuba tanya: Bagaimana BN boleh hilang undi popular sehingga ketinggalan 4 poin peratus di belakang Pakatan jikalau betul rancangan-rancangan oleh KJ adalah efektif?
KJ punya gengSTAR
Rencana ‘Khairy ready to answer allegations of power abuse‘ dimuatkan oleh suratkhabar suara DAP hari ini.
The J-Star memberi ruang kepada KJ untuk menepis tuduhan bahawa dia mengambil kesempatan jawatan menteri kabinetnya beserta menyalahgunakan jentera awam kementerian untuk berkempen pilihanraya parti.
Suratkhabar pro-DAP itu memetik KJ sebagai berkata: “I am not deterred by the smear campaign” dan “they have resorted to making unfounded allegations”.
Laporan J-Star tersebut adalah percubaan untuk memutihkan nama KJ dengan melekatkan label “kempen fitnah” ke atas dakwaan-dakwaan yang diajukan terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.
Harapan KJ dapat tarik balik undi Cina?
Wakakakaka.
Akhbar Jerusubang itu juga menguar-uarkan: “Khairy has earned the respect of many in the movement, including his detractors for his many ideas, which include the popular Barisan Nasional Youth job fairs and outreach activities for youths”.
Kecondongan The J-Star kepada KJ terserlah. Kalau media pembangkang begitu berkenan and sayang kepada Khairy, apa intipatinya bagi masa depan dan halatuju Umno?
Dicanangkan bahawa “YB KJ juga sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang sensitiviti dan norma kehidupan seorang Cina yang kini majoritinya simpati kepada DAP” menerusi pengambilan Regina Lee sebagai setiausaha akhbarnya. Bukankah Najib sudah pernah tunjuk peka dan prihatin kepada kehendak-kehendak masyarakat Cina?
Apa balasan yang diterima oleh Perdana Menteri?
Oh really?
Peranan Najib menaikkan KJ
“Meanwhile, in an earlier interview, Khairy described the revival of his political fortunes as a ‘second chance’ and said he did not want to squander it.
“I have spent the last four years trying to rehabilitate my political career and not many people get second chances’.”
Perdana Menteri Najib Razak lah yang bertanggungjawab memberi “peluang kedua” kepada KJ.
The J-Star menyebut bahawa “The 37-year-old Khairy’s political fortune is on the upswing after being appointed Youth and Sports minister after the 13th general election”.
Kita boleh simpulkan bahawa kerjaya politik KJ melonjak naik atas ehsan dan jasa Najib yang melantiknya sebagai Pak Menteri.

 http://helenang.wordpress.com/

 

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...