Thursday, December 5, 2013

kuali-T politik malaysia merudum

orang melayu tidak ada pilihan, hanya ada dua parti yg boleh diharapkan - satu cap ayam, satu cap itik.
Kais pagi makan petang untuk perut sendiri, anak bini kroni...satu lagi, talk only no action..jenis pengikut buta tuli ikut pemimpin terjun lombong.

orang cina dah bertekad tolak parti cap babi, mereka pilih parti cap anjing, garang dan kuat menyalak - setakat ini boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan mereka. parti cap anjing dulu tulang kosong pun dia baham, sekarang dah pandai - minta tulang yg ada daging, ada juga dah tak makan tulang, mesti daging 100%.

orang India pun suka parti cap anjing, parti cap biawak menang atas sokongan orang melayu. pari cap babi pun menang satu dua atas sokongan orang melayu.

satu lagi parti dah nak mati, tak bergerak.

satu lagi parti, cap jamban.

najib modal kecil... umno nasib baik sebab masih ada anwar

apa kejadahnya (dengan izin) umno menayangkan vedio anwar dengan isu 40 ribu bangladesh diselitkan dalam ucapan dasar najib. itu sahajakah modal najib untuk menerajui partinya yg sombong dan makin jauh di hati rakyat itu untuk mengetuai negara ini, arah ke mana?

apakah melayu akan maju dan terbela nasibnya kalau sekadar najib siang malam membebel hal anwar?

rakyat melayu nak dengar apa perjuangan umno untuk melayu, umno sebagai parti...kalau cakap tentang rakyat, itu kapasiti pm, najib kena cakap kapasitinya sebagai presiden sebuah parti melayu, kalau tak berani, berundur...

umno ni bernasib baik sebab masih ada anwar, bolehlah dijadikan bahan untuk dikutuk siang dan malam, mungkin itulah sebabnya paklah lepaskan...untuk jadi modal politik, untuk nampak hebat....kalau tiba2 anwar mati atau bersara, umno akan lesu kaku muflis idea.

dalam keadaan semua barang serba naik, apa yg najib dahulukan rakyat? tak lama lagi tol akan naik, boleh najib nafikan?

puak umno kena faham, masalah umno ialah masalah dalaman, masalah pemimpin mereka, umno tak akan runtuh sebab anwar, musuh sebenar umno bukan anwar, bukan dap, bukan pas, tapi rosmah...

boleh ke puak umno ni faham, boleh setuju?

Wednesday, December 4, 2013

kj bergaduh dng stadium kosong..

ketidaksefahaman kj dengan persatuan bolasepak malaysia berulang lagi dengan perkembangan terbaru apabila perlantikan kj keatas anuar musa dalam jawatankuasa pembangunan bolasepak telah dirujuk persatuan kpd FIFA berdasarkan anuar masih menjalani hukuman disiplin persatuan.

kj melenting dng mempertikaikan kenapa FAM double standard, membiarkan anuar membuat ulasan bolasepak kelantan tetapi merujuk kpd FIFA apabila anwar dilantik.

isu sebelum ini, pemilihan pdg perlawanan ulangan antara pahang dan johor merupakan isu awal menteri campur tangan mempertikaikan 'pilih kasih' dlm FAM.

isu terjumpanya pistol di bilik air awam ketika perlawanan kelantan-pahang belum terjawab? FAM disalahkan oleh menteri hingga melibatkan penyanyi, siti nurhaliza menegur kj.

anuar musa berlapang dada, jumpa menteri dan jumpa persatuan untuk penyelesaian.

Fakta:
Kenapa kj tidak mendapatkan pandangan awal persatuan berhubung cadangan untuk melantik anuar.
Persatuan wajar mendapatkan pandangan FIFA, takkan nak tanya rosmah pula.
Perjumpaan dan perbincangan adalah cara untuk satu penyelesaian dan bukannya saling menunjukkan kuasa.
Akan majukah bolasepak negara dan sukan di Malaysia jika ini pendekatan Kj - juga pernah dipanggil biadap oleh Presiden Sepaktakraw Malaysia.

Tuesday, December 3, 2013

Mahathir Kena Akur.... anwar lebih power

beza anwar dengan mahathir sangat ketara.

anwar bertaraf penasihat kpd parti pkr tanpa peruntukan undang2 parti tetapi mempunyai segala kuasa dan keputusan....menjadikan anwar rasa muda, bebas, ceria, terus hidup, power dan bertenaga...

mahathir bertaraf penasihat kpd petronas sebuah gedung 'black gold' tetapi 'power' elek.... menjadikan mahathir useless dan komplikasi jantung...letak jawatan !

najib minta Tun fikir semula!!!??? 
ada akal ke tidak najib ni, atau sekadar bermanis mulut.., 

parti berteraskan melayu dan Islam sudah berkubur

DAP tidak jadi parti rakyat, terus kekal jadi parti cina untuk cina demi cina dan boleh terus hidup di mana sahaja di dunia asalkan ada cina di situ. Semua bangsa di dunia memerlukan bangsa cina untuk maju...

PKR adalah parti rakyat sebenar, di dalamnya berbilang bangsa dan ugama serta budaya, semua ahli dan rakyatnya diminta menjaga dan memperjuangkan jatuh bangun ketuanya, anwar.

PAS sudah melucutkan perjuangan asal, akidahnya kebajikan, PAS for all? - patutlah semua dah boleh...

MCA - support DAP

MIC - melayu kiri, cina kanan... india di tengah2 - makan keliling

UMNO - public listed

Ustaz kazim sahut cabaran nik aziz?

Ustaz kazim sudah main politik - mengistiharkan diri keluar dari pas selari dan menyahut cabaran nik aziz - pendakwah mesti ada pendirian politik, jika tidak dia akan dimakan serigala.

Perhimpunan agung gah di kalangan perwakilan yg ditemuramah media kononnya umno memartabatkan Islam dengan memasukkan ulama dlm majlis tertinggi, itu dimaksudkan dng ustaz kazim.

Dalam pas sendiri, bukan sedikit ulama, bersepah - pun akhirnya diketepi dan dipinggirkan oleh mat sabu, husam dan sekutunya - pro anwar.

Baik umno atau pas, baik nik aziz atau najib - mereka adalah pemain politik yg licik, tetapi sepandai tupai melompat, nik aziz dah tersungkur, najib bila?

Sunday, December 1, 2013

UMNO cuba berjubah

kemaskini:

-ustaz kazim tidak bersalah langsung dlm hal ni, dia tersepit dengan mainan poliik umno, awal2 lagi kazim dah 'kena'.
-masa anwar dilantik, kurang2 ia serah borang masuk umno, lepas tu baru dilantik - kenapa najib gelojoh al desperate sangat, bingai ke penasihat2 dia - ustaz kazim masih ahli pas?
-ahli umno yg sedia ada, ilmu ugama lebih tinggi dari ustaz kazim kenapa tidak dilantik, umno cari dan nak tumpang popular atau nak Islam?
.....................

asal:

umno mcm terasa mereka sangat Islam sekadar najib mempelawa ustaz kazim sebagai ahli majlis kerja tertinggi umno. seolah umno tidak pernah 'berlakon' sebelum ini dengan memasukkan beberapa nama ustaz. entah di mana silapnya selepas beberapa tahun diproses dalam umno, ustaz2 dan ustazah ini akhirnya keluar bagai 'hampas kelapa' untuk makanan itik (kembali ke kaca tv untuk cari makan) atau sesetengahnya lenyap begitu sahaja.

ustaz kazim tidak boleh lari dari proses yg sama, paling lantang setahun, selepas itu ia sekadar jadi tukang baca doa luar biasa. hanya jika ustaz kazim seorang yg cerdik dia akan menolak pelawaan umno atau meletakan jawatan sebaik shj dia sedar umno mengelirukan.

UMNO melalui kerajaan atau ngo kroninya sedang memperkuatkan diri secara kosmetik, seluruh makhluk walaupun dulunya dajjal dan musuhnya akan dilantik untuk mengisi apa juga jawatan di mana yg termampu untuk 'memperlahankan' dan menjinakkan mereka, paling baik kalau mereka mampu terus didiamkan.

yang baik, yang setia, yg boleh diperbodohkan tidak akan mendapat apa2 tempat, mereka boleh terus menghambakan diri kpd parti dan kerajaan sampai mampus.