Wednesday, September 24, 2014

SAOLAN MB BOCOR ???.. Game Anwar Over..

Saolan bocor:

JIKA KAMU DILANTIK SEBAGAI MB  DI MANAKAH KESETIAAN KAMU (?)
Jika saya dilantik MB, kesetiaan saya hanya kepada Sultan, Negeri dan Rakyat...

PARTI (?)
Kesetiaan kepada parti nombor 10.

KETUA PARTI DAN PARTI YG MEMPUNYAI AGENDA PERIBADI SELAIN AGENDA RAKYAT AKAN TERKECEWA DENGAN SIKAP MB NYA YANG MELETAKAN KEPENTINGAN RAKYAT MENDAHULUI SEGALANYA DAN BEGITULAH SEBALIKNYA

SEJARAH MENUNJUKKAN UMNO DAN MB NYA ADALAH SEIRING.

Seperkara lagi diambil kesempatan di sini, pada penyokong pembangkang yang dikelilingi peguam supaya janganlah tunjuk sangat perangai keling mabuk todi apabila mengetahui Anwar akan disiasat di bawah akta hasutan..siasatan adalah procedure biasa dan anwar itu tidak above the law untuk tidak boleh disentuh disiasat...Jangan masa berucap, mulut tak ada insuran, bila kena mengadap..nak riuh konon dizalimi.

Dinasihati anwar tukarlah peguamnya sekarang kepada peguam yang lebih banyak buat kerja daripada bercakap...berhujah dalam mahkamah dan bukannya minta penyokong buat bising di luar mahkamah.

Sebagai tindak balas hari ini mereka buat laporan polis ke atas Najib dan Mahathir..bila polis siasat dan tiada kes, mereka akan nista dan tuduh dengan pelbagai andaian..perut busuk betul sejak jadi abdi kepada  DAP

Tuesday, September 23, 2014

Tengok Kj Tengok Najib..

Anwar ada Azizah ada Azmin untuk dibanggakan gandingan mantap PKR - 
UMNO lebih hebat, Najib ada Rosmah ada Kj pelapis dan harapan negara:

Sama segak sama tampan
Sama cerdik sama pandai
Sama sekular sama liberal
Sama gagah sama megah
Sama silent sama brilliant
Sama bangsawan sama darjat
Sama haluan sama hajat
Sama positif sama motif
Sama kawan sama lawan
Sama impian sama wawasan
Sama tweet sama sweet
Sama adab sama resam

itu antara beberapa ciri menarik persamaan yang ada pada Najib dan Kj, cuma bezanya seorang PM dan seorang lagi PM in waiting..

Ciri-ciri persamaan dengan Najib tidak berapa ada pada Muhyiddin, pada Hishamuddin, atau pada Zahed walaupun mereka antara yang paling dekat dan disebut layak menggantikan Najib.

Tidak salah jika dikatakan, berdasarkan faktor umur - Kj adalah yang paling layak dan relevan menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat dan seterusnya layak sebagai PM dalam tempoh kurang 15 tahun dari sekarang.

Jika ini terjadi, ia merupakan satu transformasi peralihan kuasa yang paling licin dan lancar serta mengingatkan semula kita bagaimana peralihan yang sama berlaku antara Paklah dan Najib.

Semua ini tidaklah terlalu awal untuk dirancang kerana legacy Najib harus bertali arus, tidak seperti legacy Mahathir yang mati di tengah jalan.

Kajang Move Masuk Separuh Masa Kedua..lu ingat sudah habis ka...

Kenapa tiba-tiba suara dari dalam PKR yang dulunya tidak menyokong Azmin sebagai MB kini sudah sepi, kenapa terang sangat politik hipokrik yang PKR pamerkan.

Selama ini apa yang mereka jerit dan lolong lebih kepada takut kehilangan kuasa dan bukannya soal prinsip dan perlembagaan seperti yang dilaungkan.

Apa pula istilah Azizah tarik diri dari pencalonan MB hanya selepas diketahui Azmin telah dilantik. Istilah tarik diri ialah sebelum ada perlantikan..tiada istilah tarik diri selepas perlantikan..istilah yang tepat ialah pencalonan nama Azizah tidak laku, tidak dipandang, tiada nilai, dibakulsampahkan !!!

Kalau terima perlantikan Azmin tetapi masih mempersoalkan integriti Istana kenapa tidak saja lawan demi kebenaran atau sebenarnya itu sekadar untuk menutup rasa kemaluan yang bengkok.

walaupun dipertikaikan sejarah dan latarbelakang Azmin dalam perlantikannya sebagai MB tetapi keputusan telah dibuat 100% oleh Sultan Selangor mengikut perlembagaan dan "nasib kau lah Selangor".
Demokrasi mengatasi Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Negara.

Apa yang membimbangkan ialah dari awal lagi peralihan kuasa antara Khalid dengan Azmin sudah berbau dendam mendendam dan adakah ini elok untuk rakyat Selangor. Pengistiharan Azmin untuk mengkaji semula semua perkara termasuk perjanjian air yang telah dimeterai oleh kerajaan negeri sebelum ini sangat drastik dan gelojoh.
Azmin sewajarnya tidak melayan kenyataan emosi Khalid sebelum bersara kerana siapa sahaja yang berada dalam kedudukan Khalid (jawatannya dirampas) pasti meluahkannya.
Sikap anti kerajaan Persekutuan dalam mentadbir negeri bukanlah bijaksana.

Sepatutnya Azmin berterima kasih kepada Khalid kerana menutup pejabat dan memecat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor kerana itu memberi kebebasan kepada Azmin dari cengkaman dan telunjuk Anwar !!!

Amat mustahil untuk Azmin melantik semula Anwar kecuali kalau dia memang dungus.

Perlantikan Azmin merupakan permainan politik separuh masa kedua dari langkah kajang yang tidak mencapai sasaran. Azmin tidak akan dibiarkan lama seperti Khalid di kerusi MB...kecuali Azmin sendiri yang mendahului perancangan partinya. Azizah tentu meroyan bila melihat Shamsidar berdamping dengan Rosmah tak lama lagi...

Sultan Selangor telah diberi pilihan, diberi pandangan dan masa yang mencukupi untuk membuat pilihan MB dan sudah tentu Tuanku Sultan kena bertangjawab sepenuhnya di atas apa sahaja situasi selepas ini.

Integriti MB kini juga cerminan Integriti Istana..

Monday, September 22, 2014

UMNO menggelupor di Pengkalan Kubor.. Anwar dan Lim Kit Siang dijangka turun hari terakhir kempen..

Namanya pun dah Pengkalan Kubor, jadi kalau PAS dan UMNO tak ingat nak mati (kalah) tak tahu lah apa lagi nak kata...

Dengan krisis yang berlaku dalam Pakatan, ketidakhadiran ketara pemimpin DAP dan PKR membantu PAS bukan petanda mudah untuk umno mewakili BN untuk menang..Dari 5000 pengundi muda..hampir 4 ribu dijangka memihak kepada PAS dan bakinya berselerakan di seluruh Malaysia untuk dipujuk dikumpul dan dibawa pulang mengundi...baki masih 3 hari untuk melakukan missi yang sukar..

Inilah gara-gara kalau Ketua Pemuda asyik fokus kepada benda lain, kepentingan liberal nasional mengatasi kepentingan periuk nasi parti sendiri....

Dalam ketika isu kertas peperiksaan UPSR bocor belum lagi selesai dan ditambah lagi kebocoran terbaru (Tamil) dan jika Pengkalan Kubor bocor juga dipertahankan..elok sangat Muhyiddin fikir-fikirkan untuk bocorkan dirinya dari jawatan.sekarang.


Adalah perlu pemberitaan situasi pilihanraya kecil di PK telus dan jauh dari indah khabar dari rupa..

Biar buruk di awalnya tetapi penghujungnya menang.

Nasib Kau Lah Selangor..

Seolah ianya sesuatu yang benar.. jika Azmin terpilih sebagai MB Selangor yang baru, maka ia merupakan MB yang paling bersih dan BERSIH jika dibandingkan dengan lain-lain MB dan Ketua Menteri di Malaysia...

Rakyat Malaysia sudah boleh menerima mana-mana pemimpin walaupun mempunyai apa saja sejarah dan latarbelakangnya atas nama demokrasi. Pemilihan sudah tidak berasaskan Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Negara..semua itu boleh dilanggar..

Ini menjadikan semua proses, semua orang , A ke Z berada dalam satu bakul...

Di khabarkan juga Khalid bakal CEO MAS selepas gugur MB, mendekatkan lagi teori UMNO secara tidak langsung terselit berperanan (?).

Apakah Anwar bukan sahaja kini berhadapan dengan UMNO tetapi juga dengan Azmin baru yang lebih mengenalinya..(?)

Perggghhhh..makin payah  !!!!


#
1. Terkin-Azmin sudah menerima surat perlantikannya.
2. Anwar antara yang paling gembira, game over (?)

Sunday, September 21, 2014

Tolak Najib - Tolak UMNO di Pengkalan Kubor....

UMNO perlu diberi signal yang jelas tanpa selindung.

Pengkalan Kubur perlu diserah kepada PAS sebagai signal kepada UMNO bahawa mereka mudah tewas walaupun parti pembangkang sedang dilanda krisis.

Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang bukan kuat kerana pihak dan parti lain lemah.

Signal juga harus diberikan kepada Muhyiddin bahawa apa juga usahanya sekadar kosong selagi terus bersekongkol dengan kepimpinan sekarang.

Kuburkan UMNO di sana sebagai petanda jelas rakyat membantah pemansuhan ISA dan Akta Hasutan.

UMNO perlu diberi penawar dan bukannya ketum.

Saturday, September 20, 2014

DAP tentu suka, tetapi 50/50 buat PKR...


Tindakan PKR berusaha untuk mengadap Sultan Selangor sebagai usaha terakhir menempatkan Azizah sebagai MB Selangor baru merupakan serampang dua mata, keutamaan kini bukan sahaja azizah sebaliknya pkr tidak mahu kehilangan semua..dalam ketika nama calon PAS turut dicalonkan dan berpotensi sebagai MB.

PKR tidak mampunyai pilihan selain melobi Azmin sebagai MB sebagai tawarganti apabila Azizah dipinggirkan. Jika MB tidak berpihak kepada Azmin, jalan terakhir ialah berusaha kearah DUN dibubarkan...satu keadaan yg kurang baik untuk PKR..
Tetapi membiarkan kerusi MB diambilalih oleh PAS begitu sahaja sesuatu yang sangat tidak logik... ia melibatkan moral DAP dan Anwar.

Kini bukan sahaja ABU, tetapi juga Tolak Hadi (TODI)

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...