Tuesday, January 20, 2015

PM hebat Ketua Pembangkang pun hebat - Negara ?Tak berganjak juga..

Setakat mana negara berganjak, lebih hebat dan maju dari era 15 tahun yang lalu ketika Mahathir menjadi PM?
Pengurusan negara Mahathir selama 22 tahun ketika mengambilalih dari Husien Onn telah melakukan banyak perubahan yang ketara dalam semua jurusan ekonomi, politik, perpaduan, cara berfikir dan banyak lagi perkara baru yang diterokai hingga nama negara cukup harum dan terkenal.
Sejak Paklah ambil alih dan sehingga PM sekarang sudah pun hampir 12 tahun masa berlalu dan tinggal lagi 10 tahun menyamai tempoh masa Mahathir mentadbir - apakah negara sekarang berada di landasan yang cukup bagus..

Salah seorang yang memberi komen di blog ini memberi kesedaran bahawa keadaan negara yang membangun dan maju seperti sekarang seadanya yang dinikmati  masih hasil tangan semasa Dr Mahathir dan Daim menerajui negara.

Apa sumbangan Anwar dan Najib setakat ini bukan sahaja tidak ada yang boleh dibanggakan sangat, malahan gelagat dan sikap keduanya hanya merosakan negara. Apakah alasan Najib perlu diberi lebih masa "warm up time" masih relevan..



Monday, January 19, 2015

Ini Senarai Orang Yang Tidak Dibenarkan Kaya Raya Di Malaysia..

1. Daim
2. Syed Bukhari
3. Mahathir anak beranak
.....
senarai menunggu..
4. Ibrahim Ali







Orang lain dibenarkan tetutama yang bukan Melayu dan Islam.


Tidak menyokong UMNO bukan lagi sesuatu yang tidak normal..

Setakat ini tidak ada tanda-tanda Najib akan berundur malah tampak semakin kuat kerana mendapat sokongan setia pelbagai pihak terutama di kalangan pemimpin untuk terus kekal.

Anwar juga turut memberi sokongan secara tidak langsung.

Pembangkang juga tidak menunjukkan kemampuan sebenar untuk mengkritik kerajaan secara keras kerana pilihanraya umum masih jauh dan menyimpan segala kelemahan di pihak kerajaan untuk dipergunakan kelak menjelang PRU dalam tempoh 3 tahun lagi.

Slogan pembangkang tidak mempunyai isu tidak lagi boleh digunapakai kerana rakyat yang buta politik pun sudah celik.

Pengalaman orang Melayu termasuk ahli UMNO memberi undi kepada pembangkang di era paklah sebagai protes boleh berulang di masa hadapan.

Tidak menyokong UMNO bukan satu lagi yang tidak normal kerana sekarang pun Melayu dan Islam dibiar terkapar oleh parti itu !!! Parti itu merasakan dia perlu disokong tanpa perlu mengharap balasan (?) dan tidak boleh dipertikaikan (?)

Menyerang idola kekuatan Melayu seperti Daim dan Mahathir tanpa segan silu dari kalangan pemimpin hingusan UMNO pun sudah jadi normal dan seolah diarah..
Inilah kejayaan terbesar UMNO sedang dipecahkan kerana sayangkan jawatan di satu pihak...dan gila jawatan di satu pihak lagi.


Sunday, January 18, 2015

Berapa lama lagi Najib boleh bertahan..

Apabila serangan bertalu kini dibuat ke atas Daim dan Mahathir dalam mempertahankan Najib itu merupakan petanda kritikan Mahathir dan Daim sudah menepati sasaran, menembusi dada dan merobek...
Pokok takkan goyang setakat angin sepoi-sepoi bahasa...

Ada pendapat serangan ini akan turut disertai oleh blogger yang dulunya dipanggil bangang kini bangkit dari jaga dan disertai pemimpin dungus kroni yang banyak bergantung dan menerima habuan, mereka dilantik kerana kuat kipasssss.......

Ini juga petanda pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim lebih banyak fokus dan menguruskan soal peribadinya dan Lim Kit Sial  anak menantu sedang mengkayakan diri menguasai negeri dan lebih sebok menguatkan partinya. PAS langsung tidak berbunyi.

Rakyat ditinggal bersendirian dan terdedah kepada apa sahaja dasar kerajaan tanpa pembelaan sewajar dari pembangkang.

Situasi semasa menunjukkan juga Anwar mempunyai potensi dibebaskan (?) dibersihkan !! jika memenuhi terma dan syarat...

Friday, January 16, 2015

Kita boleh menipu rakyat...

Kita perlu PM yang bijak, berwibawa, dihormati dan disegani kawan dan lawan.

Kita tidak perlu PM yang lemah, yang berjanji bulan dan bintang, yang lari dari masalah, yang membisu dalam persaolan, yang merayu dan mahu disimpati dengan lakonan dan skrip murahan...

Kita pernah ada PM yang sejarahnya melambangkan kejayaan, kita pernah ada PM yang lemah dan hancus...dan lebih penting kita tidak rela kita akan ada sejarah yang lebih teruk dari itu...

Kita boleh berpura-pura, kita boleh menipu pemimpin, kita boleh menipu rakyat, bolehkah kita menipu diri sendiri, bolehkah kita padam sejarah yang telah dibina...

Pandang cermin, kita kenal wajah kita,  banyak kesilapan, banyak penipuan, banyak masalah, keluh dan kesah, tidor yang tidak lena....apakah kita fikir orang lain tidak nampak (?)


Thursday, January 15, 2015

Ahmad Shabery gatal mulut..

Ahmad Shabery Cheek tawar debat Eric Paulsen dengan JAKIM di RTM  !!! Bukankah itu mengganggu siasatan PDRM

So special barua tu...kalau gitu kenapa perlu dia disiasat di bawah Akta Hasutan (?)

Bukankah itu satu prejudis @ kebodohan @ pandai yang tidak bertempat... Nak bagi muka, konon kebebasan bersuara..

Friday, January 9, 2015

Amaran Hishamuddin buat apek Dyana kepanasan..

Kenyataan Menteri Pertahanan bahawa apa yang berlaku kepada Charlie Hebdo Paris kerana mempersendakan kenabian dan kitab pelbagai ugama mengakibatkan kematian 20 orang  boleh juga berlaku di Malaysia sangat relevan dan tepat.

Itu peringatan untuk kerajaan dan rakyat !!! - khusus kepada yang DAP yang kepanasan...(baca blog Lim Kit Siang)

Boleh faham kot.


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...