Saturday, December 14, 2013

PAS itu syiah?

adakah itu yg zahed mahu cuba try test sampaikan melalui tuduhan 'hearsay' terhadap mat sabu?

cuba menjauhkan dan menakutkan rakyat dari pas?

Friday, December 13, 2013

pemimpin bijak pandai - rakyat masih terhimpit

saban hari kita dihidangkan dng pelbagai pandangan dari pemimpin politik, ekonomi dan sosial dan mereka2 bolehlah disifatkan 'handal' dalam bidang masing2.

apa yg mereka utarakan samada berbentuk saolan, pertikaian atau kenyataan kalaupun tidak 100 peratus tepat dan betul tetapi masih dalam lengkongan 85% relevan. Ada juga di kalangan mereka berbalas jawapan tetapi selalunya, lain yang ditanya lain pula jawapannya.

jika huraian atau pandangan mereka semuanya benar belaka kenapa rakyat masih dibebani pelbagai masalah dan ekonomi negara seperti tidak bergerak + pertambahan hutang + kos saraan yg makin meningkat.

apakah bijakpandai pemimpin politik, ekonomi dan sosial negara ini hanya sekadar mampu 'melepaskan' diri mereka shj?

Thursday, December 12, 2013

siapa musuh sebenar kita?

umno? najib?
pkr? anwar?
pas? nik aziz?
perkasa? ibrahim ali?
mantan pm? mahathir?

musuh kita, ialah kita sendiri...
kerana kita tak tahu musuh sebenar..
musuh kita, musuh Islam, musuh melayu?

melayu kalahkan mamak

banjir yg melanda pahang, terengganu, johor dan sedikit di kelantan bukan sahaja mangsa banjir yg sepatutnya mendapat perhatian lebih, tetapi dalam masa yg sama politikus dari beberapa parti turut sebok nak mempromosikan diri dan parti.

kesesengsaraan bagi mangsa banjir di ambil kesempatan menonjolkan diri bukan shj oleh politikus tetapi ada juga di kalangan mangsa banjir turut nak 'berpolitik'.

banjir sepenuhnya belum tamat, bukan sahaja ditempat yg sama akan berulang tetapi mungkin juga di kawasan2 baru.


nak berpolitik lagi kah kita? rata2nya melayu dan Islam' mengalahkan kedai mamak, melayu cukup suka berpolitik 24 jam..bab ekonomi? pun tetap dipolitikkan...

Wednesday, December 11, 2013

Berapa kali Melayu nak kena tipu...



Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ni ?



Najib puji bini salah pun salah
Bini naik jet peribadi muhyiddin lulus pun salah
bini najib banyak jasa oiiii
kerajaan nak naik letrik pun nak demonstrasi...apa niii
bukan naik banyak, bukan sampai 300%...30% je..ciput
tak lama lagi tambang lrt pun nak naik...kalau tak mau bayar, jangan naik - selesai masalah
kan semua orang suka barang naik...tauke kopi jantan tentu happy
tol..tol..haa jangan lupa...akan naik juga
kalau mampu beli kereta jangan le ckp tak mampu bayar tol..apa daaa

aku sokong blogger2 yang banyak beri cadangan supaya naikkan...
alang2 naik biarlah semua naik..
2013 sampai 2017 istiharkan Tahun Naik Malaysia
2018 kita turunkan pula BN
kalau BN tak mau turun
suruh najib turun
bawa sekali jet peribadi..hadiah dari rakyat, simpan kat belakang rumah.
naiklah laki bini siang malam pun takpa
ok tak...

Melayu Mudah Lupa
tetapi Melayu Takkan Boleh ditipu Berkali-kali

kj serius dan mampu atau main2

pertikaian dan kecaman kj di PAU terhadap isu kenaikan tarif letrik walaupun bossnya dah kata rakyat tetpaksa menerima kini dalam pemerhatian setakat mana kj serius? mampu? dengan menggerakkan kuasa politik pemuda dalam memperjuangkan hak demi rakyat.

bukan sahaja rakyat, pembangkang malah kera di hutan pun akan menyokong saranan kj supaya kenaikan tarif itu dibatalkan atau beban itu di alihkan kpd sesuatu yg lebih logik terutama ketika tnb masih untung berbillion ringgit dengan gaji ceo yg tinggi gila.

kerajaan wajar tidak dilihat menxalimi rakyat dng pelbagai kenaikan, denda, cukai dan lain2 sebagai satu kaedah terdesak mengumpul duit setelah berhutang besar.

Tuesday, December 10, 2013

muhyiddin tak tenang isteri tak naik jet peribadi

rosmah naik jet pribadi!
wajar atau tidak
membazir atau tidak...

yang menyokong beri alasan mempertahankan - ala2 bodek
najib puji bini scara terbuka
sesetengah rakyat - ?

yang tidak menyokong - mengutuk sakan
pembangkang mendapat habuan mencari kesalahan dan kesilapan di pihak kerajaan
sesetengah rakyat naik meluat..

hasilnya...
kita semua buang masa bercakap sesuatu yg tidak produktif kerana seorang wanita yg kontroversi since najib menteri pertahanan, tpm till now.

...................

apakah isteti2 pm terdahulu, isteri lim kit siang, isteri lim guan eng, isteri hadi, isteri nik aziz, isteri muhyiddin sekontroversi mcm rosmah.

secara logiknya - aku percaya anwar, lim kit siang, nik aziz menyimpan rasa hormat pada Tun Dr Siti Hasmah walaupun mereka tidak sehaluan dng dr mahathir !!!

mungkin ada juga berpendapat, jika anwar jadi pm, azizah pun akan berperangai sama mcm rosmah, mungkin, itu masih dlm tahap persepsi - sekarang rosmah adalah realiti.

tak boleh ke najib hentikan sesuatu yg tidak produktif ini? apakah najib perlu mendengar nasihat penasihatnya setiap perkara setiap masa? atau najib perlu tanya isterinya?


life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...