Friday, November 14, 2014

Untuk keluar dari umno sekali lagi bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Mahathir...

Itu kesimpulan yang termampu dibuat melihatkan Mahathir masih aktif memberi pandangan membina secara terbuka kepada kerajaan yang setakat ini belum terjawab dengan baik..malah Najib sendiri berat mulut dan seolah mengelak dengan  gemar ke luar negara lewat kebelakangan ini.

Jika terlebih diam - ia dianggap pengecut.
Jika dikatakan untuk melaga lagakan juga tidak tepat kerana kritikan Mahathir tanpa selindung terus kemuka Najib.

Adalah lebih baik Najib memberi lampu hijau kepada adikongnya seperti Hang Nazeri, Hang Kj serta Hang Zahid dan Hang Maslan untuk menjawab Mahathir supaya rakyat lebih jelas.

Mahathir and the gang sewajarnya dikekang jika benar tuduhan mereka kepada Najib terbabas, tidak benar dan berniat jahat.

Ada yang memandang remeh dan tidak mungkin Mahathir keluar parti sekali lagi.
Ada yang kata lebih bagus Mahathir keluar supaya senang kerajaan menjawab.
Ada yang kata walaupun Mahathir keluar, ia tidak memberi kesan kepada parti kerana tidak ramai ahli yang mengikut jejaknya...Mahathir sudah hilang pengaruh..

Tetapi ada juga yang kata..kalau Mahathir istihar keluar parti, saya adalah orang pertama yang akan ikut jejak itu.

Mungkin UMNO boleh menguji Mahathir kali ini..Ramai juga di kalangan UMNO yang ingin meluahkan perasaan terbuku mereka terhadap Mahathir...
Janganlah takut untuk Melayu berpecah kerana UMNO itu bukan lagi Melayu dan Melayu itu bukan lagi UMNO seperti dolu-dolu.

Khabar angin bertiup kencang Mahathir akan berkongsi pentas dengan rafizi memperkatakan 1MDB anjuran NGO... Jangan sampai ia satu realiti...

Thursday, November 13, 2014

Kalau tak lembab..apa istilah lain yang sesuai...

Isu sekarang Harga Minyak Dunia dari 105 usd per barrel dah turun 79 usd per barrel..Persaolannya bila kerajaan nak jawab apabila harga petrol tidak berubah termasuklah peluang kerajaan untuk menarik balik subsidi petrol yang boleh tanpa mengurangkan atau menaikan harga sekarang.

ini amat berlainan sekali apabila kerajaan dengan cepat menaikkan harga petrol biarpun berlaku sedikit kenaikan harga minyak dunia.

Kalau kerajaan tidak diiktiraf sebagai lembab..istilah apa yang sesuai agaknya...

Wednesday, November 12, 2014

Timbalan Menteri Hutang

Yang paling ligat bersuara sekarang ini ialah Timbalan Menteri Hutang yang tidak cukup bercakap di parlimen buat pula sidang akhbar mempertahankan dasar bossnya Menteri Hutang Negara.

Bukan senang nak mempertahankan benang basah yang bengkok..

"Kita hanya memberi jaminan pada jumlah yang sedikit sahaja, kalau tak mampu bayar,,kita struktur semula pembayaran hutang, kalau tak boleh juga, boss kerajaan pada masa itu (?)  (sudah tentulah masa tu yang jadi boss bukan lagi boss aku sekarang) kena tanggung membayarnya dengan duit rakyat (yang kena maki pada masa itu tentulah boss itu yang akan dituduh tidak pandai mengurus ekonomi negara"

Dalam keadaan sekarang, eloklah ahli parti tersebut keluar parti seorang demi seorang secara sucihati dan sukarela sebelum PRU14...jangan jadi sasaran dimaki hamun dicerca dan dihina rakyat apabila pemimpin mereka bertuhankan nafsu.






Alhamdulillah..Tindakan Yang Cepat - isu JPJ selesai dah kalau macam ni..

Gembiranya hati bila viral pasal JPJ tu mendapat komen dari pihak bertanggungjawab;

'Pihak kementerian telah mengkaji sedalamnya mengenai tinted, nombor plat kereta dan pengubahsuaian kereta yang dikatakan tidak relevan untuk disaman.Justeru pihak kementerian telah bersetuju untuk menggubal kembali akta-akta dan peraturan lain demi mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia. Antara perkara yang digubal semula ialah;

1. Penggunaan tinted dibolehkan pada had 50% untuk cermin sisi bahagian tempat duduk hadapan, belakang dan cermin belakang (kecuali kenderaan import yang asalnya menggunakan tinted 70% - MPV, SUV) dan hanya 30% sahaja untuk cermin depan.

2. Nombor plate kereta yang diubahsuai TIDAK dilarang sama sekali asalkan perubahan nombor dan huruf TIDAK mengelirukan atau bercorak berlebihan.

3. Pengubahsuaian kereta juga dibenarkan akan tetapi pemilik kenderaan perlu mendaftar kepada JPJ bagi mengemaskinikan data pemilik berkenaan.

4. Had laju di lebuh raya adalah tidak terhad, akan TETAPI pemilik kenderaan haruslah mengikut lorong mengikut kelajuan yang ditetapkan;
Lorong 1 : 0 - 80kmsj
Lorong 2 : 80 - 130kmsj
Lorong 3 : 130kmsj ke atas
..walaubagaimanapun,pemandu kenderaan bas awam dan lori hendaklah memandu pada kadar dibawah 90kmsj. Pengguna motosikal hendaklah memandu di lorong sebelah kiri JIKA tidak memotong dan DIBOLEHKAN kepada mereka yang memandu pada kadar kelajuan 100kmsj menggunakan lorong tengah dan kanan. (bergantung kepada kemahiran pemanduan).

5. Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk membuka litar/lapangan kepada awam yang mempunyai hobi yang berkaitan dengan kenderaan serta pameran autosalon secara percuma.

6. Cukai kenderaan import dilupuskan manakala harga kenderaan tempatan dikurangkan.

7. Tidak dilupakan trek yang berasingan (berbayar) untuk golongan rempit/kereta yang suka membuat aksi badut sampai menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. - sumber TidakBernama

-Dato Paduka Menteri Pasola
Menteri Pengangkutan
Negara Pasir Berdengung

p/s: Peraturan baru ini hanya SAH di Negara Pasir Berdengung sahaja.

Tuesday, November 11, 2014

Isu JPJ bertebaran.. Najib oh Najib


Di bawah antara luahan rakyat yang bertebaran di media maya. Samada betul atau tidak luahan itu, persaolannya itulah yang sudah ada di kepala majoriti rakyat yang bagaimana mahu diurus dan dibendung.

Lebih malang kalau ada menteti atau pemimpin pula membuat statement bodoh.

Kejadian merosakan kenderaan JPJ dan menebalikannya di satu kawasan kaum India sangat keterlaluan walau apapun alasannya. Ia akan menjadi wabak yang akan diambil kesempatan oleh pemimpin politik yang sedang desperate.


ISU SEMASA - PEMERIKSAAN JPJ :

Apabila rakyat dah marah, kemarahan terhadap parti memerintah lebih meluap2. Tindakan ini hanya merugikan orang melayu, dan boleh menjejaskan pentadbiran negara ini menjelang PRU 14.

Apakah ini TIDAK DAPAT di fikirkan oleh YB2 Menteri, termasuk lah YAB PM / YAB2.. Di tambah lagi dengan kenyataan bodoh pegawai JPJ, sehingga meramalkan angka kematian.

Nampak sangat pentadbiran negara sekarang ini TIADA KUALITI. Pendekatan sebaiknya 3M - MENDIDIK, MENASIHAT DAN MENCEGAH.

Contoh cermin gelap yang di bawa masuk dari luar negara (kereta recond), sepatutnya JPJ sebelum mengeluarkan roadtax pada pendaftaran pertama kenderaan,

MENSYARATKAN PUSPAKOM mengeluarkan pengesahan, yang satu salinan akan di simpan oleh pemilek kereta, dan BOLEH MENGELUARKAN SAMAN, jika ianya di ubahsuai MELEBIHI daripada kelulusan tersebut ( Jika perlu, laporan bergambar).

Isu plet number, PUSPAKOM / JPJ yang bekalkan semasa pendaftaran kenderaan (pelbagai kaedah - Mengenalpasti kedai2 yang mengikut spesifikasi JPJ, salah satu cara).

Cogankata KEPEMIPINAN MELALUI TELADAN juga tidak di pratikkan, apabila ada pihak VVIP / VIP / YAB / YB / Agensi Kerajaan, juga TIDAK MEMATUHI UNDANG2 yang telah di tetapkan.Perkara perlu DI BENDUNG daripada peringkat AWAL, bukannya dah HUJUNG2, yang membuat masyarakat MARAH, dan akhirnya KERAJAAN MEMERINTAH yang menjadi MANGSA. Pemimpin MASYARAKAT / YAB / YB, FIKIR2KAN LAH. PRU 14 PUN DAH TAK LAMA LAGI DAH !!!!

Hebat - Malaysia ada extra 10 juta "alien"

Hampir 7 juta rakyat asing didaftarkan di negara anda yang tercinta ini.
Berapa yang belum daftar (?)
Kurang lebih jumlah mereka yang ada di negara kita 1/4 hingga 1/3 dari jumlah rakyat Malaysia.

Itu merupakan satu jumlah yang sangat besar.
Besar dan kuat.
Kuat dan merbahaya.

Letaklah mereka di mana sahaja..bidang ekonomi...bidang politik..atau pertahanan (tentera) - Mereka boleh memberi kesan besar dan seterusnya menguasai.

Yang salah tentulah rakyat - bukannya jabatan, bukan kementerian, bukan menteri dan sama sekali dan tidak mungkin Perdana Menteri.

Apabila semua usaha (????) telah dibuat untuk mengekang tidak berjaya, eloklah kita alu-alukan sahaja mereka dengan menawarkan kerakyatan sepertimana nenek moyang kita dulu lakukan.

Sunday, November 9, 2014

Siapa sebenarnya yang menghina mahkamah

Sebagai rakyat Malaysia, apa pandangan anda pada sesebuah negara jika hakim-hakimnya ramai yang bodoh dan mahkamah jadi sarkas.

Kita bernasib baik kerana ia tidak berlaku di negara ini.

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...