Wednesday, December 4, 2013

kj bergaduh dng stadium kosong..

ketidaksefahaman kj dengan persatuan bolasepak malaysia berulang lagi dengan perkembangan terbaru apabila perlantikan kj keatas anuar musa dalam jawatankuasa pembangunan bolasepak telah dirujuk persatuan kpd FIFA berdasarkan anuar masih menjalani hukuman disiplin persatuan.

kj melenting dng mempertikaikan kenapa FAM double standard, membiarkan anuar membuat ulasan bolasepak kelantan tetapi merujuk kpd FIFA apabila anwar dilantik.

isu sebelum ini, pemilihan pdg perlawanan ulangan antara pahang dan johor merupakan isu awal menteri campur tangan mempertikaikan 'pilih kasih' dlm FAM.

isu terjumpanya pistol di bilik air awam ketika perlawanan kelantan-pahang belum terjawab? FAM disalahkan oleh menteri hingga melibatkan penyanyi, siti nurhaliza menegur kj.

anuar musa berlapang dada, jumpa menteri dan jumpa persatuan untuk penyelesaian.

Fakta:
Kenapa kj tidak mendapatkan pandangan awal persatuan berhubung cadangan untuk melantik anuar.
Persatuan wajar mendapatkan pandangan FIFA, takkan nak tanya rosmah pula.
Perjumpaan dan perbincangan adalah cara untuk satu penyelesaian dan bukannya saling menunjukkan kuasa.
Akan majukah bolasepak negara dan sukan di Malaysia jika ini pendekatan Kj - juga pernah dipanggil biadap oleh Presiden Sepaktakraw Malaysia.

3 comments:

  1. Tapi kenapa FAM tidak boleh di kritik?. Gua rasa, sudah masanya FAM di tegur secara 'biadap'. Betul, FAM adalah persatuan yg tertakluk secara terus dgn FIFA tapi KJ sebagai Menteri yg bertanggungjawab terhadap sukan juga punya hak. Selama ni pun FAM seakan pilihkasih dlm menjatuhkan hukuman terhadap pengkritiknya. Apa yg terjadi kepada Anuar Musa, Shahidan Kassim, Raja Ahmad Zainuddin?. Tapi apa tindakan terhadap Tengku Mahkota Johor yg juga lantang mengkritik FAM?. Kemerosotan pasukan bolasepak negara seringkali di salahkan kepada coach dan pemain tapi FAM?. Kalau teguran utk kebaikan di anggap biadap maka insyaallah, Harimau Malaya hanya sekadar hebat di belangnya tapi tidak bertaring. Jika FAM rasa sudah habis ikhtiar atau idea utk memperkasakan Harimau Malaya maka itu juga satu petunjuk yg jelas bahawa barisan kepimpinan FAM wajar menyerahkan kepimpinan kepada mereka yang lebih arif dan punya idea yg lebih segar utk terajui FAM. Beri kepada mereka yg sedia mendengar dan berkongsi pandangan dgn org lain bukan yg tidak boleh di kritik langsung.

    ReplyDelete
  2. Kita boikot bola Malaysia. Jangan tengok bola lagi. Tak ada penonton tak ada bayaran koimisyen pada FAM

    ReplyDelete
  3. Tugas menteri bukan mengkritik tetapi menyelesaikan - menteri wajar dihormati kerana hemah dan bijaksana dlm menegur - bola untuk disepak bukan untuk dipolitikkan.

    ReplyDelete

Hidup ini keras

  https://youtube.com/shorts/hnHsWU3gQzE?si=7I5K3DnWYTyDoJMG